Wednesday 28 October 2009

Is it right?

lirik lagu mana entah...

one man trash is another man treasure...

one man pain is another man pleasure...

huhu...

Saturday 24 October 2009

Balas

Aku pernah rasa sakit...
So sekarang masa untuk pembalasan...
Revenge is mine!

Guraw je...
Jangan jadi gila sebab final...
Kalo rasa tak bole bawak...
repeat je next sem...
Hidup di dunia ini bukan hanya tentang study...
Hidup di dunia lebih bermakna dari itu...

Persahabatan...
Pengalaman...
Kasih sayang...

Banyak lagi benda selain study...
Yang penting, ketenteraman hati...
Kalo ko pointer 3 pun tapi hati xsedap xda guna kawan

Tuesday 20 October 2009

dia kata bosan

salah aku sebenarnya...
sebab asyik nakkan benda yang sama...
tanpa henti...

teruk aku ni...
hidayah...
marilah ke sini...
jamahlah diriku...

final sudah berada di korner...
haha

Monday 19 October 2009

lebih baik...

hari ini lebih baik...
tapi beban eseimen semakin menghimpit...

BEL presentation,
Eseimen ECO,
Drama ARAB...

haish...
pening...

So kawan-kawan yang budiman...
janganlah nak memeningkan kepala kau lagi...
tepatilah janji anda

Sunday 18 October 2009

maafkan aku

maafkan aku kerana menyusahkan kamu...
kini aku faham niat ikhlasmu...
terima kasih kuucapkan...
tidak akan berbangkit lagi hal ini...

hai...4 hari di kem...
amat memenatkan...
orang lain sibuk study aku sibuk jadi AJK...
tapi aku gembira kerana tiba-tiba aku terlupa akan segalanya...
aku pulang dengat semangat baru...

dan buat pertama kali aku dimarah oleh bos perempuan!
lagi parah, menggunakan mikrofon di hadapan senior dan junior!
nasib badan...

Wednesday 14 October 2009

Soalan spot criminal (translate melayu)

A telah berkawan dengan B selama 3 semestar. Hubungan mereka sangat akrab. Mereka selalu ber'sms'. Mereka juga selalu keluar bersama. Jika mereka bergurau senda melibatkan perkara sensitif tiada yang akan terasa hati. Mereka juga selalu menonton wayang bersama. Mereka juga tahu rahsia satu sama lain.

Tiba-tiba, A menjauhkan diri dari B. A tidak lagi mesra dengan B seperti dahulu kala walaupun mereka berada dalam kelas yang sama. Bahkan walaupun masing-masing bertentang mata, A bagaikan tidak ambil peduli akan kehadiran B.

B terasa hati. B tidak mengerti apa salahnya terhadap A sehingga A sanggup memperlakukannya sedemikian rupa. B cuba bertanya kepada A tetapi hampa. Banyak cara yang B lakukan untuk mengembalikan keadaan mereka seperti sedia-kala tetapi semuanya gagal. A masih lagi membisu dan berpura-pura seakan tiada apa yang berlaku.

B mengalami tekanan mental yang kronik. Daripada luarannya, B kelihatan sihat tetapi dalamannya cukup merbahaya. B mungkin boleh membunuh diri bila-bila masa sahaja. B tahu bahawa A menyimpan sesuatu rahsia yang menyebabkan hubungan mereka menjadi sedemikian rupa.

Beri nasihat kepada A dan B tentang masalah mereka dan huraikan jalan keluar untuk masalah mereka.

Monday 12 October 2009

Mimpi

Semalam aku ada mimpi sesuatu...
Memang teruk...
Aku mimpi aku terjaga dari tidur...
Tapi atas katil itu aku lihat satu jasad...
orang itu adalah aku!

Aku pun apa lagi...
Gelabahlah...
Adakah aku sudah mati?
Time tu rasa takut sangat...
Apakah nasib aku lepas tu...
Kena bakar ke...huhu...

Aku pun doa semoga dapat hidup balik...
Memang menangis r time tu...
Tiba-tiba aku tersentak!
Fuh...mimpi rupanya!
Lega aku...

Kesimpulannya...
Aku nak mati dalam keadaan tenang dan tenteram...
Bukan bila dah mati masih meminta-minta nak pulang ke dunia...
Kerana amalam tak cukup...uhuhu

Takut....

Sunday 11 October 2009

PENGUMUMAN!


membe jantan aku daus hamzah ada blog tapi die xkasi taw aku pun..huhu..
memang jahat...KLIK untuk tengok blog dia.

Saturday 10 October 2009

I wanna by AAR

entah kenapa tiba-tiba minat lagu ni...
padahal masa first dengar tak layan pun...
membe aku yang beria-ria suroh dengar...
tapi time tu aku buat tak layan je...
mungkin sebab banyak kenangan manis kot pasal lagu ni?...haha

i wanna i wanna touch you...
you wanna touch me too...

keh3...selamat stdy kawan-kawanku

Thursday 8 October 2009

wayang bersendirian di bukit raja

memang tepat ramalanku...
equity teruk...2/15...
aku menyesal...
bukan sebab equity...
tapi sebab aku still relax...
macam tak ade perasaan...
sepatutnya lepas ni all out r study...

esok ade test criminal...
malam ni aku buat ape?
aku pergi tgok movie!
rebellion tajuknye...

sorang je malam ni di bukit raja...
coz takda geng sekepala!
mana aku nak caari geng ek?

wahai umat manusia...
sesiapa yang kaki movie...
dan bole diajak tengok movie bila-bila masa...
sila tel aku!
aku memerlukan jasa baik anda! haha

untuk yang kesekian kalinya...
tawa dalam tangisan...

Wednesday 7 October 2009

To lose you is to never love again

haha...berani ke buat macam ni?
try r kalo berani!

baru tahu langit tu tinggi ke rendah...keh3

Monday 5 October 2009

Sudah sampai masanya untuk berputus asa...

Semuanya telah aku lakukan...
Untuk mengembalikan keadaan seperti dahulu...
Tapi segalanya tidak membuahkan hasil...

Segalanya telah aku berikan...
Tetapi masih tiada perubahan...
Segalanya telah aku korbankan...
Tetapi kegagalan juga yang tiba...

Aku penat...
Aku sakit...
Mungkin sudah tiba masanya untukku berputus asa...
Kerna ia mungkin boleh mengubat lara hatiku...

Terpulang kepadamu...
Kalau ini yang kau mahukan...
Aku tumpang "gembira" dengan kehendakmu...
Tahniah aku ucapkan, semoga berbahagia dengan si dia...

Aik? Mana fendi?
Kata nak datang kelas hari ni?

Sunday 4 October 2009

Kutatap puas wajahmu....

Kutatap puas wajahmu teman...
Bagai tiada lagi esok untukku...
Kutatap puas wajahmu teman...
Supaya hati tidak lagi merindu...
Kutatap puas wajahmu teman...
Sebelum kamu berpaling arah, bertukar kasih...
Sebelum hatimu tidak lagi menjadi milikku...
Sebelum dia menjadi temanmu...

Indah sungguh pagi itu...
pabila kulihat wajah comelmu...
Malangnya kau menghindariku...
Tapi yang pasti...
Keadaan tidak akan sama lagi seperti dulu...
Kau bukan lagi milikku...
Bait-bait SMS merungkai segalanya...

Temanku...
Di ulang tahun kelahiranku ini...
Ingin kumohon sesuatu darimu...
Agar tali persahabatan ini erat selamanya...
Kenang daku dalam lipatan sejarahmu...

Kutatap puas wajahmu teman...

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo