Sunday, 26 June 2011

Facebook dan sulit

Tiada istilah sulit dengan facebook.
Sekali anda melangkah tiada jalan pulang.
Sulit itu bohong.
Terpacul bibit-bibit keburukan.
Salah interpretasi suatu kepastian!

Saturday, 18 June 2011

Kegembiraan itu anugerah tuhan

Anda berusaha untuk berjaya. Kenapa anda ingin berjaya? Untuk mencapai kepuasan diri, kegembiraan keluarga. Otak telah ditetapkan bahawa jika cemerlang peperiksaan, kegembiraan akan menjelma. Formulanya: Exam gempak=semua orang gembira.

Malangnya kita lupa bahawa kegembiraan juga adalah hak ekslusif tuhan. Dia yang masukkan perasaan tersebut di celah-celah hati kita. Bukanlah sebab makhluk kita akan gembira tetapi perasaan itu ekslusif darinya.

Kadang-kala kita telah mencapai sesuatu tetapi tiada gembira yang menyelinap dalam hati kita. Kenapa ini terjadi? Apabila kita mencapai sesuatu pasti kita gembira bukan? Hal ini kerana nikmat 'kegembiraan' itu tidak dikurniakan tuhan kepada kita walaupun kita telah mencapai sesuatu yang membanggakan.

Kita cuba sedaya-upaya untuk menggembirakan hati orang lain. Tapi kegembiraaan itu hak ekslusif tuhan rupanya dan dia berhak untuk mengurniakan kepada sesiapa yang dia hajati.

Baru aku sedar bahawa kegembiraaan itu bukan rancangan kita. Sehebat manapun kita, pencapaian kita tetapi akhirnya kegembiraaan itu milik tuhan jua. Aku cuba untuk buat mereka gembira tetapi aku rasakan sambutannya hambar. Inilah yang dinamakan kerja tuhan. Ditariknya nikmat gembira dari hatiku dan digantikan pula dengan perasaan ini. Tuhan maha hebat.

Telah tuhan buktikan pada diriku, bukan aku yang boleh memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada hambanya yang lain melainkan Dia juga yang memegang kuncinya. Aku pasrah. Mungkin ini balasan untuk semua dosa-dosaku. Aku perlu bersyukur kerana limpahan nikmat ini walaupun tanpa kegembiraan itu sendiri.

Terima kasih tuhanku. Kambuskanlah aibku. Jelmakanlah kegembiraan dalam hati mereka kerana kegembiraan mereka pasti akan menggembirakan aku juga.

Friday, 29 April 2011

tinggi

TAK MIMPI
kat DRMM lepas exam aku tengok die. same tinggi dengan aku rupenye makcik ni. aku tegur die. woi ko lagi tinggi dari aku rupenye...hahaha...kami gelak. die kata kasut die tebal.

DALAM MIMPI
petang tu balik n tido...zzzzz...aku berada dalam train. 1row ada 6 seat, 3 kiri 3 kanan. sebelah kanan aku lelaki.siapa ntah. sebelah kiri aku.WOW! si tinggi rupenye.aku da gelabah da.cmne die bole dduk sbelah aku.

cnor mane? hahaha...die ada 1 row jugak tapi sit sebelah sana. dari sit die, die boleh nampak aku.

si tinggi tido. tapi mcm nyenyak tak nyenyak je...hahaha. tiba2 aku rasa benda panas kat tangan kiri aku.WOW! si tinggi pegang tgan aku rupenye. aku tergamam, lagi gelabah aku. sekali lagi WOW! cnor nampak rupenye dari sit die. KANTOI. si tinggi terus tarik tgan die n buat2 tido...hahaha.

aku pandang cnor sambil buat muke tak bersalah...hahaha...punyelah gelabah sampai tejaga dari mmpi siang!

kesimpulannya: bukan aku yang gatal k, die yg pgang tgan aku tanpa aku sedari (dalam mimpi la...) hahahahaha

Monday, 28 February 2011

biarkan ia marak membara



hati itu marak membara
mimpi indah bagai abu berterbangan
suaramu yang tidak lagi kudengar
dalam kesepian ini
dimana kau bila hati kita terluka
dimana kau bila semuanya jadi tak keruan
tidak kusangka semua ini hanya satu pembohongan
di manakah dikau?

berapa lama kau boleh menahan kepediahan ini
berapa lama kau boleh sembunyi dari realiti
berapa lama kau ingin hidup dalam ketakutan
adakah kau takut?
berapa lama permainan ini perlu diteruskan
adakan kau akan bangkit melawan
atau lari sembunyi
biarkan ia marak membara!

hati itu marak membara
keinginan ini hampir padam, malap
pengajaran yang selalu diabaikan
hanya diselubungi kesamaran
adakah hidupmu hanya tentang sebuah janji yang dimungkiri
adakah cintamu bagai satu titis hujan
yang tidak mampu memadamkan api ini
adakah kau masih di sana

adakah memori ini akan menghantui selamanya?

Tuesday, 8 February 2011

owhhhh

Perubahan memang tidak dapat dielakkan. Hidup sememangnya tiada kepastian. Mungkin sekarang kita begini dan mungkin esok kita begitu. Lumrah dunia, ibarat putaran roda, semuanya mungkin berubah sekelip mata. Hari ini kita menikus, namun mungkin suatu hari nanti kita akan mengaum ibarat singa.

Kondisi aku juga berubah. Status berubah. Rakan-rakan turut berubah. Hidupku berganjak. Bagai satu bulatan, selepas lengkap satu pusingan aku kembali ke satu titik asal. Bayangkan 6 semester ini merupakan satu roda kehidupan, semester akhir ini kurasa bagai berada di semester 1. Aku hampir melengkapkan pusingan ini! Aku kini berada di titik itu!

Apa ada pada titik asal? Kehidupan yang agak membosankan-terperuk di Jati. Kurang keakraban-berada dalam proses suai kenal. Status kewangan hampir sama-walaupun jauh lebih baik. Kesedaran belajar meningkat. Kepatuhan kepada SUKSIS- tahap tertinggi.

Jadi apa masalahnya semester ini? Kebosanan menggila. Kawan-kawan lepak telah berpecah. Tidak seakrab dulu, ya bagaikan masih dalam proses suai kenal. Kawan yang berumah tangga punyai tanggungjawab yang perlu dipikul, amanat Tuhan. Kawan-kawan yang berpacaran, lumrah alam. Kawan-kawan kaki wayang, kaki lepak di mamak sedang berpraktikal. Hanya aku yang terperangkap "in the middle of nowhere". Bagai berada di titik asal itu- rasa keseorangan.

Ekonomi? Perlu mengorak langkah drastik. Semuanya mesti berhemah. Aku bukan muda lagi, sudah layak mengundi, sudah boleh mendukung dua bayi serentak. Simpanan tetap perlu ada demi masa depan yang tidak menentu. Tidak boleh lagi joli katak sesuka hati. Duduk di bilik dan online. Bagai berada di titik asal itu- rasa kesempitan.

Study? Semangat seperti semester 1 tapi masih lagi malas. Cuma kesedaran tiba-tiba menggunung. Mengharapkan yang terbaik untuk diri dan keluarga, agar menjadi contoh ikutan yang bongsu-bongsu. Gementar jika gagal. Bagai berada di titik asal itu- fikiran skema.

SUKSIS? Rasa patuh bagai sebati dengan diri. Rasa takut untuk memberontak, menentang, melawan. Kenapa? Mungkin sejajar dengan usia dan kematangan, jiwa memberontak hilang sedikit demi sedikit. Bagai berada di titik asal itu- takut, patuh.

Apa lagi? Dia masih kekal di sisi. Hampir tiga tahun berkongsi suka duka. Muka hendak makan penumbuk. Tapi seribu kali lebih bagus dari yang mengada-ngada. Sejuta kali lebih bagus dari yang perasan bagus tetapi suka menyusahkan lelaki. Kecil hati jarang sekali, paling kurang muncung hingga ke petang. Tetapi semuanya diambil mudah, jadi tiada keserabutan apatah lagi keributan yang mungkin meloyakan orang lain untuk mendengarnya. Tahniah!

Kepada kawan yang kurasa paling banyak berjasa kepadaku sepanjang 6 semester ini, tanpa henti menyediakan nota-nota, mengajarku tanpa jemu, mengurus kelas dengan jayanya, anda mengingatkanku kepada seseorang, yang telah lama kutinggalkan di sekolah menengah, ALI namanya. Aku selalu meniru kerja rumahnya, meminta dia mengajarku, selalu sahaja menyusahkan dia. Begitu juga aku merasakan diriku yang sentiasa menyusahkan engkau. Nasib aku baik sedikit berbanding ALI, walaupun aku selalu menyusahkan dia tetapi resultku sentiasa melebihinya, baik PMR mahupun SPM. Tapi itu dulu kerana rezekinya sekarang lebih baik dariku, melanjutkan pelajaran dalam perubatan keluar negara! berbanding diriku yang hanya menumpang di sini. Nasibmu juga sama seperti ALI, sentiasa membantuku tetapi rezekimu kurang sedikit berbandingku. Tetapi aku percaya dengan seyakin-yakinnya bahawa nasibmu akan menjadi seperti ALI, lebih berjaya dariku lagi di masa hadapan, berkat usaha ikhlasmu yang sering membantu rakan-rakan tanpa kenal jemu. Percayalah, Tuhan akan membalasnya dengan kenikmatan yang tidak terjangkau oleh fikiranmu. Mungkin ketika itu aku hanya seorang kakitangan kerajaan bergaji tetap sedangkan engkau peguam terkenal berpendapatan lumayan. PERCAYALAH! Terima kasih daun keladi, jasamu mustahil untuk kubalas kawanku. Jangan lupa aku nanti pabila sudah berjaya.

Aku bersyukur dengan hidupku ini. Putaran roda BLS hampir lengkap. Cuma sedikit perisa dan rempah yang perlu ditambah. Mari kawan-kawan kita menghayati alam ini sebelum masuk ke lapangan pekerjaan yang pasti membosankan :)


Wednesday, 12 January 2011

Doa ketika bersedih dan gundah

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِـيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِـيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجَلاَءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan rasa sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari cengkraman utang dan laki-laki yang menindas(ku)“


Doa Rasulullah s.a.w ketika bersedih
Ya Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku
Dan sedikitnya kemampuanku
Dan kehinaanku dihadapan manusia
Wahai Yang Maha Penyayang
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah
Tuhanku
Kepada siapa engkau serahkan aku
Kepada orang yang jauh yang menggangguku
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku
Asal Kau tak marah padaku maka semua itu bukanlah masalah
bagiku
Selain dari Keafiatan-Mu yang lebih luas dari yang ada padaku
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi
seluruh kegelapan
Dan akan memberikan kebaikan pada seluruh urusan dunia dan
akhirat
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keridhaan-Mu
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu...

:::kalau inilah takdirnya ya allah...aku redha


Friday, 10 December 2010

syukur

satu lagi sejarah peribadi tercipta...
seronok tgok mama hepi :)
tuhan maha kuasa...
nikmat yg tak terhingga untuk si pendosa ni...
allahuakbar!

sungguh tak sangka
berkat doa semua,
mak ayah, rakan taulan...


satu lagi penanda aras tercipta
ha adik2...aku dah merasa...korang bile lagi? :)

Tuesday, 5 October 2010

BEBAS

Bebasnya duduk di US berbanding di Malaysia. Bebasnya duduk di Shah Alam berbanding di Manjung.Bebasnya duduk di pusat komersial berbanding di kolej...


Pusat komersial...
Lihat Muslimah tanpa tudung, bershortz lepak di mamak...
Lihat bangsa-bangsa syisya...
Lihat orang pekan berparti...
Lihat pakwe tanggalkan helmet makwe...
Lihat lelaki sama lelaki berpegangan tangan...

BEBAS
tapi..........

Saturday, 18 September 2010

Shah Alammmm


Selamat hari raya semua.

Telah selamat sampai semalam tepat jam 11.30 malam. Agak tertekan di dalam bus kerana Mp4 sudah kehabisan bateri (lupa bawak balik cable). Shah Alam, agak lengang. Bagus. Masih belum ramai cewek-cewek delima, mawar dan melati. Suci lagi mataku...hahaha (tu la pasai kena kawin awal)

Lepak sekejap di bilik sambil on9. Jam 2.30, laparnya perut. Mujur ada rakan seangkatan yang lapar jugak. So lepak dengan Ustaz di Mc d roundbout. Macam-macam yang di discuss. Dari Syiah, Dr MAZA, HArussani sampailah ke kerja half day di hari sabtu. Turut membaham big mac dan sundae aiskrim (gilo ape sepertiga malam melantak aiskrim).Asyik punya asyik sampailah pukul 5. So, pulang semula ke bilik. Nak tidur takut nanti terlepas subuh. On9 dulu dan kemudian solat. Habis solat, bum! zzzz...

Aktiviti pagi hari, sudah berjanji dengan husaini untuk tengok resident evil kat Bukit Raja. Suruh Cnoor kejut pukul 9 tapi hp aku pulak ada problem (nak mintak tukar hp baru la tu). Pukul 10.30 bangun bersiap dan terus ke Jusco. Resident Evil pukul 11. Lama tak melepak dengan husaini. Rindu pulak kat dia. Yela, dulu housemate kot kat Jati.

Habis je movie p cuci-cuci mata sat dengan husaini t-shirt kat Jusco tu. Duit raya ada lagi kan, baju nak attend kelas pun da tak da, semua lusuh belaka. Belilah sehelai dua. Sambil-sambil menyembang dengan husaini, sambil membelek baju. Tak mampu nak beli yang mahal, bedal je yang murah janji baju baru...hahaha.

Pulang ke bilik, solat zohor dan terus qada' tidur.zzzz. Si zaidi da ada kat bilik. Pukul 5.30 terjaga. Panas giler. Solat dan bersiap-siap, p bintang jap beli barang sikit and p antar cadar ke dobi (sape suroh cnoor tak nak basuhkan...haha). Dapatlah megi, pencuci muka, sabun. Sempat juga makan di khalifah. Lapor seyh! Di bintang 2 kali bertembung dengan kazan. 1st berbalas senyum je, tak pernah kot sembang dengan dia. Malu r. Sori r kazan. 2nd baru tegur mek klate tu and wish hari raya, hajat nak sembang lama :) (marah cnoor...haha).

Balik bilik dan kembali on9...lalalallalala

Saturday, 4 September 2010

mimpi

Semalam jam dua sebelum tidur macam biasa,
aku lekatkan headphone mp4 di telinga, adjust volume dan sedia untuk berdengkur,
aku layan je lagu ape yang ada...

tiba-tiba aku berada di jepun! aku rasalah...
dan aku jumpa seorang minah jepun ni, cantik orangnya, sopan, pakai baju putih,
tapi dia orang istimewa, dia bisu...

Kami berkenalan, entah macam mana kami berkenalan,
aku kasihankan dia dilahirkan sebegitu rupa walupun rupa parasnya yang cantik sekali,
kami join game explorace! ya explorace!
dan nak tau apa task yg kami dapat?
kami kena hantar makanan ke kedai 7e...hahaha

kami berdua bergegas lari ke kedai itu,
mula-mula dia tinggalkan aku, laju giler minah ni lari,
aku slow and steady. dan kami berjaya selesaikan task kami,
dalam perjalanan nak ke garisan penamat, dia tiba-tiba penat...
temengah-mengah dia, kasihan aku tengok
dan apa aku buat?
aku dokong dia sampai ke garisan penamat! haha...giler romantik!
dan dan pulak lagu mp4 aku lagu slow rock, lupa lagu apa...
maknanya moment itu dilatari lagu slow rock...perghhh
macam dalam filem...best giler
minda separa sedar aku berganbung dgan lagu mp4!

tapi sampai2 je di garisan penamat, kami kena marah dengan mak ayah dia
aku tak tahu pasal ape..huhu
tapi yg kelakarnya kami saling berpandangan
dan kami hanya berbalas senyuman...
wow best!

tiba-tiba...
keluar pulak lagu metal kat mp4 aku
ceh terus aku tersedar!
kacau daun btol la
baru nak menikmati saat bahagia.
aku cabut headphone dan terus lena
sambil mengharap mimpi tadi bersambung kembali
tapi hampa sampai ke subuh...hahaha

siapakah gadis bisu itu...hahaha

Wednesday, 25 August 2010

cinta ini membunuhku

lama xupdate...

arini present juris. islamic theory of sovereignty. jadi ustaz r kejap walopun muka ni xsebersih ustaz...kuar la ayat quran sikit, hadith ckit. teringat pulak zaman jadi naqib dulu. pandang diri sekarang n dulu jauh beza siot.malu.

mujur kak farah xda tadi. kalo tak mesti da kena baham dengan soalan-soalan maut ustazah. soalan anis pun tak mampu nak jawab.haha. apelah aku.

cinta dunia.cinta ini membunuhku

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo