Sunday 16 October 2011

Odang

Motosikal itu kaku di beranda,
Uzur, badan berhabuk teruk, tayar pancit,
Mungkin hayatnya sudah sampai ke penghujung,

Tidak lagi boleh memberi manfaat.

Odang bersandar di kerusi roda,
Dulu berisi, sekarang kurus melidi,
Kelihatan kaki yang tinggal tulang-temulang,
Tapi odang gagahkan diri,
Kesana kemari menolak kerusi itu.

Nasib mereka sama, Odang dan motosikalnya
Dulu odang gagah menunggangnya, naik turun bukit,
Kesana-kemari, ke masjid ke ladang,
Kini mereka berdua terlantar keuzuran dimamah usia,
Sayangnya wan pergi dulu, mendahului zamanku.

Terkenang dulu ketika mereka layan kerenah kami adik-beradik,
Penuh mesra, penuh kasih sayang, cucu angkat ini,
Terasa dekat di hati, wan cukup dekat di hati,
Odang juga, dengan masak kurmanya yang lazat,
Tapi masa mencemburui kita.

"Kenal tak Syafiq, Najib?"
Odang da lupa, dulu kamu kecil belaka,
Sekarang sudah berjanggut semuanya,
Tapi odang masih lagi seperti dulu, ulat buku, kuat membaca,
Masakan boleh kulupa NST yang ditatapnya selalu.

Aku hiba, mereka mengasuhku dari kecil, bagai cucu sendiri,
Kini seorang telah pergi dan seorang hanya hanya menanti masa,
Kita tidak boleh melawan takdir ilahi,
Kudoakan semoga kamu bertambah sihat,
Terima kasih atas jasamu.

Monday 5 September 2011

Diari si pemandu lori tangki

Syam melabuhkan punggungnya di tembok batu itu, melunjur kaki, menghadap laut, melihat deruan lembut ombak di Selat Dinding. Feri Pangkor ulang-alik silih berganti, bot-bot nelayan menjengah ke muara. Dia menarik nafas dalam-dalam sambil otaknya ligat berfikir, mungkin juga berangan, tentang hala-tuju dirinya selepas ini. Dunhill? Suria? Pall Mall? Oh, Syam tidak merokok. Dia bersetuju bahawa merokok meningkatkan kemachoan dan kejagoan diri, seperti yang diperaktikkan oleh koboi-koboi di negara Uncle Sam tetapi pada masa yang sama juga membunuh, membinasa dan memperbodohkan diri sendiri. Kelihatan juga pasangan kekasih yang sedang memadu asmara di seberang sana, ironi kepada dirinya yang keseorangan. Tetapi matanya lebih  tertumpu kepada kapal-kapal perang TLDM yang berlabuh megah di selat itu. "Jadi Navy kan best, dulu yang ko join SUKSIS tu buat ape," bisik dirinya.

Dia masih lagi terpaku di situ, masih keseorangan, bayu laut dan kicau burung sahaja yang menjadi peneman dirinya. Syam sebenarnya seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Dia seorang penuntut yang agak cemerlang di  UiTM law school. Buktinya, sudah dua kali dia menerima angerah dekan dari pihak universiti. Lebih mengejutkan bahawa dia juga adalah seorang pemegang biasiswa JPA! Tetapi sekarang nasibnya tidak menentu, sudah enam bulan dia menjadi penganggur terhormat, menghabiskan duit ibu bapanya yang juga pesara guru. Nasibnya itu menjadi bahan bualan jiran sekampung. Ada yang mencaci dan ada yang mengeji. Harap sahaja ada Ijazah undang-undang tapi masih lagi menganggur. Tambah menyakitkan hati apabila nama keluarganya turut menjadi bahan gosipan masyarakat kampung. Ramai rakan sekampung telah berjaya dan mendapat kerja tetap, menjadi kebanggaan ibu bapa mereka.

Syam gusar, dia anak sulung dari enam adik-beradik tetapi nasibnya masih lagi terumbang-ambing. Mana mungkin hal ini akan menjadi contoh baik kepada adik-beradiknya. Pelik bin ajaib, rakan-rakannya yang lain dari jurusan yang sama sudah mendapat kerja tetap, termasuklah kekasihnya Izzah. Hanya dia yang masih terkapai-kapai. Penerima biasiswa JPA tidak mendapat kerja? Ya! Pernah juga Syam bertekak dengan seorang pegawai unit latihan JPA akan nasibya itu dan jawapan yang diberi amat mengecewakan. "Encik Amir Syam Mansur, buat masa sekarang ini kami tiada jawatan yang sesuai untuk anda. Anda boleh terus menunggu atau pihak JPA boleh membatalkan kontrak anda secara persetujuan bersama", kata Puan Norliza. Muncung sahaja bibir Syam pada masa itu. Dia nekad, pilihan kedua yang diberi oleh Puan Norliza yang akan diambilnya. Berapa lama lagi dia harus menunggu. Selepas menandatangani dokumen pembatalan kontrak, Syam dengan langkah sayu menuju keluar dari Pejabat JPA Putrajaya. Gelap dunia ini dirasakannya pada masa itu. Dapat dia rasakan bahawa penulisan-penulisannya yang anti-kerajaan di blog adalah penyebab kepada nasib malangnya ini. Mungkin kritikan pedasnya kepada Datin Seri Rosmah Mansor telah dihidu oleh SB polis dan sampai ke pengetahuan JPA. Patutkah dia menyesal? Adakah betul pilihannya?

Ada yang bertanya kenapa dia tidak memohon sahaja kerja di firma-firma guaman dengan kelulusannya itu. Alasannya mudah, dia tidak berminat, dia tidak yakin dan dia takut! Hanya kerja kerajaan yang menjadi idaman. Kadang-kala dia merasa sangant ironi dengan dirinya, mengkritik pedas kerajaan tetapi mengharapkan belas ihsan dari mereka. Ada baiknya dia mengampu sahaja puak-puak itu, pasti sekarang dia telah menjadi seorang kakitangan awam di Pejabat Peguam Negara. Syam malu dengan Izzah. Dulu dilihat Syam akan lebih berjaya dari Izzah kerana Izzah bukanlah seorang pelajar yang cemerlang dan hanya meminjam dari PTPTN. Kini takdir telah bertukar arah, Izzah telah mendapat kerja tetap di sebuah firma guaman di ibu kota, bergaji agak lumayan dan baru sahaja memiliki sebuah Toyota Vios. Syam? Masih lagi dengan motosikal Kriss cabuknya. Izzah si comel yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan telah mula membuka mulut tentang bila mereka boleh diijab kabulkan. Syam semakin pening kepala. Izzah tidak mahu menjadi anak dara tua kerana menuggunya.

Syam bangun lewat hari itu. Mentari sudah berdiri tinggi. Entah mengapa tergerak hatinya untuk membeli akhbar, terus dia ke pasar mini yang terletak di taman sebelah. Dicapainya Sinar Harian dari rak usang. Sekali lagi die menerima sindiran dari Kak Kiah, si penjaga kaunter, "Amboi peguam baru bangun, dah menang kes dah?". Syam hanya terdiam, malas hendak membalas, hanya kesabaran yang menjadi benteng dirinya. Seperti biasa ruangan sukan dibeleknya terlebih dahulu sebelun menjengah ke segmen-segmen lain. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah iklan kerja kosong oleh Shell Malaysia. "Pemandu lori tangki diperlukan, latihan selama tiga bulan, tempat tinggal disediakan dan elaun sara diri sebanyak RM300 sebulan akan diberi. Pengalaman tidak diperlukan, cukup sekadar mempunyai lesen motokar," baca Syam sambil mengukir senyuman. Adakah Syam akan buat kerja gila? Graduan undang-undang pertama yang menjadi pemandu lori tangki? Jawapannya ya! Syam nekad. Semacam ada  magnet yang menarik dirinya ke arah itu. Mungkin itulah takdirnya.

Satu perkara yang menggembirakan adalah kedua orang tuanya tidak memandang serong kepada hasrat gilanya itu. Kata mamanya, "Pergilah Syam, mama tak kisah pun kamu kerja apa, asalkan rezeki yang kamu dapat tu nanti halal. Berusahalah bersungguh-sungguh Syam, kamu taat dengan kami selama ini dan mama amat bangga dapat anak macam kamu walau apa pun kerja kamu. Dan sekarang apa yang kami boleh buat adalah berdoa agar kamu berjaya." Tersentuh hati Syam mendengar kata-kata perangsang dari mamanya. Dia tahu bahawa sejak kebelakangan ini mamanya agak menderita kerana ramai orang yang mengata belakang tentang nasibnya yang masih lagi tidak bekerjaya. Dia mengagak bahawa selepas ini pasti mulut-mulut itu akan lebih lancang lagi mengeji dirinya, pemilik lulusan ijazah undang-undang yang hanya merupakan seorang pemandu lori tangki Shell.
Bangunan Shell Malaysia
Changkat Semantan, Damansara Heights
P.O. Box 11027, 50732 Kuala Lumpur

Itulah alamat yang ditunjukkan kepada pemandu teksi berbangsa India yang ditahannya di Pudu Central. "Cepat sikit ek pakcik, saya ada temuduga ni." kata Syam dalam keadaan separuh gelabah. Temuduga? Syam juga pelik, takkan pemandu lori juga perlu ditemuduga. Tetapi didiamkan sahaja persoalan itu di benak fikirannya. Berbekalkan sijil SPM dan beberapa keping sijil lain, dia melangkah laju menuju ke bangunan itu. Dia gusar jika dia tidak diterima untuk menyertai skim latihan itu kerana keputusan SPMnya agak bagus, 9A! Dia dibawa ke sebuah bilik yang agak besar, tempat menunggu barangkali. Langkahannya dibayangi oleh mock interview yang pernah dihadirinya di fakulti suatu ketika itu. Teruk juga dia dibantai oleh pesyarah dan rakannya yang menjadi penemuduga. Pintu bilik dikuak.

Alangkah terkejutnya dia bahawa bilik itu dipenuhi oleh lelaki-lelaki Melayu, Cina, India yang lebih tua darinya, mungkin semua sudah berkeluarga! Lebih memalukan Syam dengan 'black and white attire' nya, hanya dia yang berpakaian kemas, yang lain hanya memakai T-shirt berkolar dan berseluar jeans sahaja. Syam malu-malu kucing. Dia sudah menjadi objek tumpuan dan bualan lelaki-lelaki di situ. Ada juga yang memanding sinis dan menggelakkannya. Itu sahaja pakaian yang Syam ada kerana pelajar undang-undang diwajibkan berpakaian sebegitu di UiTM. "Dia ingat dia nak apply kerja jadi PM ke...hahaha," gelak seorang lelaki Melayu 30-an. Oh tidak, langkah kiri untuk Syam! Dia hanya membatu di suatu sudut di bilik itu. Dia tidak berani untuk menegur sesiapapun, bimbang dirinya diperli lagi. Padanlah tadi semasa di kaunter pertanyaan, seorang kakak hanya tersenyum kambing apabila melihatnya.

Lama juga dia menunggu, mengenang nasib malangnya hari itu. "Amir Syam Mansur!", namanya dipanggil tegas oleh seorang wanita, barangkali setiausaha syarikat. Deras langkahnya ke sebuah bilik kecil sambil disambut hilai tawa dari lelaki-lelaki lain. Melopong mulut dua orang penemuduga semasa Syam melangkah masuk ke bilik itu. Syam menyedarinya tetapi berpura-pura selamba. Mungkin gaya Syam yang ala-ala pendakwa raya memukau mereka. Sijil-sijilnya dihulurkan penuh adab dan dia memohon untuk duduk. Encik Murad dan Encik Latif sekali lagi terlopong sambil juga terbeliak mata. Berdasarkan tag nama di atas meja, mereka merupakan pengurus logostik di syarikat itu. "Awak biar betul, keputusan bagus macam ni nak jadi pemandu lori. Anak saya pun tak dapat macam ni, jangan nak main-main dengan kami," kata Encik Latif. "Awak tak masuk universiti ke, jangan-jangan sijil palsu," tambah Encik Murad. Syam gelabah seketika, otak peguamnya ligat berfikir bagaimana untuk memberi jawapan."Encik, saya tidak berbohong, sijil ini asli, cuba periksa dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia jika encik ragu-ragu. Saya gagal di matrikulasi encik, hanya sempat satu semestar belajar di Kolej Matrikulasi Perak, sebab itulah saya kemari, mencuba nasib encik. Tolonglah saya, saya merayu dengan rendah hati encik..." jelas Syam panjang lebar. Memang dia pernah belajar di Kolej Matrikulasi Perak selama satu semester sebelum dia mendapat tawaran Asasi Undang-undang di UiTM Merbok, Kedah. Syam tidak berbohong! Memang itu hakikat dirinya. "Awak ada lesen memandu?", tanya Encik Murad. "Ada encik, lima tahun dah saya ada lesen motor dan kereta, tapi lesen lori takdelah", jawab Syam. "Awak hisap rokok?", Soal Encik Latif. Dengan pantas Syam menjawab, "Tidak encik". "Tentang lesen lori awak jangan bimbang, kami akan latih awak selama tiga bulan dan memang kami mencari pemandu yang tidak merokok kerana mengendalikan lori tangki adalah satu tugas yang amat merbahaya," tambah Encik Murad dengan penuh tegas.

Syam pulang ke Lekir dengan penuh harapan. "Rasa-rasa macam dapat," getus hatinya. Bersandarkan kepada respon kedua penemuduga itu kepadanya, dia yakin bahawa dia akan berjaya untuk menyertai skim latihan tersebut. Seperti biasa, mamanya setia menunggu kepulangan anak sulung keluarga itu, bagai tiada apa yang berlaku. Sekali lagi Syam berasa agak sebak, bilalah dia boleh membalas jaga pesara guru itu. Tiga hari Syam menunggu, akhirnya panggilan yang dinanti tiba. Seperti yang dijangkakannya, dia dapat menyertai skim latihan itu dan diminta lapor diri segera. Syam melompat kegirangan walaupun hakikatnya jawatan itu hanyalah sebagai seorang pemandu lori tangki minyak sahaja. Telah lama dia tidak merasa segembira itu. Benar kata orang, kegembiraaan itu hak mutlak Allah dan dengan hanya sekecil perkara pun, boleh juga mengembirakan hati manusia. Tapi mengapa? Mengapa semua ini terjadi kepada Syam, seorang pemegang Ijazah Undang-undang? Hanya Allah yang Maha mengetahui.

Tiga bulan berada di pusat latihan Shell, Kuala Lumpur, merupakan satu pengalaman baru yang menarik untuk diri Syam. Segala persoalan yang bermain dalam benak fikirannya terungkai. Mengapa pemandu lori tangki perlu ditemuduga? Kerana tugas ini lebih sukar daripada yang disangka, sedikit sahaja kealpaan akan membawa mala-petaka yang amat dahsyat. Bagi Syam, kerja ini lebih sukar daripada menjadi seorang magistret atau peguam yang hanya perlu bermain dengan fakta dan kata-kata. Semua calon diajar bermula daripada peringkat asas tentang pemanduan lori tangki, walaupun calon tersebut telah mempunyai pengalaman terdahulu berkaitan dengan pemanduan lori. Tiada pengecualian diberikan kerana Shell amat menitik-beratkan aspek-aspek keselamatan. Sebab itulah jarang-jarang kita melihat lori tangki yang terlibat dengan kemalangan. Syam diajar cara-cara mengendalikan lori tangki secara selamat, pemanduan berhemah, 'defensive driving', pertolongan cemas dan macam-macam lagi. Memindahkan bahan bakar dari lori ke stesen minyak merupakan tugas yang amat mencabar bagi Syam. Walaupun dilihat mudah, tetapi tugas ini memerlukan ketelitian kerana boleh membahayakan ramai nyawa jika tidak dilakukan dengan cara yang sepatutnya. Syam juga mendapat ramai kawan, yang tua dari usianya dan penuh dengan pengalaman hidup. Manakan tidak, semua orang mengenalinya dek kerana penampilannya semasa proses temuduga dahulu. Akhirnya Syam memperoleh lesen memandu lori kelas E serta GDL. Berita itu disampaikan kepada mamanya dahulu di kampung. Akhirnya Syam bakal menjadi pemandu lori tangki secara rasmi, graduan undang-undang pertama yang menjadi pemandu lori tangki!

Kini telah hampir tiga bulan Syam menjadi pemandu lori tangki Shell. Gajinya tidak seberapa, cuma RM1500 sebulan. Tetapi dia berasa amat bersyukur kerana akhirnya dia mempunyai kerja yang tetap. Hari ini dia ditugaskan untuk memandu lori tangki ke stesen minyak Shell di Pontian, Johor. Dia ditugaskan bersama co-driver, abang Ramli. Abang Ramli telah berumur 40 tahun, jauh berbeza dengan usia dirinya. Mereka bergilir-gilir memandu. Tiba-tiba Syam terkenang peristiwa semasa kali pertama memandu lori tangki ke Kangar, Perlis. Dia hampir terlibat dengan kemalangan kerana terlelap di Lebuhraya Utara Selatan! Syukur kepada tuhan kerana memanjangkan hayatnya. Selepas dari persitiwa itu dia menjadi semakin berhati-hati. Kemalangan yang melibatkan lori tangki yang bermuatan penuh pasti akan mengundang padah. Syam berbangga dengan kerjayanya itu. Malah, dia juga telah menyertai komuniti pemandu-pemandu lori semalaysia di facebook.  Bukan calang-calang orang yang boleh memandu lori enam gandar. Merasalah juga Syam memandu lori di dalam bulan puasa, dalam lapar dan dahaga. Sekarang baru dia tahu betapa azabnya memandu lori yang berat dan perlahan untuk perjalanan yang amat panjang. Hanya radio Fly.fm yang menjadi peneman dirinya dikala sepi. Syam juga berasa hebat di jalan raya kerana memandu kenderaan besar. "Siapa berlagak aku langgar dengan lori Scania ni!," kata hatinya. Tetapi ada satu perkara yang menggusarkan dirinya sekarang, hari raya semakin tiba! Dia tidak dapat menjangka apakah reaksi sanak saudara tentang kerja barunya itu.

Cik Nor Izzah? Kekasihnya selalu meratap sedih mengenangkan nasib Syam. Nasib mereka kini berubah. Izzah lebih beruntung dari Syam. Tambah melukakan hati Izzah apabila Syam memohon untuk memutuskan hubungan mereka. Alasan Syam adalah kerana mereka tidak setaraf, tidak sekufu. Keluarga siapa yang sudi bermenantukan dirinya, seorang pemandu lori tangki. Sedangkan Izzah sendiri mempunyai kerja yang lebih baik dari Syam. Syam juga malu untuk menyunting Izzah. Tetapi Izzah seorang kekasih yang setia, dia menolak mentah-mentah permohonan itu. Mereka pernah berjanji untuk sehidup semati. Dia akan menunggu Syam sampai bila-bila!

Aidil fitri pun menjelma. Buat pertama kali Syam membeli semua kelengkapan rayanya menggunakan dana peribadi. Maklumlah, gaji RM1500 sebulan memang cukup untuk menampung hidup seorang bujang. Syam juga buat pertama kalinya menyediakan duit raya untuk sepupu-sepupu kecilnya, RM5 satu sampul. Itu sahaja kemampuan dirinya, si pemandu lori tangki. Sanak saudara berkumpul di rumah datuk di Taman Melawati, Ulu Kelang.  Suasana hari raya memang meriah, tetapi perkara yang ditakuti Syam menjadi kenyataan. Sanak-saudara kecoh apabila mengetahui bahawa dirinya telah menjadi seorang pemandu lori tangki. Ada yang memberi galakan malahan ada juga yang memandang sinis. Maklumlah, mereka semua bekerja hebat belaka, dari ahli farmasi sehinggalah jurutera. Cuma Syam sahaja seorang pemegang Ijazah Undang-undang yang menjadi pemandu lori tangki. Syam berasa rendah diri dan cukup terkilan apabila ada mulut jahat yang mengata di belakangnya. Dia juga bimbang akan perasaan ibunya. Tapi apakan daya, dia telah memilih jalan hidup sebegitu. Sempat juga dia bersembang dengan pak long yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan galakan untuknya meneruskan kehidupan. Dia yang juga pesara kerani bank bermula dengan hanya menjadi seoang tukang masak di dalam keretapi. Tapi kini hidupnya agak mewah. "Kau bersabarlah Syam, aku tetap sokong apa kau buat, janji rezeki yang kau dapat ni halal. Jangan putus asa Syam, rezeki Allah ini ada di mana-mana, hari ini hari mereka, Insyallah nanti hari kau pula, percayalah Syam," kata pak long. Syam hanya mampu mengangguk-angguk sahaja, hanya tersenyum tawar sambil menyimpan seribu kehampaan kerana sikap sebahagian dari saudaranya.

Syam pulang bekerja dengan perasaan yang bercampur-baur. Hari itu dia ditugaskan untuk membawa lori tangki ke Pekan Gemas, Johor. Tetapi dia tidak tahu siapa yang akan bersamanya menjadi co-driver. Masuk sahaja ke dalam lori Scania, kelihatan susuk tubuh yang tidak dikenalinya menghulurkan tangan. "Saya Munsyi," kata lelaki berumur 50-an itu. Bagi Syam, Munsyi kelihatan bukan seperti pemandu lori tangki kerana penampilannya agak kemas, ala-ala orang korporat. Tetapi diketepikan sahaja perasaanya itu lalu mereka berkenalan dengan lebih dekat. Munsyi peramah orangnya. Syam hanya melayan pertanyaan Munsyi sepanjang perjalanan ke Gemas. Nasib mereka malang pada hari itu kerana ditahan oleh Penguatkuasa JPJ di lebuhraya. Kerana umurnya baru sahaja mencecah 26 tahun, sedikit kesangsian timbul tentang lesen yang diperolehi oleh Syam. Mykadnya diimbas oleh penguatkuasa. "Oh, awak bekas sukarelawan polis di UiTM?" tanya Tuan Ashraf. Tersentak Syam mendegar perkara itu. Masakan pula maklumat itu ada dalam cip Mykadnya. Munsyi yang berada di sebelahnya juga juga turut terkejut. "Benar tuan, saya bekas sukarelawan polis di UiTM. Sekarang saya tidak aktif lagi tuan," kata Syam tersekat-sekat. Mendengar penjelasan itu Tuan Ashraf membenarkan mereka meneruskan perjalanan tanpa sebarang tindakan. Syam lega.

Di dalam lori mereka berbual panjang tentang perkara tersebut. Munsyi tidak menyangka bahawa Syam adalah seorang bekas sukarelawan polis. Tanpa disangka, Syam membocorkan rahsianya, "Munsyi, kau jangan bagi tahu orang. Aku ni sebenarnya bekas pelajar UiTM. Aku ambik ijazah undang-undang". Munsyi tergelak besar mendengar penjelasan daripada Syam. Mana mungkin graduan undang-undang hanya mampu menjadi pemandu lori tangki. Kata Syam mempertahankan dirinya, "Kau gelakkan aku Munsyi, tapi baguslah kalau kau tak percaya. Selamat sikit aku, kalau bos tahu mati aku, aku berbohong pasal kelayakan akademik aku semasa memohon skim latihan dulu". Munsyi masih lagi tidak dapat menahan gelaknya. "Ijazah undang-undang konon, ade hati nak kelentong aku...hahaha". Mereka bergurau senda tentang perkara tersebut sepanjang perjalanan pulang.Sempat juga Syam mengadu nasib tentang keadaan yang menimpanya di hari raya kepada Munsyi, tetapi masih lagi digelakkan olehnya. "Memang tidak berhati perut orang tua ni," kata Syam.

Dua minggu kemudian Syam dipanggil oleh pengurusan tertinggi secara mengejut. Padanlah dia merasa tidak sedap hati semasa menunggang Kriss buruknya ke tempat kerja tadi. Rakan-rakannya juga terkejut mendengar perkara tersebut. Dia curiga bercampur takut. "Apa pulak balanya kali ni," jerit hatinya. Di bilik mesyuarat kelihatan Encik Murad dan Encik Latif sedang berbincang tentang sesuatu. Syam terkejut apabila melihat Munsyi yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Hatinya mula berdegup kencang. Syam diminta berdiri di hadapan mereka. "Syam, saya perkenalkan ini Encik Munsyi, pengurus besar bahagian logistik Shell Malaysia". Berderau darah Syam apabila mendengar penjelasan itu. Syam telah kantoi dengan bos besarnya sendiri! Dia berserah pada tuhan.

"Awak telah  menipu syarikat ini Syam, awak tidak jujur," kata Encik Munsyi memulakan bicara. Syam cuba mempertahankan dirinya tetapi cepat-cepat dipotong oleh Encik Munsyi. Syam hanya mampu terdiam kaku. "Syam, saya sudah periksa latar belakang kamu. Graduan ijazah sarjana muda undang-undang dari UiTM dengan keputusan 'second class upper'. Apa yang kamu cuba buktikan sebenarnya dengan memohon untuk menjadi pemandu lori tangki di syarikat ini? Kamu bohong kami Syam. Kamu tidak layak untuk jawatan ini," jelas Encik Munsyi dengan panjang lebar. "Memang saya telah mengesyaki sesuatu apabila melihat sijil SPM kamu Syam, sebab itu saya panjangkan perkara ini kepada Encik Munsyi," tambah Encik Murad. Syam mendongak ke syiling, mungkin merenung nasibnya selepas ini dan kemudian dia bersuara, "Izinkan saya mempertahan diri encik. Memang benar apa yang encik katakan tentang kelayakan akademik saya tetapi saya tidak pernah berbohong encik. Saya hanya tidak mengepilkan ijazah saya kerana saya tahu mustahil untuk encik menerima saya sebagai pemandu lori tangki dengan kelayakan ini. Tetapi saya sudah buktikan encik bahawa saya juga seorang pemandu yang baik walaupun mempunyai segulung ijazah. Jadi saya rasa tiada isu di sini. Saya adalah pekerja yang kompeten untuk syarikat ini!". Pengurus-pengurus itu terdiam seketika. Memang benar apa yang Syam katakan kerana dia adalah seorang pekerja yang bagus. Syam juga dapat mengagak bahawa masanya telah tiba untuk pergi dari syarikat itu. Dia pasti dipecat!

"Kerana kesalahan kamu menipu syarikat, kamu akan dipecat dari jawatan kamu selaku pemandu lori tangki syarikat kami," kata Encik Munsyi degan tegas. Syam yang sudah mengagak nasibnya menerima keputusan itu dengan tenang, mengucapkan terima kasih dan ingin berlalu pergi dari situ. Namun hasratnya itu terbantut apabila ditahan oleh Encik Latif, "Eh, nanti dulu. Kami belum selesai dengan kamu lagi". Syam yang sudah tidak bermaya hanya mampu merenung jauh. "Dengan ini syarikat bersetuju untuk melantik kamu ke jawatan eksekutif pengurusan dan pentadbiran bersesuaian dengan ijazah yang kamu miliki dan perlantikan ini berkuat-kuasa serta merta. Gaji yang ditawarkan ialah RM3500 sebulan selepas diambil kira gaji kamu untuk jawatan sebelum ini. Kamu bersetuju dengan tawaran ini?," kata Encik Munsyi. Syam masih lagi terpaku lalu berkata, "Encik bertiga nak merasa pelempang saya ke, cukup-cukuplah menghina saya encik, saya tahu saya ni orang susah, pemandu lori tangki sahaja. Balas Encik Munsyi, "Ya Allah budak ni, aku cakap betul-betullah, bukan main-main. Ini betul-betul, ini bukan cobaan!". Encik Latif dan Encik Munsyi hanya tergelak besar mendengar kata-kata itu. Mereka juga ketawa melihat telatah Syam yang kelihatan agak marah.

Tiba-tiba air mata panas mengalir ke pipi Syam. "Alhamdulillah, syukur ya Allah." kata Syam. Segala penderitaannya dirasakan tiba-tiba hilang. Dia ditenangkan oleh Encik Murad, "Kami tahu segalanya tentang kamu Syam dari Encik Munsyi. Encik Munsyi telah menyamar sebagai pemandu lori tangki dan mengintip siapa kamu sebenarnya. Jadi syarikat berasa amat bertanggungjawab apabila mengetahui ada pekerja yang mendapat ganjaran tidak wajar berdasarkan kelayakan mereka. Adalah zalim bagi syarikat untuk terus menggaji kamu sebagai seorang pemandu lori tangki sedangkan kamu mempunyai kelayakan yang agak tinggi". Penjelasan itu ditambah pula oleh Encik Latif, "Kami amat kagum degan semangat kamu Syam yang sanggup bermula dari bawah sedangkan kamu mempunyai kelayakan untuk berada di tempat yang lebih tinggi. Semangat ini tidak ada pada anak muda zaman sekarang. Kamu adalah aset syarikat ini Syam. Pengalaman kamu di peringkat bawahan amat bermakna dan sebab itu syarikat berani menawarkan jawatan ini kepada kamu, tahniah Syam".

Syam keluar dari bilik mesyuarat sambil disambut sorakan oleh rakan-rakannya. Masing-masing mengucapkan tahniah kepadanya tatkala Syam masih lagi diselubungi air mata. Mungkin air mata itu menggambarkan beban dan penghinaan yang ditanggungnya selama ini. "Pandai kau tipu kami Syam, rupanya kau ni peguam, padanlah dulu pergi temuduga pakai hitam putih," kata rakannya. Syam hanya mampu tersenyum kecil. Dia merasa amat gembira Tetapi apa yang bermain di benak fikirannya sekarang adalah mama dan abahnya di kampung.

Syam pulang ke Lekir dengan memandu Toyota Rush yanag baru dibelinya dua hari lepas. Kelibatnya diperhati jelas oleh jiran tetangga. Masing-masing mula membuat andaian tentangnya. Masakan pula pemandu lori tangki boleh memiliki Toyota Rush, jauh panggang dari api! Mama juga sedikit bingung apabila melihat kereta idamannya diparkir di hadapan rumah. "Siapa pulak datang ni, cantiknya Rush," getus mama. Terkejut besar apabila melihat anak sulungnya muncul dari dalam kereta. Mereka bersalaman dan berpelukan mesra. Semuanya dijelaskan secara terperinci oleh Syam. Minggu depan ibunya berjanji untuk membuat kenduri kesyukuran tentang jawatan baru anaknya itu. Mulut-mulut orang kampung yang sering melemparkan tohmahan terkatup rapat, Kak Kiah terutamanya. Masakan tidak, anak-anak mereka yang baharu setahun dua bekerja hanya mampu memiliki kereta nasional sahaja. Syam lega, mamanya turut tumpang gembira. Nah kau orang kampung!

Syam melabuhkan punggungya di tembok batu itu, melunjur kaki, menghadap laut, kali ini dia tidak lagi keseorangan. Dalam pelukan erat ialah Cik Nor Izzah yang baru dinikahinya pada minggu lepas. Hatinya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada tuhan kerana nasibnya telah berubah. Dia bersyukur kerana berjaya mengharungi segalanya dengan tabah. Sesungguhnya semua itu mengajarnya tentang erti kesusahan, erti keikhlasan dan erti kehidupan sebenar. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana ada insan yang lebih menderita daripada kita. Terima kasih tuhan. Syam menghirup bayu laut, masih lagi tanpa rokok, bunyi kicau burung menjadi halwa telinga. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan kalimah syukur. Syam hanya tersenyum simpul apabila melihat seorang insan yang sedang merenung jauh di seberang sana, realiti dirinya suatu ketika dahulu.

(Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata)

Monday 25 July 2011

SUKSIS…sejenak mengimbau memori


Lumrah manusia, bila sesuatu ada di depan mata sedikit pun tidak dihargai. Bila dimiliki langsung tak diendah. Tapi bila kehilangan barulah merindu, meratap syahdu.hahaha. Bila tamat SUKSIS baru dengar suara-suara sumbang mengidam nak berkawad, nak aktiviti lagi. Padahal time berkawad tiap-tiap minggu mengeluh tak sudah! Itulah LELA…hahaha.
Aku melangkah ke expo ko-kurikulum dan pandanganku tertumpu ke booth SUKSIS. Perghhh….Ada lagi rupanya budak-budak kadet. Ingat dekat sekolah je ada, bentak hatiku yang juga bekas anggota pengakap sedunia...hahaha. Nak kolej punya pasal, kadet pun kadetlah, janji tak susahkan mak ayah. Begitulah pandangan naifku tentang SUKSIS, sebelum aku menempuhi 3 tahun yang penuh suka-duka ini. PADIL, kau masuk SUKSIS sebab apa? Dengan selamba dia menjawab, kerana kolejlah. Wow! Ada genglah aku. Kawan-kawan, PADIL yang kita kenali sekarang bukan PADIL semester 1. Padil yang dulu berambut rebonding, lurus macam penyapu, ala-ala jambu gitu, penangan WELLA.haha.
Semestar 1 aku menetap di Jati, 6.30 pagi telah terpacak di bus stop Seksyen 2 menunggu bas rapid. Kadang-kala bengang juga rasanya dengan rakan-rakan yang masih enak dibuai mimpi. Sejenak terpikir mengapalah aku menyusahkan diriku dengan semua ini? KESATRIA kan ada. Jawapan yang tidak aku temui sehinggalah berakhir segalanya! Tapi aku tidak keseorangan. Kulihat HATTADI, ASRUL, SHAH, ACAP setia menunggu bas rapid di dalam kesejukan pagi. Tapi yang tak boleh blah punyalah sombong masing-masing. Mungkin kerana mereka budak kadet dan aku pula hanyalah seorang bekas pengakap yang ingin mencuba nasib, bentak hatiku.
Sampai sahaja di tepi pejabat, EN.ZUL telah sedia menanti. Mendengar telatahnya hilang gemuruh di hati. Dapat aku bayangkan sosok tubuh ini berhati mulia. Melihat ZAIDI, berbadan besar (masih lagi berambut kerinting), aku tersenyum sinis. Bolehkah dia menghadapi segalanya? Haha. Macam berat je…
Kita dibawa ke FRIM untuk sesi orientasi. Masih lagi tidak mengenali sesama sendiri. Buat pertama kalinya kita tidur dalam kebasahan dan kedinginan mungkin kerana skuad hujan yang menemani kita. Ada juga yang telah meletakkan zink di bawah khemah, seingat aku. Kawan-kawan, ingatkah lagi ketika kita berjalan di atas pokok, bermain dalam hujan, dimarahi oleh senior kerana tidak memanggil mereka cik dan encik.haha. Terkenang juga saat ketika PADIL hendak meminta nombor phone AIN FARAHIDA. Memang tidak tahu malu malaun itu.
Kursus etika di Langkawi sebagai salam perkenalan kepada kita semua. Aku cuak. Maklumlah semuanya kawan-kawan baru. Bolehkah aku sesuaikan diri? Melihat lunak FAIZUL bersyair, merdu AM menyanyi, gemersik SHAH bersajak, aku semakin berdebar. Hebat puak-puak ini, apa yang aku ada? Nothing.haha. Waktu senggang, kita bersantai di tepi pantai. Semuanya bagai tak pernah jumpa laut! Terkinja-kinja. Cuma aku dan NIZAM yang masih cool bercanda di batu. Bertaaruf sambil memerhati gelagat manusia yang pelbagai ragam.hahaha. Teringat juga kepada USTAZ dan DAUS AYAM yang bertelagah pasal solat jama’. Perghhh…memang sudah tahap ulama’ masyhur diorang ni.haha. Semakin kagum dengan kumpulan manusia ini. Maka bertautlah persahabatan sesama kita hingga ke penghujungnya.
Semestar 2 mengakrabkan lagi hubungan apabila kita sudah mula duduk bersama di Teratai tercinta. Malangnya ada beberapa sahabat kita yang tersisih ke UiTM Penang. Apa nak dikata, perjalanan ini mesti diteruskan. Aku dan BIDI sebilik. Fuh…terasa luas bilik itu bila kami berdua sahaja penghuninya. Lama juga kami bertahan bersama sehinggalah rayuan dari orang ketiga untuk sebilik dengan kami.haha. Siapakah dia? Semestinya ZAIDI. Ikutkan hati memang tidak bersetuju tapi dek kerana rayuan (sambil melutut dan menitiskan air mata…haha) kami menerimanya dengan hati terbuka sebagai roommate ketiga. Owh, sempit terus bilikku untuk semester seterusnya…haha.
Kita ke PGA, Cheras. Berlari sana-sini, sampaikan hendak menjamu selera pun terpaksa berlari! Hendak arwah rasanya. Sampai suatu tahap, kita semua hampir berputus asa. Mujur ada dia, EN. WADI yang memberi motivasi, ala-ala Fadzilah Kamsah sehingga kita semua kembali bernyawa. Tidak dapat tidak, perjalanan ini mesti diteruskan walau apa ranjau sekalipun! Teringat malam itu, ketika kita dikerah berlari berbatu-batu jauhnya. “Tak jauh dah, depan tu je”, kata si Tiger. Kepala hotak kau tak jauh. Hendak terputus urat kentut rasanya. Diberitakan ramai perempuan yang menitiskan air mata, YANA terutamanya. Tapi aku salut mereka, dalam kelembutan tersingkap ketabahan dan kegagahan diri. Kita semua berjaya sampai akhirnya. Terpancar kepuasan dan kegembiraan di sebalik wajah-wajah lemah tak bermaya. Tidak kulupa juga saat cemas ketika DILA KECIK sesak nafas. Mujur segalanya OK belaka. Hatiku tertawa apabila terkenang EN. AYON yang menangis dek penangan si AINA. Sampai sekarang aku masih bingung tentang motif tangisannya itu.hahaha. Lagi satu saat yang tidak boleh kulupus dari memori ini ialah apabila APIZ dan beberapa orang lagi kantoi merokok di bawah pokok kelapa. Memang hebatlah diorang! Semua ini bagiku mematangkan mereka dan mematangkan kita semua.
Kita semua bagai keluarga besar. Keluar bersama, makan bersama. Mamak? Sup Power? Pecel? KFC? McD? Semua dah kita jajah, sahabat. AZIM selalu jadi mangsaku. Tak ada orang lain dah yang akan menemaniku menonton wayang melainkan dia...hahaha. Agak-agaknya berapalah duit yang kami habis sepanjang 3 tahun ini disebabkan wayang sahaja. Bayangkahlah, kadang-kala seminggu sampai dua kali kami ke panggung! EJAD bukan tak boleh nak temankan. Tapi dia hanya layan cerita melayu. Memang tak international. Tapi apakan daya, rupa-rupanya dia tak layan cerita mat salleh kerana dia tak larat nak baca subtitle…kuang3. Memikirkan wayang, terkenang aku kepada USTAZ. Kerana akulah, dia pertama kali menjejakkan kaki ke panggung.hahaha. Hebatkan aku. Pesan aku USTAZ, dalam banyak perkara khilaf, kita mesti berminda terbuka tetapi tidaklah sampai terlampau liberal.
Aku pernah berada di bawah HATTADI, AJK Family Day. Masih terbayang dirinya berbaju merah agak garang tapi bermuka comel mengarah sana-sini pada hari tersebut. Aku juga pernah berada di bawah SUHAILA dalam program orientasi rasanya. Teringat lagi semasa ditempik olehnya di hadapan junior kerana hanya duduk bersembang tanpa membuat kerja. Aku bendahari, nak buat kerja apa.hahaha. Mereka berdua sama sahaja. Padanlah selalu berlaga angin sehingga memeningkan kepala ASRUL dan NAJMI, roommate tercinta. Tapi ini semua sudah jadi satu kenangan manis. HATTADI dan SUHAILA jika anda benar-benar rapat dan akrab dengan mereka merupakan insan yang berhati mulia. Percayalah. Sebut pasal orientasi,aku teringatkan NIK, pembantu bendahari. Mujur ada dia, hal kewangan berjalan lancar. Nak harapkan ak,u budak law yang semestinya phobia dan trauma kepada matematik, alamatnya jahanamlah bajet program.haha.
Program anak angkat di Melaka turut meninggalkan kesan kepadaku. Sudah ditakdirkan, aku, ZAIDI, SYAHMIE, LELA dan NURUL akan duduk sebumbung, berkongsi kasih satu keluarga. Amat meriah dan cukup istimewa. SYAHMIE dan LELA bagai orang mengantuk disorongkan bantal, sudahlah bercinta, dapat sekeluarga pula. Memang sakan mereka berdua.haha. Setia sungguh SYAHMIE menanti cinta si LELA. Aku memerhati NURUL membuat kerja-kerja dapur. Sungguh cekap minah ini, bisik hatiku. Bagai sudah bersedia menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.haha. Aku mengaguminya. Tiada langsung kekok di dapur, di hadapan keluarga angkat dan pandai pula membawa diri. Buktinya? Sampaikan hendak dijodohkan si NURUL dengan si Ajak, anak tuan rumah.hahaha. Walau bagaimanapun DAUS RAMLAN juga yang bertuah akhirnya.
Ingatkah lagi PULAMAR? Kita terkurung di tempat itu. Agak terseksa batin di situ kerana kebosanan yang melampau. Tetapi semua ini telah menjadi sejarah bagi kita. Aku, yang dipaksa berlakon memegang watak seorang lanun gila. Memang hampeh tapi apakan daya, apa lagi sumbangan yang mampu aku berikan kepada keluarga ini. Terima kasih IBNU kerana meminjamkan bajunya. Walau bagaimanapun, saat paling menakjubkan tiba pada malam itu apabila YANA mula membuka suara. Semua orang diam seketika, ta’jub dengan nyanyiannya dan saat yang muram tiba-tiba menjadi ceria seketika. Siapa sangka, YANA yang malu-malu alam tiba-tiba menjadi artis terkemuka pada malam itu.haha. Dialah penyelamat suasana, dialah ratunya.
Keluarga kita bertambah besar dengan ketibaan DAUS RAMLAN, MIZI dan PALI. Semasa pertama kali dipertemukan, ramai wanita yang terlopong apabila melihat kelibat MIZI. Wow, kacaknya dia, kata mereka yang gatal gelenya (seingat aku mungkin RISMA salah seorang darinya..haha). Aku hanya mampu tertawa. Sengal punya perempuan. Siapa tidak kenal DAUS RAMLAN, sniper yang menyelamatkan maruah kite di Indonesia.haha. Tidak lupa juga kepada si PALI yang sentiasa kelihatan cool. Hendak ke kelas menunggang motosikal pun masih lagi memakai glove. Hebat! Bersembang dengan orang sebelah pun, sebatu boleh dengar suaranya.hahaha. Tidak mengapa PALI kerana kehadiranmu telah menghiburkan hati kami semua. Jujur kukatakan kau menambahkan keistimewaan kepada keluarga ini dan aku amat menghargai kehadiran kau di sini.
Kelas undang-undang mingguan tiba-tiba bermain di benak fikiranku. Teringat DILA MAZLAN menggoreng entah apa-apa ketika menjawab soalan undang-undang yang diajukan oleh TUAN RAHMAN kepada kita. Tergelak besar aku di benak hati apabila semua menganggguk-angguk mungkin sebagai tanda faham tentang penerangan DILA MAZLAN, sedangkan aku tahu bahawa dia hanya cuba jaya dan menggoreng sahaja. Faktanya, aku sendiripun tidak tahu akan jawapan soalan tersebut ketika semua memalingkan muka mereka kearahku untuk mendapatkan kepastian dan aku hanya mampu mengangguk sahaja untuk melepas diri.hahaha. Malang sungguh SUKSIS kerana mendapat budak law seperti kami berdua. Budak law bukannya hebat sangat pun, poyo sahaja lebih, kalau bertelagah hendak menang sahaja! Terkenang juga ketika NADIA IDRIS membawa RTM untuk merakamkan aktiviti kawad SUKSIS. Orang-orang yang malas kawad seperti PADIL sanggup turun semata-mata untuk masuk TV! Shame on you PADIL…haha. Akan tetapi, bakat NADIA IDRIS sebagai wartawan memang tidak boleh disangkal lagi. Aku amat berharap sangat agar suatu hari nanti aku boleh lagi melihatnya sebagai seorang wartawan berjaya di saluran media negara.
Program Destini Kenegaraan! Hanya segelintir yang hadir kerana ramai yang tidak sanggup untuk mengorbankan cuti hari raya cina. Program ini terpaksa dibuat oleh UiTM sebelum penganjuran Le Tua di Langkawi. Masih terngiang-ngiang di telinga ketika MEK SU dan ALIA berleter panjang selepas di ‘brain wash’ oleh fasilitator.haha. Mereka cukup tidak berpuas hati. Malang sungguh kata mereka kerana perlu menadah telinga selama tiga hari semata-mata untuk mendengar propaganda. Buat pertama kali juga aku bersua muka dengan KAK ANA setelah sekian lama dia menyepi dari SUKSIS. Walaupun bernasib malang, tetapi jangan kita lupa bahawa disebabkan ini jugalah kita boleh bercuti secara percuma selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor! Siapa sangka, menikmati makanan laut yang mahal-mahal sambil ditemani hembusan bayu laut. Tapi kena tahan sikitlah telinga...haha.
Kita ke Selai, menikmati air terjun yang cukup indah. Menaiki HILUX, basah kuyup menongkah hujan, sungguh segar pengalaman itu dalam mindaku. Kita membina kapal bersama, melihat KHAIRI dari KASAVA ubi kayu memenangi perlumbaan itu. Sayup-sayup dikala subuh terdengar suara HASIF mengalunkan azan, syahdu bunyinya. Ingat tak semasa ACAP mengeluarkan suara Siti Nurhalizanya? Meremang bulu romaku, sudahlah kita berada jauh di dalam hutan. Bimbang nanti, dicolek alien pula kawan kita ni..haha. Kulihat juga WAN dan FINA semakin rapat bersama. Bagai merpati dua sejoli. Kadang-kala cemburu rasanya, alangkah bagusnya jika aku juga punya pacar dari keluarga ini.haha. Di Selai, aku juga kagum dengan bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri kita semua. Sungguh tidak disangka. Kita menyumpit di Selai, ber ‘tubing’ bersama. Kita juga masak bersama, bermacam-macam menu dihidangkan. Untuk kumpulanku, terima kasih kepada NORLI, WANI dan ahli wanita lain kerana masakan mereka pasti tidak menghampakan. Pandai juga NORLI, WANI memasak, ingatkan pandai berdating sahaja. Walaupun WANI macam biasa, agak-agak blur, tapi cekap jugaklah dalam bab-bab memasak ini. Bertuah si FAIZUL..haha.
Siapa yang tidak tertawa apabila melihat helmet hijau aku. Ditemani AZIM yang berhelmet biru menaiki viragoku. Tapi aku buat bodoh sahaja. Lantak koranglah nak cakap apa. Janji aku bahagia.haha. Vespa biru pastinya milik KHAIRI. Melihat dia meluncur laju dengan awek birunya itu terasa amat cool dan bersahaja. APIZ macam biasa dengan kuda putihnya, tapi tayar pun sudah nampak benang besi..haha. Sengkek betol kawanku ini. AIN seingat aku dengan kenarinya, setia menumpangkan LELA dan NIK kemana sahaja. ASRUL pula selalu mengajak ke pasar malam, mungkin hobi, tidak kira di mana lokasinya, dengan ditemani kelisa merah. Kalau naik for sure tak payah bayar duit minyak..hahaha. Bertuahkan kita dapat rakan sebegini rupa. Aku juga pernah pulang ke rumah dengan menumpangnya!
Garuda telah membawa kita ke Republik Indonesia. Ini pertama kali untuk kebanyakan kita ke luar negara. Terima kasih ZAIDI kerana menjadikan semuanya realiti buat kita. Kita ke Jakarta, kita ke Bandung. Bermacam-macam pengalaman indah yang kita tempuhi di sana. Bermacam-macam tepat yang kita lawati. Lawatan ke BRIMOB, menembak jarak jauh, lawatan ke museum, bersiar di kota raya, makan KFC dengan nasi putih dan sebagainya. Tidak lupa juga acara berjoget beramai-ramai. Ingat lagi apabila BIDI ditarik oleh seorang kakitangan di sana untuk berdansa bersama. Ingat lagi banner majlis penutup yang amat besar, tidak pernah kita lihat sepanjang menjalani program SUKSIS di Malaysia. Ingat lagi surau, kuil dan gereja dibina berdekatan di dalam pusat itu. Ingat lagi tempat wudu’ mereka bercampur antara lelaki dan wanita di pasar raya sehingga yang berskirt pendek pun boleh dilihat mengambil wudu’ bersama...haha. Yang paling penting, ingat lagi saat ketika MUSBIR melanggar pintu kaca. Bagaimana ia boleh berlaku masih lagi menjadi misteri bagi kita. Ingat lagi ketika NORLI dipeluk erat oleh polis lelaki di sana ketika mengambil gambar kenang-kenangan..Haha. Kemudian kita melancong di Bandung. Lagu ‘percaya padaku’ yang mamat gelandangan itu dendangkan semasa kita berada di dalam bas. Sedang asyik membeli-belah, habis basah kepala semua dikencing oleh mamat Indonesia.haha. Ingat lagi apabila kita menonton live Malaysia menang menentang Indonesia, amat menarik rasanya. Kita kerumah Strawberi, menikmati makanan panas yang cukup enak dan suasana yang nyaman lagi menenangkan. Habis semua strawberi kita borong. Kita kan jutawan di Indonesia! Haha.
Aku berpeluang bersembang panjang dengan SUHAILA semasa penugasan konvo. Aku dan dia ditugaskan di tempat yang sama, menjaga pintu lif. Dari situ aku tahu bahawa dia bukanlah lady boss seperti yang kusangka dahulu. Lemah-lembut orangnya dan banyak bercerita tentang buah hati tersayang, HATTADI. Sayang benar dia kepadanya. Aku gelakkan sahaja. Pelbagai kerenah ibu bapa yang terpaksa kami layani saban hari dengan penuh kesabaran dan komitmen yang tinggi. Bercakap pasal penugasan konvo juga, di jalan raya boleh disaksikan MUSBIR, MIRZAN, HATTADI dan PALI cekap mengawal trafik. Macam polis betul beb bukan budak kadet sekolah! MUSBIR dengan kaca mata hitamnya, memang penuh bergaya! Kagum aku, layaklah kalau mahu menyertai polis selepas bergelar graduan nanti. Mereka lebih perform dari pak gad yang sentiasa cengelat dan gemar mengular!
Tanpa kita sedari, masa untuk kita bersama semakin hampir tiba ke penghujung. Program pendakian Gunung Berembum adalah buktinya. Kita gembira semasa menikmati sata dan otak-otak di Kemaman Sempat juga ZAIDI berjumpa buah hati..haha. Kemudian tanpa berlengah kita terus menuju ke Dungun. Setibanya di sana kelihatan NOPA telah sedia menanti. Ingatkan pekerja buruh di situ, penuh berjambang dengan muka yang tidak terurus.hahaha. Malamnya pula kita dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan barang-barang makanan terus diagih sama rata. Strategi turut diatur. Semua kelihatan tidak sabar untuk melakukan pendakian pada keesokan harinya. Pendakian ini penuh degan liku dan ranjau. Hanya yang kuat akan terus survive. Kulihat RISMA, LELA, SUHAILA dan NOOR NADIAH cukup bersemangat, kudrat mereka memang menyaingi sang lelaki! Pernah aku suarakan kepada NOOR NADIAH bahawa aku menuggu saat dia jatuh, supaya nanti aku dapat menolongnya.hahaha. Malangnya sepanjang pendakian dia tidak pernah jatuh! Memang hebat wanita SUKSIS. Terkenang saat TUAN ASRUL mengimamkan solat di atas beting pasir di kem balak. Terasa nyaman bersolat berlatar belakangkan arus sungai dan hutan menghijau. Teringat juga kepada puak-puak yang mengail ikan-ikan kecil. So childish..haha. Kita juga sampai di suatu kawasan yang kelihatan indah seperti syurga, dihiasi periuk kera, dibumbungi awan biru dan hembusan udara yang cukup nyaman. Gerak hatiku mengatakan barangkali kawasan ini dijaga rapi oleh ‘pemiliknya’. Akhirnya kita tiba juga di puncak idaman, memasak di sana dan makan dengan penuh kegembiraan. APIZ dilantik menjadi ‘tarzan’, memanjat pokok untuk meletakkan plak kenangan. Kita bergerak lagi, menyusur denai hutan dan berkemah di air terjun langsir. Pemandangan yang cukup mempersona dan mengasyikkan. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Aktiviti-aktiviti kita lakukan sehingga larut malam, memikirkan masa-masa akhir untuk kita terus bersama. Bagi kaum lelaki yang berkhemah di sebelah air terjun, hanya kegelapan yang menyelubungi diri. Mujur bibit-bibit cahaya dari unggun api jadi peneman. Aku masih lagi ingat ketika aku duduk didalam kegelapan, sambil mendegar mp3 dan memerhati langit hitam. Sungguh tenang rasa jiwa ini. Kemudian aku disapa oleh KHAIRI dan kami berseloroh mengenai pelbagai perkara dunia. Syukur, semua selamat sampai ke kaki bukit. Ketika transit di UiTM Chendering, semua lega kerana tidak perlu lagi tidur berlantaikan hutan, enak dibuai mimpi dek keempukan tilam dan bantal. Keesokan harinya, kita membuka selera di Pasar Payang. Enak sungguh masakan dara-dara Terengganu. Sayangnya ketiadaan NAJMI sedikit dirasa. Sempat juga aku, PALI, KHAIRI, DAUS AYAM, EJAD dan APIZ menaiki bot penambang di KT. Dalam masa yang agak santak, sempat juga kami bermain bowling di sana. Kemudian, kita solat jumaat di Masjid Terapung di mana ada yang sempat bertemu dengan KJ, hero pujaanku.haha. Akhirnya, Lebuhraya Pantai Timur kita harungi dalam kegelapan malam untuk kembali ke Shah Alam. Kita semakin hampir ke penghujungya.
Nah! Ini dia yang kita nantikan. Seminggu kursus intensif di Shah Alam, amat memeritkan jiwa. Walaupun penuh penderitaan, tetapi makanan yang disediakan cukup menyelerakan. Padanlah ada di antara budak lelaki yang seleranya mengalahkan syaitan dan jin..haha. Walaupun teruk didera oleh EN. WADI, tapi kepuasan jelas terasa apabila berjaya mengharungi semua rintangan itu. Ini bukan semata-mata penderaan tetapi sebagai persiapan mental untuk kita menempuhi hari-hari sukar di UTM kelak. Memang kita tidak begitu memahami falsafahnya pada waktu itu sehinggalah kita benar-benar menjejakkan kaki di padang kawad UTM, Skudai. Terkenang juga semasa AZAH tiba-tiba rebah kepenatan di Padang Kawad UiTM. Agak cemas saat itu. Akan tetapi, jutaan terima kasih AZAH, kerana kau EN. WADI tidak jadi untuk menyambung denda..haha. Terima kasih juga kepada PADIL kerana memberi kita satu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan. Sakit peha, kaki dan tangan kerana latihan yang cukup mencabar. Kuncinya, mental! Teringat juga bila EN. BAD menjadi paparazzi terlampau.haha. Walaupun dalam kepenatan, tetapi keakraban kita semakin terjalin kukuh. Kita masih lagi boleh bergelak ketawa walaupun dalam kepenatan didera oleh EN. WADI. Tetapi untuk wanita lain pula kerenahnya, sentiasa bermuka ketat dan mulut moncong ke depan.haha. Penat sangat barangkali. EN. ZUL juga memarahi PADIL dalam nada gurau kerana tangannya ketika berdoa seakan-akan orang meminta sedekah. Kepala hotak engkau katanya.haha. Teringat juga bila hero kita pun tumbang (APIZ) pada hari pertama intensif..hahaha. Apa pun boleh berlaku degan keizinan Tuhan. Aku terkenang juga apabila DAUS AYAM menjadi skuad leader, gayanya degan perut ke depan semasa memberi order amat mencuit hati!
Kita hadir di UTM lewat sehari, gusar dimaki oleh universiti lain. Ini semua The Mines punya angkara, tapi merasalah juga menjejakkan kaki ke situ, tempat golongan-golongan kaya. Debaran semakin terasa, adakah latihan di sini lebih teruk keadaannya berbanding di Shah Alam? Seperti dijangka latihan tanpa henti pagi dan petang termasuk roll call malam terpaksa dijalani. Tiada hari tanpa kawad. Tetapi penatnya kurang terasa? Inilah penangan latihan intensif di Shah Alam, badan terasa ringan sahaja dan latihan juga terasa tidak begitu sukar. Terbuktilah tahap ketahanan fizikal dan mental telah meningkat! Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih kita. Angota lelaki bermula dengan satu detachment bersama tetapi kemudian terpaksa dipecahkan kepada beberapa detachment lain. Semua kembali resah, memikirkan nasib yang mendatang. Aku, WAN, HATTADI, ACAP dan APIZ ditakdirkan untuk berada dalam detachment 4 yang dilatih sendiri oleh EN. WADI. Syukur kerana kedudukan kami di dalam detachment berhampiran sahaja. Bolehlah aku dan HATTADI bergosip dan mengutuk orang semasa baris sedia menunggu lama. SM SAID antara mangsanya..haha. Aku juga kagum degan ACAP, walaupun penuh dengan kelembutan tetapi seingat aku sepanjang SUKSIS selama 3 tahun ini dia tidak pernah sekalipun tumbang! Hebat rakanku ini. Teringat juga peristiwa di mana ASRUL tiba-tiba terhencut-hencut walaupun pada mulanya amat bersemangat menyahut panggilan EN. WADI…haha. Detachment 4 a.k.a. detachment UTK selalu bertelagah dengan detachment 8 a.k.a detachment komando yang dianggotai oleh PADIL, AZIM, AZROL dan PALI. Teringat telatah AZROL yang sering berbangga dengan detachmentnya yang tidak pernah tumbung walaupun seorang. Telatah jurulatih kedua-dua detachmaent juga amat mencuit hati. Ramai budak detachment 4 yang mengagak bahawa EN. WADI merupakan seorang jurulatih yang garang, tetapi kami berlima sahaja yang tahu mengetahui siapa dia sebenarnya.haha. Wanita juga bermacam ragamnya. SUSAN tumbang seingat aku, NAZA tumbang tak? MUN sering menangis teresak-esak kerana diejek hitam olehku dan kemudian seperti biasa ditenteramkan oleh FANA. Ketiadaan SARIMAH dan IEFA juga dirasa. Di bilik suasana lagi meriah, ada yang membuka pusat ‘perjudian’.haha. SHAH dan USTAZ pula membuka surau untuk kami bersolat jamaah bersama. Teringat saat ketika AMZAR mengimamkan solat subuh, sebelum beraksi di padang kawad. Aku cukup kagum degan DAUS AYAM, tiap-tiap hari selepas pulang dari kawad tanpa berlengah dia terus datang ke bilikku untuk mengilat kasut. Buang tebiat apa budak ini, kata hatiku. Cukup semangat walaupun sebelum ini kawad pun selalu ponteng. Peristiwa ‘terima kasih FINA’ juga tetap di ingatan. Lenguh tangan pumping di malam hari..haha. Hari-hari akhir latihan diseriakan degan kehadiran BIDI, AM, EJAD, KAK NITA dan YANA. Semua jelez dengan mereka kerana kulit masih belum dimamah terik mentari. Kawan-kawan, Skudai Parade juga kita jajah walaupun tidak sehebat mana. Janji kita tengok transformers free malam itu.
Tibalah hari yang dinanti sepanjang 3 tahun bersama SUKSIS. Aku bangun di pagi hari, melihat AMZAR sedang mencuci muka. Sudah putih pun nak cuci lagi ke, kata hatiku.haha. Masing-masing kelihatan bersemangat ketika mengambil senjata. Semua segak bergaya degan uniform pegawai muda. Alhamdulillah semuanya terbaik dan berjalan lancar. SYAHMIE yang duduk di sebelahku semasa berada di dalam dewan merungut kerana bukan KPN yang menyampaikan sijil kepada kita. Ketua Polis Johor pun OK lah kan. Kita doakan dia jadi KPN suatu hari nanti…hahaha. Sebak terasa mengingatkan saat di mana semua hero-hero Malaya menangis! Jantan menangis…hahaha. Entah mengapa air mata ini tidak boleh ditahan lagi, melihat wajah jurulatih yang turut sugul. Wanita apatah lagi, sempat juga kuperhati NORLI, NAZA menahan sebak. Ada juga yang buat-buat gembira untuk ‘cover’ tangisan yang tidak dapat dibendung. Semuanya menjadi kenangan, nostalgia kita di masa tua nanti. Petang itu buat pertama kalinya kita ditabik selaku seorang pegawai. Alangkah terharunya. Sekali lagi aku dianiaya pada malam hari, dipaksa berkaraoke lagu Anuar Zain yang memang aku tidak minati. Sori, aku tak layan lagu leleh-leleh la geng! Aku juga sempat menganiaya PADIL. DILA KECIK juga sempat mengejekku kerana tangisanku petang itu.
Hanya beberapa hari tinggal untuk kita bersama. Program bersama KPN di Canseleri akan menjadi titik noktah buat aku dan sebahagian dari kita. Masing-masing sudah terasa bahangnya. Salam perpisahan hampir dihulur. EN. ZUL sugul seperti biasa, baru pulang dari mengajar kawad di IPK katanya. Tamat sahaja program masing-masing mengambil kesempatan untuk bergambar bersama jurulatih tersayang, bimbang tidak lagi ketemu dikemudian hari.
Petang itu, masa untuk memulangkan barang-barang kepunyaan SUKSIS. EN. ZUL sekali lagi kelihatan sugul. Aku faham perasannya. Tapi masanya sudah tiba, apakan daya kita sebagai manusia hanya mampu menempuhinya dengan tabah. Aku bersalaman dengan dia, EN. WADI, mungkin buat kali terakhir. Di pintu hadapan TUAN ASRUL juga kusalam erat. Terus terang aku katakan padanya yang aku tidak akan menjadi pegawai pada semester hadapan walaupun pengajianku berbaki setahun lagi. PROF. ROZMIN menyampuk dan berkata bahawa teruknya aku ini. Aku cuma tersengih sambil mendiamkan diri. Hendak sahaja mulut laserku membalas begini,”Hello prof., orang yang prof. kata teruk inilah yang tak pernah ponteng roll call sepanjang semester 6 ni, memang sedap mulut prof je ek!”.hahaha. Tidak mengapa kerana kadang-kala berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata. Takkan aku hendak bermusuhan dengan dia pula dek kerana mulut aku yang lancang ini. Walau apapun, terima kasih kepadanya kerana memberikan komitmen yang tinggi kepada SUKSIS selama ini.
Begitulah tamatnya perjalanan aku, kita selama 3 tahun dalam SUKSIS. Sekarang baru kusedari bahawa SUKSIS bukan semata-mata untuk kolej percuma, tapi lebih besar maknanya dari itu. Terisi juga hujung minggu dan cuti semester kita dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. SUKSIS memberi aku kawan-kawan yang pelbagai, bukan hanya dari jurusanku sahaja. Pendek kata, kawan di kelas lain dan kawan di bilik lain. Hidup ini terasacukup bahagia. Aku dapat menyelami hati budi rakan-rakan yang berlainan jurusan dan berlainan latar belakang. Syukur Tuhan kerana takdirkan aku untuk berada di sini bersama mereka selama 3 tahun. Terima kasih SUKSIS kerana memberi aku pengalaman, detik suka-duka yang cukup sempurna. Tuhan, anugerahmu ini tidak akan kulupa!
p/s Sekalung takziah untuk MUN yang baru kehilangan bapa tercinta. Didoakan agar dia tabah menghadapi segalanya.

Sunday 26 June 2011

Facebook dan sulit

Tiada istilah sulit dengan facebook.
Sekali anda melangkah tiada jalan pulang.
Sulit itu bohong.
Terpacul bibit-bibit keburukan.
Salah interpretasi suatu kepastian!

Saturday 18 June 2011

Kegembiraan itu anugerah tuhan

Anda berusaha untuk berjaya. Kenapa anda ingin berjaya? Untuk mencapai kepuasan diri, kegembiraan keluarga. Otak telah ditetapkan bahawa jika cemerlang peperiksaan, kegembiraan akan menjelma. Formulanya: Exam gempak=semua orang gembira.

Malangnya kita lupa bahawa kegembiraan juga adalah hak ekslusif tuhan. Dia yang masukkan perasaan tersebut di celah-celah hati kita. Bukanlah sebab makhluk kita akan gembira tetapi perasaan itu ekslusif darinya.

Kadang-kala kita telah mencapai sesuatu tetapi tiada gembira yang menyelinap dalam hati kita. Kenapa ini terjadi? Apabila kita mencapai sesuatu pasti kita gembira bukan? Hal ini kerana nikmat 'kegembiraan' itu tidak dikurniakan tuhan kepada kita walaupun kita telah mencapai sesuatu yang membanggakan.

Kita cuba sedaya-upaya untuk menggembirakan hati orang lain. Tapi kegembiraaan itu hak ekslusif tuhan rupanya dan dia berhak untuk mengurniakan kepada sesiapa yang dia hajati.

Baru aku sedar bahawa kegembiraaan itu bukan rancangan kita. Sehebat manapun kita, pencapaian kita tetapi akhirnya kegembiraaan itu milik tuhan jua. Aku cuba untuk buat mereka gembira tetapi aku rasakan sambutannya hambar. Inilah yang dinamakan kerja tuhan. Ditariknya nikmat gembira dari hatiku dan digantikan pula dengan perasaan ini. Tuhan maha hebat.

Telah tuhan buktikan pada diriku, bukan aku yang boleh memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada hambanya yang lain melainkan Dia juga yang memegang kuncinya. Aku pasrah. Mungkin ini balasan untuk semua dosa-dosaku. Aku perlu bersyukur kerana limpahan nikmat ini walaupun tanpa kegembiraan itu sendiri.

Terima kasih tuhanku. Kambuskanlah aibku. Jelmakanlah kegembiraan dalam hati mereka kerana kegembiraan mereka pasti akan menggembirakan aku juga.

Friday 29 April 2011

tinggi

TAK MIMPI
kat DRMM lepas exam aku tengok die. same tinggi dengan aku rupenye makcik ni. aku tegur die. woi ko lagi tinggi dari aku rupenye...hahaha...kami gelak. die kata kasut die tebal.

DALAM MIMPI
petang tu balik n tido...zzzzz...aku berada dalam train. 1row ada 6 seat, 3 kiri 3 kanan. sebelah kanan aku lelaki.siapa ntah. sebelah kiri aku.WOW! si tinggi rupenye.aku da gelabah da.cmne die bole dduk sbelah aku.

cnor mane? hahaha...die ada 1 row jugak tapi sit sebelah sana. dari sit die, die boleh nampak aku.

si tinggi tido. tapi mcm nyenyak tak nyenyak je...hahaha. tiba2 aku rasa benda panas kat tangan kiri aku.WOW! si tinggi pegang tgan aku rupenye. aku tergamam, lagi gelabah aku. sekali lagi WOW! cnor nampak rupenye dari sit die. KANTOI. si tinggi terus tarik tgan die n buat2 tido...hahaha.

aku pandang cnor sambil buat muke tak bersalah...hahaha...punyelah gelabah sampai tejaga dari mmpi siang!

kesimpulannya: bukan aku yang gatal k, die yg pgang tgan aku tanpa aku sedari (dalam mimpi la...) hahahahaha

Monday 28 February 2011

biarkan ia marak membara



hati itu marak membara
mimpi indah bagai abu berterbangan
suaramu yang tidak lagi kudengar
dalam kesepian ini
dimana kau bila hati kita terluka
dimana kau bila semuanya jadi tak keruan
tidak kusangka semua ini hanya satu pembohongan
di manakah dikau?

berapa lama kau boleh menahan kepediahan ini
berapa lama kau boleh sembunyi dari realiti
berapa lama kau ingin hidup dalam ketakutan
adakah kau takut?
berapa lama permainan ini perlu diteruskan
adakan kau akan bangkit melawan
atau lari sembunyi
biarkan ia marak membara!

hati itu marak membara
keinginan ini hampir padam, malap
pengajaran yang selalu diabaikan
hanya diselubungi kesamaran
adakah hidupmu hanya tentang sebuah janji yang dimungkiri
adakah cintamu bagai satu titis hujan
yang tidak mampu memadamkan api ini
adakah kau masih di sana

adakah memori ini akan menghantui selamanya?

Tuesday 8 February 2011

owhhhh

Perubahan memang tidak dapat dielakkan. Hidup sememangnya tiada kepastian. Mungkin sekarang kita begini dan mungkin esok kita begitu. Lumrah dunia, ibarat putaran roda, semuanya mungkin berubah sekelip mata. Hari ini kita menikus, namun mungkin suatu hari nanti kita akan mengaum ibarat singa.

Kondisi aku juga berubah. Status berubah. Rakan-rakan turut berubah. Hidupku berganjak. Bagai satu bulatan, selepas lengkap satu pusingan aku kembali ke satu titik asal. Bayangkan 6 semester ini merupakan satu roda kehidupan, semester akhir ini kurasa bagai berada di semester 1. Aku hampir melengkapkan pusingan ini! Aku kini berada di titik itu!

Apa ada pada titik asal? Kehidupan yang agak membosankan-terperuk di Jati. Kurang keakraban-berada dalam proses suai kenal. Status kewangan hampir sama-walaupun jauh lebih baik. Kesedaran belajar meningkat. Kepatuhan kepada SUKSIS- tahap tertinggi.

Jadi apa masalahnya semester ini? Kebosanan menggila. Kawan-kawan lepak telah berpecah. Tidak seakrab dulu, ya bagaikan masih dalam proses suai kenal. Kawan yang berumah tangga punyai tanggungjawab yang perlu dipikul, amanat Tuhan. Kawan-kawan yang berpacaran, lumrah alam. Kawan-kawan kaki wayang, kaki lepak di mamak sedang berpraktikal. Hanya aku yang terperangkap "in the middle of nowhere". Bagai berada di titik asal itu- rasa keseorangan.

Ekonomi? Perlu mengorak langkah drastik. Semuanya mesti berhemah. Aku bukan muda lagi, sudah layak mengundi, sudah boleh mendukung dua bayi serentak. Simpanan tetap perlu ada demi masa depan yang tidak menentu. Tidak boleh lagi joli katak sesuka hati. Duduk di bilik dan online. Bagai berada di titik asal itu- rasa kesempitan.

Study? Semangat seperti semester 1 tapi masih lagi malas. Cuma kesedaran tiba-tiba menggunung. Mengharapkan yang terbaik untuk diri dan keluarga, agar menjadi contoh ikutan yang bongsu-bongsu. Gementar jika gagal. Bagai berada di titik asal itu- fikiran skema.

SUKSIS? Rasa patuh bagai sebati dengan diri. Rasa takut untuk memberontak, menentang, melawan. Kenapa? Mungkin sejajar dengan usia dan kematangan, jiwa memberontak hilang sedikit demi sedikit. Bagai berada di titik asal itu- takut, patuh.

Apa lagi? Dia masih kekal di sisi. Hampir tiga tahun berkongsi suka duka. Muka hendak makan penumbuk. Tapi seribu kali lebih bagus dari yang mengada-ngada. Sejuta kali lebih bagus dari yang perasan bagus tetapi suka menyusahkan lelaki. Kecil hati jarang sekali, paling kurang muncung hingga ke petang. Tetapi semuanya diambil mudah, jadi tiada keserabutan apatah lagi keributan yang mungkin meloyakan orang lain untuk mendengarnya. Tahniah!

Kepada kawan yang kurasa paling banyak berjasa kepadaku sepanjang 6 semester ini, tanpa henti menyediakan nota-nota, mengajarku tanpa jemu, mengurus kelas dengan jayanya, anda mengingatkanku kepada seseorang, yang telah lama kutinggalkan di sekolah menengah, ALI namanya. Aku selalu meniru kerja rumahnya, meminta dia mengajarku, selalu sahaja menyusahkan dia. Begitu juga aku merasakan diriku yang sentiasa menyusahkan engkau. Nasib aku baik sedikit berbanding ALI, walaupun aku selalu menyusahkan dia tetapi resultku sentiasa melebihinya, baik PMR mahupun SPM. Tapi itu dulu kerana rezekinya sekarang lebih baik dariku, melanjutkan pelajaran dalam perubatan keluar negara! berbanding diriku yang hanya menumpang di sini. Nasibmu juga sama seperti ALI, sentiasa membantuku tetapi rezekimu kurang sedikit berbandingku. Tetapi aku percaya dengan seyakin-yakinnya bahawa nasibmu akan menjadi seperti ALI, lebih berjaya dariku lagi di masa hadapan, berkat usaha ikhlasmu yang sering membantu rakan-rakan tanpa kenal jemu. Percayalah, Tuhan akan membalasnya dengan kenikmatan yang tidak terjangkau oleh fikiranmu. Mungkin ketika itu aku hanya seorang kakitangan kerajaan bergaji tetap sedangkan engkau peguam terkenal berpendapatan lumayan. PERCAYALAH! Terima kasih daun keladi, jasamu mustahil untuk kubalas kawanku. Jangan lupa aku nanti pabila sudah berjaya.

Aku bersyukur dengan hidupku ini. Putaran roda BLS hampir lengkap. Cuma sedikit perisa dan rempah yang perlu ditambah. Mari kawan-kawan kita menghayati alam ini sebelum masuk ke lapangan pekerjaan yang pasti membosankan :)


Wednesday 12 January 2011

Doa ketika bersedih dan gundah

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِـيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِـيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجَلاَءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan rasa sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari cengkraman utang dan laki-laki yang menindas(ku)“


Doa Rasulullah s.a.w ketika bersedih
Ya Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku
Dan sedikitnya kemampuanku
Dan kehinaanku dihadapan manusia
Wahai Yang Maha Penyayang
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah
Tuhanku
Kepada siapa engkau serahkan aku
Kepada orang yang jauh yang menggangguku
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku
Asal Kau tak marah padaku maka semua itu bukanlah masalah
bagiku
Selain dari Keafiatan-Mu yang lebih luas dari yang ada padaku
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi
seluruh kegelapan
Dan akan memberikan kebaikan pada seluruh urusan dunia dan
akhirat
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keridhaan-Mu
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu...

:::kalau inilah takdirnya ya allah...aku redha


Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo