Sunday 25 July 2010

2.4 dan kawad senjata

Hari sabtu yang amat memenatkan. Sudah menjadi rutin semenjak part 1, Sabtu bukanlah hari yang ditunggu-tunggu kerana program SUKSIS menanti..haha

Pagi tadi celik biji mata, solat dan bersiap ala kad terus ke pejabat SUKSIS di Kenanga. Aktiviti hari ini, larian 2.4 kilometer dalam masa 14 minit! Aku akui aku bukanlah seorang yang fit dan cukup malas kalo bab-bab menyakitkan sendi-sendi ni. Jadi paksa rela aku pun berlarilah sepenuh hati dengan si Azim. Pancit OK! Tapi berjaya juga catat masa bawah 14 minit. Penatnya bukan kepalang. Sampai je ke garisan penamat, aku terus pening...haha. Tapi taklah sampai tergolek, cuma kepala rasa semacam. Aku masih boleh bertahan lagi.

Petang pula ada kawad senjata. M16 digunakan. Kalau pagi lenguh kaki, petang pulak lenguh tangan-tangan ni. Maklumlah M16 bukannya ringan. Kalo M16 plastik bole r tahan...hahaha

Sampai sekarang terasa sengal satu badan. Itulah tandanya badan tak fit. Esok gerenti bangun dengan kesengalan satu badan yang melampau...hahaha.

Menarikkan hidup seorang anggota unit beruniform. Beruntung dapat diorang ni sebab diorang ni terbukti "gagah". hahaha...gagah la sangat. At least diorang bukanlah lelaki berwajah korea yang terlompat-lompat apabila melihat lipas. Cantik di luar tapi hempeh. Kalo korang kena buli, lelaki berwajah korea hanya akan menutup wajah mereka yang cun dari dicalari tidak seperti lelaki-lelaki yang benar-benar lelaki yang akan tegak berdiri melindungi korang...kakakaka

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo