Friday 19 December 2008

Tamat satu babak - What's next beb?



Sebelum check result tadi rase bedebar giler! Yelakan, result 1st degree ni. Orang kate akan jadi kayu pengukur untuk semester seterusnya. Bile tau je rase lega bangat seyh! Kurang 0.01 je dari result aku time 1st sem pre degree.Ngehehe

Maknanye bolelah kan untuk meneruskan kehidupan dalam babak seterusnya. Nak aku paste ke result aku? Malu rasenye. Kalau dekan da lame aku tayangkan and riak wa takabbur...haha. Walaupun tak menepati apa yang aku kehendaki, at least aku bersyukur becoz nak jugak Tuhan bagi aku rezeki ni walaupun tak terkira dosa aku denganNya.

Sem 2? Apa cabarannya? Lecturer yang banyak songeh kot..haha. Mesti menarik sem ni. Aku nak sekelas dengan sapa ek? Banyak pilihan ni. Sekelas dengan budak-budak yang aku tak kenal dan tak rapat pun best jugak kan...Sem lepas aku dapat kenal adam and mas. Sem ni sapelah pulak yang teramat malang yang akan jadi partner aku...:)

Sebelum tidur, aku rasa amat simpati dengan cikgu blog aku si Cik Suria. Dia ada problem sikit. Sabar ek Suria, masalah tu akan setel jugak akhirnya. Perlukan sedikit masa. Kalau jadi dekat aku pun gerenti aku menangis la...

Nyte adioss

Tuesday 16 December 2008

BARACK OBAMA v ABHISIT VEJJAJIVA



BARACK HUSSEIN OBAMA

Bakal Presiden US

Umur 47 (lahir pad 14 Ogos 1961)

Kelulusan Columbia University dan Harvard Law School

Parti Demokrat, US

Agama Kristian

Bangsa Africa-America



ABHISIT MARK VEJJAJIVA

Bakal PM Thailand

Umur 44 (lahir pada 3 Ogos 1964)

Kelulusan University Chulalongkorn dan University Oxford

Parti Demokrat, Thailand

Agama Buddha

Bangsa Thailand

_____________________________________

Siapa lagi hebat? Aku pun tak taw becoz seorang mengaji kat oxford dan sorang kt harvard law school. Tapi yang aku tahu Abhisit lagi HENSEM...auuuuu...

Monday 15 December 2008

Melepas rindu:)

Assalamualaikum...
Lama sudah aku tak update blog ni. Entah kenapa aku rase teramat malas nak menaip. Mungkin kerana mood rumah ni menghantui aku....

Banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan kat korang semua. tapi semua cerita da lame dah coz aku tak update..haha

SUKSIS DI LANGKAWI

Lebih kurang seminggu aku di sana. bagi aku tak ada ape yang istimewa tentang pulau tu. Bosan dah aku tengok laut, nelayan, feri, bot dsb. Almaklumlah, aku duduk di Manjung, area tepi pantai. Takde beza bagi aku Langkawi dengan lumut malah boleh aku katakan lumut lagi lawa la beb!

Yang bestnya aku melantak coklat-coklat yang murah dan tidak bertag halal.hahaha. Biaselah, kalo benda was-was ni semua sedap. Kerja SYAITAN NIRRAJIM.

Di langkawi kami menetap di MES Pegawai Polis Pasir Hitam. Kemudahan memang tip top. Bayangkanlah student yang jadi sukarelawan polis je ni boleh duduk di MES pegawai. Bilik dia lengkap dengan dapur dan ruang tamu, tv, peti ais dan semestinya air cond. Tapi aku andaikan roomate aku kat sana macam tak pernah jumpe air cond kot.hahaha. Sori kalo kau marah. Ade ke patut dalam hujan die boleh buka air cond temp paling rendah siap bukak kipas lagi. Orang eskimo ke hape?

Aktiviti juga macam biase. LDK, indoor activity. Yang paling malas sekali bila time kene present depan 60 member dan pegawai. Aku ni dala lack of confidence. Memang cuak giler la. Tapi gagahkan juga. Alhamdulillah semua ok. 6.45 pagi da kena kumpul dan kawad. Lepas tu kena senam robik. Aktiviti paling best ialah.....MAKAN! coz makan sedap dan yang paling penting free of charge...aktiviti yang paling meluat ialah karaoke. Selepas membuat kajian yang tidak mendalam, polis tidak boleh dipisahkan dengan dua perkara iaitu rokok dan karaoke. Sealim manapun polis dia mesti kena pandai karaoke dan aku cukup meluat. Dalah lagu old skool pulak tu. Maklumlah semua pegawai orang tua.

Nak minta maaf kat Cik Noor coz tak beli ape pun untuk you. Biaselah orang lelaki ni. Pemalas. Kesimpulannya KURSUS ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI ni adalah kursus yang sekadar memenuhi jadual aje kot(betul ke?)

ANTOO FIGHTER

Minggu lepas aku dan sedare dan adik tengok wayang. Start pukol 9.15. Untuk pengetahuan, 1 sem duduk shah alam aku tidak pergi cinema. Sebab ape? sebab shah alam tak de wayang. hampeh. Kalau kat kedah dulu tiap-tiap minggu dengan geng tengok wayang. Memang best. Lagi satu dekat sini dapat roomate yang soleh-soleh belaka, budak-budak kelantan. So, takkan nak rosakkan diorang pulak...haha. Jangan marah ek Husaini, Faiz, Syafik dan Fariz. Tapi thnx kat Husaini coz supply movie baru kat aku tiap-tiap minggu. Husaini ni rajin downlod movie kt internet.

Lepas tengok wayang Kak Nyah belanja KFC. Kitorang lepak KFC tengah malam sembang-sembang pasal cerita misteri dan mistik yang berlaku dalam sedare kitorang. Maklumlah, orang kampung kan aku ni.

So setakat itu sajelah aku nak mengomel harini. TATA~nyte:)

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo