Saturday 22 November 2008

Aku tidak pulang;(

Assalamualaikum. Berikut adalah tentatif aku sempena habis exam ini:

19-21 November 2008- Kem SUKSIS di FRIM, Kepong.

22 November 2008- Rehat Di Kolej Teratai.

23-28 November 2008- Kursus Etika SUKSIS di Langkawi.

Justeru itu 29 haribulan baru aku boleh bersenang-lenang di rumah...waaaaaaaa. Malas rasenya! Aku mahu pulang!

Setakat masa posting (22 hb) aku ni, aku telapun menghadiri kem SUKSIS di FRIM. Korang nak tau ape nasib aku??

1.Kene berpakaian kemas di dalam hutan termasuk baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar setiap masa dan berkasut walaupun baju dan kasut basah kena hujan.

2.Tidor berlantaikan air hujan kerana sepanjang 3 hari kem, hujan asik-asik turun. Amat tidak selesa. Sejuk giler! 2 malam tidur dalam khemah yang basah tahap banjir.

3.Kena hormat semua pegawai atasan termasuk senior sepanjang masa. Pegawai kena panggil "tuan" dan senior kena panggil "encik". Rasa kekok tetapi aku pasrah. Ketaatan amat penting dalam polis.

4.Sembahyang dalam keadaan yang kurang selesa. Maklumlah sembahyang dengan pakaian yang lembap.

5.Kena joint malam kebudayaan. Perkara yang aku paling meluat sekali dalam hidop. Malas beb nak berlakon. Kita ni bukannya pandai berlakon macam brad pitt..haha

6.Hari-hari kena berleter. Rase macam budak-budak tadika. Tapi sabar ajelah becoz niat senior n pegawai berleter adah baik.

7.Penat n sakit kaki aku berlari. Sampai sekarang ni masih lagi terasa sengal-sengalnya. Adussss

Walau bagaimanapun, aku redo pan pasrah atas semua yang berlaku. Adatlah orang bercampingkan. Baru challenging. Tambahan lagi ni kem Polis. Senior lelaki pun cukup sporting. Macam kawan-kawan je rasenya walaupun kena panggil diorang "encik". Mintak maaf becoz tidak dapat sertakan gambar. Tak bawak camera n hp pun cikai tak de camera.

Besok akan bertolak ke Langkai pukul 7 pagi. Doakan semoga aku boleh bertahan ye sahabat sekalian:)

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo