Mane pergi membe-membe aku yang selalu online ek?
Ape diorang buat masa cuti umum swine flu ni?
Demam jugak ke?
Takpelah...
malam ni aku balik u...
Sebenarnya aku tak mood pun nak cuti...
Memang malaz nak balik rumah...
Cuti terkezzut lah katekan...
Selamat menemui john chua minggu depan!
Friday, 31 July 2009
Dunia siber rasa sunyi
Sunday, 26 July 2009
Pagi jumaat yang menggemparkan
Jumaat lepas...
Aku bangun pagi dan tengok roomate aku semakin lemah...
Dia demam, baru sehari...
Badan dia besar, triple badan aku...
Aku risau, kalu dia terus pengsan...
Memang susahlah aku nak tolong dia...
So, tanpa berlengah dalam pukul 11.30...
Aku pinjam kereta faris dan terus bawa dia ke PK...
Dia jalan pun dah melelong...
Aku amat risau...
Datang ke PK dengan berseluar pendek je...
So sexy maa....
Sebab rasa macam tak sempat dah...
Risau dia pengsan...
Mujur takda coursemate di PK...huhu
Lepas jumpa doctor dia kena tahan...
Suhu badan 41 celcius...
Orang kata kalau suhu 40 ke ats boleh buat otak rosak...
Tak taw la...
Dia kata kene masuk air dan mandi di PK...
Untuk kurangkan suhu badan...
Aku pulang ke bilik untuk solat jumaat...
Bimbang juga kau jika dia terkena H1N1...
Kalau dia kena aku gerenti kena...
Mintak dijauhkan tuhan...
Tapi sekarang aku pulak yang demam!
Friday, 24 July 2009
Laksamana John Chuah
Pernahkah anda dengar nama ini??
Nama yang akan menggerunkan seantero dunia ...
Terutama law sudent yang sengal-sengal macam aku...
Dengan soalan-soalan yang mudah tapi sukar untuk dijawab...
Dia mencincang lumat hati-hati studentnya di dalam kelas...
Semua takut...
Semua gelabah...
Semua cuak...
Salah jawab dia akan tergelak...
"nonsense" , "absolutely wrong"...
2 perkataan yang akan terpacul keluar dari mulutnya...
Wahai John Chuah...
Anda telah membuatkan hari khamis saya sebagai satu mimpi ngeri...
Masuk kelas dengan hati yang berdebar...
Saya tidak suka semua ini...
Minggu ini saya terlepas...
Minggu depan kompem saya kena tanya...
John Chuah...
john Chuah...
John Chuah...
Anda memang guru sejati
Wednesday, 22 July 2009
quic quid plantatur solo solo cedit
MEANING:
if you want to eat planta, please eat it quietly (quic quid plantatur),
and dont invite others to eat with you (solo),
and dont share topup with your friends (solo cedit).
selamat beramal...kaka
Monday, 20 July 2009
Be good to me
i watch your back and you watch mine...
we are brothers, right?
i know that sometimes i can't control my mouth...
from talking shit things to you...
until make you sick of me...
but please trust me...
deep inside my heart that i love you so much...
dear friends...
fly high my friends...
and don't turn back until we touch the sky...
here we stand...
even though we are not so strong...
but we will face it together...
and if die, we will die together...
On top of that...
until we reach that day...
just be good to me...
Sunday, 19 July 2009
Thursday, 16 July 2009
Terbitnya kerajinan
Semakin hari semakin rajin...
Bagus!!!
Aku nak juga korek rahsia budak-budak dekan...
macam mana diorang bole dapat dekan sem lepas...
Sedangkan susah rasanya sem itu...
Tapi diorang dengan selamba badak aje dapat dekan...
Apa rahsia tuan-tuan??
Study group kot...
Banyak doa kot...
Study maut kot...
Entahla...
Sudah membiasakan diri dengan kehidupan baru...
Akhirnya memilih law and economics sebagai subjek elektif...
Cikgunya gila...
Hanya M.U. fan je yang boleh masuk kelas die...
Belajar 30 minit, merapu meraban 1 jam...huhu
Tapi seronok dapat belajar eco...
Dengan cikgu yang mulut jahat dan kurang bermoral...
Alasannya kurang bermoral di dalam kelas kerana katanya ini bukan kelas moral tapi ECO!!
Thursday, 9 July 2009
Kemalasan
malas nak g kelas
malas nak study
malas nak g surau
malas nak g DC
malas nak g roll call
malas nak turun latihan
malas nak beli buku
ape yang rajin??
tengok movie!!!
Saturday, 4 July 2009
Ice Age 3

Tengok ice age 3 tadi...
bawak 2 orang adik perempuan aku...
cerita dia funny terutama watak sid...
skrip die mantap r...
tapi tak feel r tengok coz tempat dudok xsyok...
lagi satu tak best coz masuk lambat sikit...
sepatutnya masuk pukul 9.30...
adik bongsu akula punye pasal...
aku nak makan burger tepi jalan je...
tapi die plak banyak songeh...
nak makan benda panasla...itula...inila...
nak tak nak layan jugaklah...
makanlah yong tau fu...
bayangkan wayang start 9.30, pukol 9.00 baru order minum...
so kami melantaklah cepat2...
itupun still masuk lewat...
haish...habisdah cuti sem...
esok nak transit umah atok kt ulu kelang...
ahad baru gerak shah alam...
apelah nasib aku sem ni...
Tuesday, 30 June 2009
Izuddin Hilmi Mohamad Zaini

Kawan aku,Izuddin Hilmi Mohamad Zaini yang belajar di UM telah di tahan polis rabu lepas untuk membantu siasatan polis tentang contengan perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan UM.
Yang paling mengejutkan penahanan dia lewat dimaklumkan kepada warisnya. Bapanya hanya mengetahui penahanan dia melalui rakan-rakannya.
Padanlah dia tak online. Rupa-rupanya dah kena cekup.
Ya Allah...
Kau selamatkanlah rakanku ini...
Janganlah biarkan kes Kugan berulang kembali...
Berita penangkapan klik di sini, sini
Blog izzuddin klik di sini.
cermin

Tengoklah cermin...
Mesti nampak diri kita...
"Wow! Boleh tahan juga aku ni, taklah seburuk shrek", kata si obama.
Kata abu shah pula, "Tapi ramai orang meluat dengan kau!".
Dalam kehidupan, kita seringkali merasa bahawa kitalah yang sempurna...
Apa yang kita lakukan semuanya tepat dan benar belaka...
Pada masa yang sama kita lupa tentang tanggapan orang yang berada di sekeliling kita...
Ramai yang merasa dirinya sempurna...
Tanpa dia menyedari rakannya amat membencinya...
Suatu hari baru dia tersedar dari lena...
Kerana mendengar rakannya mengutuk dari belakang akan tingkah dirinya...
"Oh, rupanya perangaiku tidak disenangi mereka", kata osama.
Ingatkan dia sempurna, tetapi rupa-rupanya penuh cacat-cela...
Orang kata persetankan pandangan orang lain...
Janji kita hidup bahagia...
Mereka hanya dengki dengan kita...
Bagiku caraku, bagimu caramu...
So what?
Tapi ada juga yang selalu mengalah...
Bukan lemah tapi demi seorang sahabat...
Dia sanggup menyakitkan dirinya...
"Tidak mengapalah, semoga jasaku ini dibalasi Tuhan di sana nanti", kata najib.
Aku bagaimana?
Ada sesiapa yang tidak suka akan caraku?
Ada sesiapa yang sakit hati denganku?
Aku tida tahu semua ini...
Kamulah cerminku...
Maka tegurlah aku dengan penuh hikmah...
Moga-moga tuhan merahmati kau dan aku
.jpg)