Friday, 9 May 2008

PERASMIAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD MUHAMMADI KOTA BHARU, KELANTAN


Pada hari ini 9.5.1964, Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Muhammadi telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.

Sekolah Maahad Al-Muhammadi telah ditubuhkan sebagai sebuah sekolah aliran Arab iaitu Madrasah Al-Muhammadi pada 1 April 1937. Pada mulanya hanya seramai 75 orang sahaja pelajar yang memasuki sekolah itu. Walau bagaimanapun jumlah itu bertambah menjadi 120 orang pada akhir tahun 1940.

Sekolah ini pada mulanya ditadbirkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan, kemudian pada bulan Julai 1974 ditadbirkan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA). Pada tahun 1979 pula, Maahad Al-Muhammadi itu, telah ditadbirkan oleh Yayasan Pelajar Islam Kelantan.

Sejak penubuhannya, sehinggalah ke tahun 1970, Maahad Al-Muhammadi telah mengikuti sistem pelajaran non- akademik yang lebih menitik beratkan mata pelajaran agama dan bahasa Arab. Pada tahun 1971, satu sistem pelajaran baru mula diperkenalkan. Sistem ini dibentuk khusus bagi menyediakan pelajar-pelajarnya mengikuti pelajaran dalam dua aliran iaitu aliran agama dan Arab serta pelajaran akademik. Di bawah sistem itu para peklajar akan mengikuti kelas-kelas yang sekaligus membolehkan mereka mengambil periksaan-peperiksaan Sijil Agama, Sijil Menengah Agama dan Sijil Tinggi Agama juga pepriksaan-peperiksaan akademik,; Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran. Dengan itu ia akan melayakkan pelajar-pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negeri seperti di Mesir, Arab Saudi, Iraq dan Kuwait di samping dapat juga meneruskan pelajaran di universiti-universiti tempatan.

Sesungguhnya perasmian Maahad Al-Muhammadi pada hari ini dalam tahun 1964, telah berjaya berkembang sebagai sebuah sekolah agama pusat bagi negeri Kelantan.

....MUET....


Aku tidaklah mengambil MUET tahun ini tetapi inginlah aku untuk mengucapkan selama maju jaya kepada rakan-rakan yang sedang berjuang menghadapi MUET:)

KEPADA FAISAL AZIZ, RAUDAH, AMINAH, ATAN, SURIA MUHAMMAD, AZAHARI DAN RAKAN-RAKAN LAIN YANG TIDAK DAPAT DISEBUTKAN, SELAMAT MAJU JAYA DALAM MENGHADAPI MUET. SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN TEPAT SETIAP SOALAN YANG DIBERIKAN DAN SEMOGA KITA DAPAT BERJUMPA DI SHAH ALAM NANTI:)

Thursday, 8 May 2008

MY FAVOURITE BAND

SAOSIN
SKILLET

KILLSWITCH ENGAGE
SALIVA

TRIVIUM

STORY OF THE YEAR


KARPAL KARAM CELAKA!!!

Woi Karpal...cakap berlapiklah sikit. Kau ingat ni negara punjabi ke? Ini TANAH MELAYUlah..Tanah orang-orang melayu yang bersultan atau beraja. Pantang nenek moyang orang mempertikaikan hak ketuanan orang melayu di tanah melayu sendiri dan mempertikaikan arahan sultan adalah sesuatu yang amat-amat menyirap darah kemelayuan aku ni! Bukannya sultan tu kasi arahan suruh buat benda tidak elok tetapi arahan dia hanya bertujuan untuk melindungi rakyat sendiri. Tu pun kau nak bising ke karpal?Aku bukan nak ta'sub sangat dengan identiti melayu aku sebab aku tahu dalam Islam yang membezakan sesama manusia hanya keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH je tanpa mengira kau Melayu ke, punjabi ke, cine ke or india ke....Aku bukan jugak nak timbulkan isu perkauman tapi sekadar nak kau berhati-hati bila berkata-kata. Banyak kali dah kau dengan budak-budak DAP kau buat hal ni. Aku yang sokong DAP ni pun dah rasa menyesal sangat sebab rasa tertipu.Ingatkan DAP matang, paham akan kepelbagaian MALAYSiA ni tetapi rupanya tak ubah macam PAP  dekat Singapore tu.Bukankah DAP untuk semua kaum termasuk melayu? Jadi tolong la beri sekelumit hormat kepada raja-raja kami... ataupun anda sudah merancang untuk menghapuskan terus sistem beraja pabila berkuasa kelak?? Karpal Karam...sedarlah, Tuhan belum lagi mencabut nikmat suara anda. Gunakan ia untuk memperjuangkan sesautu yang realistik dan betul. Bukannya hanya mencari publisiti dengan menimbulkan isu-isu kontroversi lagi bodoh lagi bangang. Kepada POLIS, aku bukan menghasut atau rasist. Jadi jangan dakwa aku melakukan hasutan berbaur perkauman pleezzzzz.aku tak nak masuk penjara pastu kene ISA:).....HIDOP NIK AZIZ!!! HIDUP PENCINTA ISLAM!!!

Monday, 28 April 2008

::::::home sweet home::::::




Finally dapat juge berehat dan bermalasan di rumahku syurgaku. Yang paling penting dapatlah menyembang dengan mama. Da lame tak sembang dengan mak aku ni...hehe.Dari a sampai z la die tanye pasal exam, pasal g dating n banyak lagila yang tak boleh ditulis.Tengok rumah aku pun macam biase je since aku balik sebelom exam ari 2..Tapi sayangnye road tax moto da expired. So tak bolela nak mrayap naik moto.....Tpaksela pinjam kreta mama....Tapi kekadang tak sampai hati jgak coz kite ni taw naik jer n die jgak yang isi minyak.Dala minyak mahal akibat pak lah yang tak brape cerdik memerintah.

Adik aku pulak dapat tawaran p jepun bwat engineering bawah JPA. Tapi persediaan 2 tahun la kt jalan semarak. aku wish die gud luck la. Since aku ni blaja kt UiTM je(universiti tolong melayu) so harap die bleh bwat yang terbaik. Janganla jadi mcm aku yang kantoi matrik n kemudian dicampak ke UiTM oleh Tuhan....haha.Walo apepun, UiTM still di hatiku...hehe. Mujurla dapat amik law, kalo amik perhotelan ke gerenti kene maki dengan geng2. Adik lebih gempak dari abang.huhu...Susah jgak jadi abang long ni.Expectation tinggi tapi pegi mampusla dengan semua 2 coz its my life and its my destiny...hahaha.

JEPUN?????? harga secawan kopi= RM5.....living cost tinggi, buatlah yang terbaik angah oi....Janganla membazir duit mama n rakyat Malaysia.....Ko rajin n pandai, gerenti bole buat punyela:)



DAUGHTRY-HOME

I'm staring out into the night
And trying to hide the pain
I'm going to the place where love
and feeling good don't ever cost a thing,
And the pain you feel's a different kind of pain
I'm going home to the place where I belong
where your love has always been enough for me
I'm runni
ng from you know I think you got me all wrong
I don't regret this life
I chose for me
But these places and these faces are getting old
So I'm going home
The miles are getting longer it seems
The closer I get to you.... babe
I've not always been the best man and friend for you
But your love remains true and I don't know why
You always seem to give me another try
I'm going home
To the place where I belong
Where your l
ove has always been good enough for me

I'm running from you know I think you got me all wrong
I don't regret this life I chose for me
But these places and these faces are getting old
Be careful what you wish for
cause you just might get it all
you just might get it all and then some you dont want
be careful what you wish for cause you just might get it all
You just might get it all
I'm going home to the place where I belong
Where your love has always been enough for me
And I'm running from.. you know I think you got me all wrong
I don't regret this life I chose for me'
But these places and these faces are getting old
But these places and these faces are getting old
I'm going home
I'm going home

Saturday, 26 April 2008

MY LAST DAY......

My last day?
Mungkin atau tidak? hope so.......
Now its time for me to say goooooooood bye to UiTM Kedah(ceeewahhh...mcm komfem je tapi dengar cite sem dpan ade 10 orang kene repeat economy, mintak-mintakla aku tidak tergolong dalam golongan itu)....to all my friends, especially to roomate yang semuanya sengal-sengal belaka.
Hopefully in the future we can meet again when you all have big cars,big bungalos, and also big wives:)
hahaha.........

3 semesters in this campus had make me totally change....
had make me become more matured..
Before this i only make friends with a "good" man,
But since i know you all, it had change my entire perception!!!
God bless you all!

lirik lagu ni untuk kowrang semua......

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


BYE-BYE AMIN "TULANG"


BYE-BYE JIJI "RUSKI"


BYE-BYE FARID "PES"


BYE-BYE PATRIK "PAILANG"


BYE-BYE PIDOT "?????"

-----THE END OF JOURNEY IN UiTM KEDAH-----

Thursday, 24 April 2008

B201,KOLEJ MALINJA,UiTM KEDAH,MALAYSIA

BILIK YANG PALING BERHANTU DI KOLEJ MALINJA TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN IALAH BILIK B201!!! GAMBAR DI BAWAH ADALAH BUKTI BAHAWA BILIK TERSEBUT MEMANG BERHANTU!!!













Wednesday, 23 April 2008

22.4.2008


dikala hujan gerimis membasahi bumi,

dua jiwa berjanji setia untuk hidup bersama,
walau segagah mana badai melanda,
akan ditempuh dengan penuh kesabaran,
demi sebuah hubungan yang tulus suci.

dikala mentari tenggelam menjelmakan kegelapan,
dua jiwa tangis dalam kehibaan,
mengenang nasib yang bakal menimpa,
terpaksa berpisah buat seketika,
tapi segalanya telah ditakdirkan,
semoga Tuhan menemukan semula,
dua jiwa satu harapan.

sesungguhnya janji ini bukan mainan,
tapi satu akuan agung,
yang mungkin telah ditentukan sejak azali lagi,
meskipaun banyak onak dan duri di hadapan,
akan terus dilalui walau sedalam mana luka sekalipun,
demi satu janji yang tidak akan dimungkiri.

Tuhan maha mengetahui,
Tuhan maha agung,
Tuhan maha menentukan segalanya,
YA ALLAH Tuhan sekalian alam,
peliharalah hubungan kami ini,
agar selari dengan batas-batasMu,
mudah-mudahan kami diberkartiMu,
mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung,
terhindar dari azab nerakamu.

YA ALLAH rabbul jalil,
ampunkanlah segala dosa hamba-hambamu ini.
Aminn........

Monday, 21 April 2008

Bahasa Politik: PAS Sudah Kalah



DARIPADA:Faisal Tehrani (Mohd Faizal Musa aka Faisal Musawi)-http://tehranifaisal.blogspot.com/

Saya hanya seorang pengarang. Ini pandangan saya. Seorang pengarang. Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku. Sila bersabar.Ini pandangan saya. Seorang pengarang kecil. Bahasa politik melibatkan apa yang dinamai orang Jerman sebagai machtvorming iaitu menghimpun kekuasaan, dan machtaanwending iaitu menggunakan kekuasaan. Nah, suka? Saya juga boleh menggunakan jargon-jargon hebat dalam bahasa Jerman seperti Anwar Ibrahim, memandangkan seluruh dunia termasuk Jerusalem Post memuji beliau, maka saya wajar menjadikan beliau contoh. Sekadar contoh. Saya boleh membawa contoh pengguna jargon politik seperti pencipta kata 'glokal', tetapi macam tak relevan. Saya juga boleh menggunakan jargon bahasa Turki kalau mahu, tetapi ya, saya bukan orang politik.Oleh kerana bahasa politik adalah menghimpun kekuasaan maka di Indonesia, sempena majlis memperingati 100 tahun Hamka saya boleh berkata begini, “Buku Buya Hamka, Tafsir Al Azhar menemani saya selama dua kali di penjara”.Kemudian kerana saya lebih sastera daripada seluruh orang sastera di dunia ini saya akan berpesan pula dengan penuh kekudusan “Sastra itu baik, dan harus dimulai dari kecil.”Hebat bukan cara saya memuja ulama besar Indonesia, Profesor Haji Abdul Malik Karim Amrullah alias Buya Hamka? (sila lihat TEMPO Interaktif Rabu, 09 April 2008). Saya beri saudara apa yang saudara mahu, saudara mahu Islam dan ulama? Saya beri. Dengan jargon hebat yang melongokan. Disuntik sedikit emosi: arghhh hari-hari lampau yang menyedihkan itu...Jua oleh kerana bahasa politik ialah menggunakan kekuasaan, saya akan berkata begini pula di khalayak yang lain, katakanlah di Australia: “I see Shakespeare as a major figure of international and humanitarian dimension. In the solitude of my prison cell clearly Shakespeare appeared to me as a brilliant genius of all times and for all cultures. I am in debt to Shakespeare in that sense because I was able to fly away from that small constraint of those four walls during incarceration to become this major spectator of this classic work of that great genius.”Begitu lah bunyi 'keynote di VIII World Shakespeare Congress' (Rujuk The VIII World Shakespeare Congress, Brisbane City Hall, July 16-21 2006)Suka bukan? Kerana saudara mahu Barat, saya beri saudara seorang tokoh jenius Barat. Dan untuk lebih membikin hati sayu, saya suntik sedikit kesyahduan untuk membangkitkan keterharuan.Latar sama. Tapi tema lain-lain. Bergantung apa yang saudara mahu dengar.Begitulah bahasa yang saya gunakan. Orang akan terpana. Begitu bahasa politik. Untuk khalayak berbeza saya akan 'temberang' beza.Bahasa politik beginilah yang akan memperdayakan PAS untuk mula-mula mempertahankan babi, akhirnya ya siapa tahu mungkin Salman Rushdie, opsss silap...Lina Joy. Bagaimana?Bahasa politik. Ia adalah permainan politik. Lebih pragmatik bahasa itu, lebih indah karya seni itu. Dan lebih memukau pembaca. Lebih mempersona penganalisis. Rakyat? Damn you rakyat. Apa yang telah berlaku selepas PRU 12? Penghargaan. Begini, untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih, kita mesti mendahulukan yang telah 'memberi', yakni yang telah meletakkan kita di 'tempat kekuasaan' (walaupun kata Fran, sekadar di pinggiran). Pengundi, dan 'big boss' yang 'memberi' ini harus diberi hadiah. Perak telah beri. Pulau Pinang telah beri. Kemudian giliran Selangor. Saya tidak kata salah hal ladang babi itu. Tidak salah, tambah-tambah kalau betul caranya. Pengikut Theresa Kok makan babi tiga ekor dalam kenduri kemenangan mereka pun saya tak marah. Makanlah. Makan sampai tercekik dan senak pun saya tak larang. Siapa pula marah. Siapalah saya. Harakah dan Timbalan Presiden PAS pun sokong ladang babi. Sampai sanggup pekak telinga rungutan dan rasa marah jijik PAS kawasan Sepang. Bukan begitu Dr Halimah? Tak akan tak ada muslimat Sepang bisik-bisik? Bohonglah kalau tak ada.Oleh kerana kita bersungguh-sungguh mahu 'mendahulukan' kepentingan mereka, kita telah mengajar mereka ini mua. Tahu mua? Buka kamus. Lagipun blog ini temanya 'sastera'.Kemudian setelah babi, beri betis hendak paha tentunya. Akan ada permintaan lain. Itu ini. Atas nama hak asasi maka akan masuk gereja untuk memberitahu, ya ini hak asasi. Kita pun mahukan kesamarataan. Mahu guna perkataan Allah di gereja? Sila...lagipun ini sekadar bahasa. Kebetulan kata Tuhan dalam bahasa Arab itu Allah. Tak salah masuk gereja. Siapa kata salah. Sebelum think tank PAS masuk gereja saya dah terlebih dahulu masuk. Di Jerman dulu saya masuk gereja. Bukan gereja biasa tapi gereja Dr Luther. Saya mahu memahami pertelingkahan Protestan dan Katholik. Saya keluar masuk gereja di Munster. Kemudian, saya tulis Tuhan Manusia. Saya beritahu pembaca yang Protestan mula-mula moderat, atau liberalis kemudian jadi esktrimis. George Bush itu Protestan. Paul Wolfowitz sang neo-con Protestan ke? Saya tak pasti. Boleh tanya Timbalan Presiden PAS, dia dokong ladang babi Sepang. Mungkin dia akan dokong juga Wolfowitz dengan agenda ekonomi US supremacy. Kenapa? Sebab itu bahasa politik si 'dia'. Jaga hati ketua, beri wala' kepada sang strategis yang memungkinkan semua ini, bukankah afdhal? Kita utamakan kepentingan mereka dahulu. Kepentingan orang Islam? Ala, kemudianlah. Macam-macam alasan diberi. Maka PAS pun terperangkap. Kasihan Halimah Ali, masuk PAS lalu jadi exco, lalu jadi pembela babi. Tentu dia tak dapat tidur malam. PAS terperangkap dalam jerat hak asasi, kesemarataan, atau hadiah pemberian. Rai dan rai dan rai segala keraian. Jangan bimbang, atas nama menjaga kesemarataan, atas nama harapan baru, dan berkebajikan maka mungkin Lina Joy yang lain pun kita dapat raikan. Lina Joy yang hari tu dah end of the story. Tambah-tambah alasan hak asasi itu akan jadi lebih berkesan dan munasabah kalau 'si pengguna jargon politik' datang dan temberang, PAS pun malu alah. PAS pun segan. Maklum, dapat kuasa sedikit-sedikit ini pun kerana pakatan sama-sama. Bahasa politik. Celaka. Sungguh celaka bahasa politik ini tuan-tuan. Dengan bahasa politik kelak, tuan-tuan akan mengkhianati kata hati tuan-tuan (meski tuan-tuan tahu kebenaran entri saya ini) dengan alasan seperti; satu - 'ala ft cuma novelis, dia bukan tahu apa' atau dua - 'ala budak tu pelik, dia asyik kata nak ikut ahlul bait' atau macam-macam lagi bentuk diskredit lain. Bahasa politik sentiasa celaka. Teman saya seorang pomen kereta kata, 'bahasa politik itu babi'. Bezanya pada kata-kata sahaja. Macam beza bahasa politik untuk Majlis Silaturahim Antara Agama (IRGC) dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini.Saya janji akan selalu bangun malam dan maki hamun bahasa politik yang merebut kekuatan Islam ini dalam doa. Jangan perlekehkan doa saya. Tak percaya tanya 'lima orang ulama' itu. Mereka lebih arif, itu pun kalau mereka tak tahu malu. Kita semua tahu ke mana arah tujuan semua ini. Tak akan berhenti setakat babi. Kesamarataan ini yang Ali Taqi lawan dalam Tuhan Manusia, tetapi PAS akan menobatkan apa yang Ali Taqi lawan. Ali Taqi putus asa? Tidak. PAS sudah kalah. Dengan melihat bahasa politik iaitu menghimpun kekuasaan dan menggunakan kekuasaan, PAS sudah tidak boleh diharap dengan FASAL 5 nya lagi. Saya pun tidak harap lagi. Meski sejak tahun 87 dulu (seperti syarat parti yakni sebaik sahaja baligh) saya tertarik dengan FASAL 5 itu. Hari ini, tahun 2008 saya tahu FASAL 5 itu hiasan sahaja. FASAL 5 sudah terkorban. Pembetulan: FASAL 5 sudah dikorban.Kenapa sampai orang PAS kena tipu dengan bahasa politik yang cakap lain sana cakap lain sini? Satu, silibus usrah PAS sudah ketinggalan zaman. Dua, PAS memang sudah tinggalkan usrah. Boleh tanya berapa kerat cawangan yang ada usrah. Tiga, orang PAS tidak peduli falsafah. Macam post-moden, bahasa politik cakap sana lain, cakap sini lain itu ialah bahasa politik post-moden. Orang PAS yang tidak mahu berfikiran global dan asyik mencari massa secara sentimen semata-mata tak dapat menanggapi sepak terajang ala post-moden. Jadi, masuk perangkap semuanya. Dengan tok-tok guru sekali.Memang jijik bahasa politik ini. Macam Presiden PAS, dua kali sudah saya dengar beliau mengajak ahli-ahli parlimen BN masuk Pakatan Rakyat. Katanya, mereka yang akan jadi katak lompat ini tidak akan dibayar. Fuhh, sudah pandai bahasa politik Machiavelli rupanya. Lompat parti samada berbayar atau tidak berbayar adalah keji, adalah satu korupsi. Ia salah. Yang bermaruah, beretika dan tidak keji ialah letak jawatan dan bertanding sekali lagi. Baru jantan. Aneh, ada ulama mengulang bahasa politik begini. Sudah macam watak Azman dalam drama saya, MISI. Disuruh jalan itik, dia jalan itik, disuruh menyalak, dia pun menyalak. Engku Daffa menunggang Subra, Mary dan Azman. Begitulah semuanya kena tunggang, oleh bahasa politik. Sudahnya Azman yang ingin merawat, jadi korup juga. Jadi penjenayah. Ah persis! Siapa mengajar? Tolong jawab, siapa ajar tok guru kita jadi korup begini? Pak Syeikh mana? Abuya mana?Mengapa orang PAS sokong korupsi ini? Ini korupsi moral dalam berpolitik. Sungguh jengkel!Jangan bersedih. Masih ada harapan.Saya menunggu lebih 500 orang pembeli Tuhan Manusia di Pesta Buku minggu lalu. Saya menunggu pembaca Tuhan Manusia edisi lalu. Lebih tiga ribu naskah terjual. Campur-campur, ada dalam empat ribu orang. Terima kasih. Saya tak perlu banyak. Dapat 12 orang pun jadi. Kalau lebih, bagus lagi. Mereka ini faham Ali Taqi. Mereka faham bahasa pluralisme yang digunakan oleh liberalis. Faham bahasa politik yang bak kata Ziana Zain penuh madah berhelah. Bahasa di mana di depan khalayak suka Islam adalah bahasa Hamka, dan bila bahasa depan khalayak khayal Barat adalah Shakespeare. Yang saya tidak sangka ialah PAS membiarkan dirinya ditunggangi ke tahap ini. Membiarkan diri ditunggang atau diperbodohkan sepertinya siaran ulangan yang menimpa Masjumi, Jabhah Islam lil Inqas, Ikhwanul Muslimin dan Jamaat Islami (di mana semua gerakan Islam ini berjuang, berjuang, berjuang tetapi last-last kemenangan mereka kena 'curi'). Orang mukmin konon tak akan masuk dalam lubang yang sama dua kali. Kasihan orang PAS sudah lupa ini semua. Kerana kurangnya bahasa usrah dan tarbiyyah sejak bahasa politik mengambil tempat. Tahniahlah. Kalau tuan-tuan dalam state of denial, tuan-tuan akan buat alasan untuk menolak kebenaran dalam entri ini. Alasan seperti, ala FT tu ikut sekian-sekian. Apa teguran saya sedikit pun tak mahu difikirkan. Sebab? Kepentingan diri. Apa lagi? Kalau nak kata kepentingan Islam, tunjuk mana Islamnya ajak lompat parti?PAS sudah kalah dan terkehel dari jalan FASAL 5 tak apa. Nak harap ada pimpinan PAS yang berani melakukan 'syahid politik' menentang arus belum tentu. Tak apalah. Saya tahu kumpulan Ali Taqi ini akan melawan, tambah-tambah melihatkan PAS sudah kalah begini, atau mengalah begitu. Seperti Ali Taqi, protagonis Tuhan Manusia mereka akan matang cepat.Saudara yang bijak menggunakan jargon politik, saudara ingat saya seorang? SAUDARA, PAK SYEIKH, BIG BOSS, BRO...apa sahaja gelarnya, SAUDARA SILAP. KAMI TAK AKAN BERI SAUDARA JALAN MUDAH.

Sunday, 20 April 2008

---IMPALA---




Semenjak "P" dekat lesen aku tu dah ilang, aku mula berangan-angan.....kereta ape ek aku nak pakai bile da keje nnti??? hahaha.. Kete katak? kete lembu? kete mr. bean?hahaha....rasenye memang tak mampu untuk aku drive BMW or lamborghini or ferrari or rakan-rakan yang seangkatan dengannya since aku ni hanyalah orang kampung yang slalu kering koceknya :)
Tapi ape salahnya jika kite hendak berangan atau berimaginasi tentang sesuatu kn?? dan memandangkan aku telah selesai mengahadapi azab peperiksaan yang dahsyat n menyakitkan maka sukacitalah aku berangan untuk mengubat hati yang duka n lara disebabkan azab2 tersebut. Aku berangan untuk memandu sebuah "IMPALA".....bukan nama binatang tapi sejenis kereta buatan eropah tahun 60-70 an!!! kalo kowarng paham ape itu vintage n klasik gerenti kowrang akan tertarik dengan kereta ni.tapi kalo kowrang berjiwa moden kereta ni ibarat macam sampah kot...hehe. Kowrang ingat crita "supernatural"???ala....yang dekat tv 3 2.....2 beradikyang tangkap hantu 2 gune sebuah kereta hitam....kereta 2 la namenya impala....alangah bestnye jika dapat bersiar-siar di republik rakyat manjung menaiki kereta 2 sambil menghirup udara segar....wawawawawawa..menang gempakla!! impala oh impala.....

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo