Monday 17 March 2008

.:RenunGan:.

Air Mata Nabi Adam

Tahukah kita semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis,
beliau menangis selama 300 tahun.
Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

[da cukup ke amalan kite slame nie???..semoga mnjdi pedoman...]

Friday 14 March 2008

ATTENTION PLEZ!!!!

I fell much better now since last week

And i wanna make some important announcement

Today i want to introduce you to my new blogging partner
She will contribute her writing or entry to my blog
Let me introduce u to miss............



::name :CIK NOR ASLIZAN BT. MUSA::
::aka : IZAN::
::home :PASIR PUTEH, kelantan::
::hobby :cooking, reading novel::
::school :UiTM, Merbok::



And this is her first entry in this blog:)
Hope you all will enjoy it....

assalamualaikum


.:bila terjalinnya sebuah persahabatan:.

ketika diriku t'cari-cari sinar cahaya..
keseorangan...
kesepian..
adakalanya aku t'hanyut..
dlm lautan manusia jahiliah..
yang penuh dgn fitnah...

tiba-tiba...
t'dgr sayup suara panggilan darimu..
menyapa hati, menundukkn nafsu..
suara bisikan keinsafan itu..
tlh m'buat aku bangun dari khayalan fantasi..
yg bisa melalaiknku..

suara itu...
datangnya dari insan yg b'nama sahabat..
yang selalu m'beri semangat dan dorongan..
ketika diriku lemah..
dan ketika diriku lalai..
dihanyutkan oleh ombak jiwa remajaku...

kehadiranmu sahabat,
bagai cahaya yg dulunya malap,
kian cerah secerah mentari,
yang menyuluh seluruh alam..
m'bawa kebahagiaan,
dalam diriku...
yg m'damba kasih,
dari insan yg b'nama sahabat...

aku harapkan wahai sahabat..
semoga perpisahan diantara kita nanti..
membawa keberkatan dan kebahagiaan..
kepada kita semua..
inginku m'beritahu padamu sahabat..
aku menyayangi dirimu..
tidak akan kulupakan..
persahabatan yang telah sekian lama terjalin..
dari ingatanku..
walau badai datang melanda..
walau bercerai jasad dan nyawa..
kaulah sahabat teristimewa..
yang aku sayangi..
buat selamanya....

Saturday 8 March 2008

im so sorry....

KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER N PEMBACA yang dihormati...
AKU MINTAK MAAF KALAU ADE MENYAKITKAN HATI KOWRANG DENGAN TULISAN AKU...
DAN PERCAYALA, AKU XDE NIAT WALAU SEKELUMIT PUN NAK BUAT KOWRANG SAKIT ATI...

Aku akan berhenti update blog buat sementara waktu...maybe seminggu or maybe lebih...
Sebab aku nak buat 'muhasabah diri' sikit...
Betol ke jalan yang aku pilih utk buat blog ni...
Ataupun hanya nak tambah dose dengan sakitkan ati orang lain...
So, kalo aku rase delete jawapan yang sesuai, maka itulah yang aku akan buat...
Skali lagi mintak maaf kalo terkasar bhase dgan korang
Thnx 4 supporting me:)

Assalamualaikum

yang benar,
Syafiqmahadi

Friday 7 March 2008

STOP THE WALL!!


The Palestinian grassroots Anti-Apartheid Wall Campaign is a coalition of Palestinian non governmental organizations and popular committees that mobilize and coordinate efforts on local, national and international levels. These efforts are focused upon stopping and dismantling the Apartheid Wall, and resisting Israeli occupation and colonization.

The Campaign call is to:
1. Stop the Wall
2. Dismantle parts already built
3. Return all lands confiscated for the Wall, and
4. Compensate for all losses.


Plez refer to: http://stopthewall.org/index.shtml

Aku telah di tag oleh Puan Guru Cookie@Sue untuk menulis tentang '10 Random Facts About Me'. Untuk mengenang jase die mengajar aku buat blog, so aku tulisla benda ni. Memandangkan aku seorang nasionalis dan berjiwa patriotik, aku tidak akan menulis dalam bahasa penjajah sebaliknya memilih bahasa ibunda yang aku hargai...hehe(alasan untuk orang kantoi english).

'10 Random Facts About Me' by: Amirul Syafiq Mahadi

1) Hobi paling nikmat: Tidur!
Mase : Lepas suboh n asar

P/s Adalah tidak digalakkan tidur selepas suboh kerana dikhuatiri mewarisi kepapaan n juga selepas asar kerana ditakuti menjadi sewel dan gila....

2) Favourite music: english hark rock,rock,post-grunge...
Band : 12 stones,30 secondsto mars,32 leaves,38th parallel,adema,anberlin,april sixth,crossfade,burn season,breaking benjamin,dark new day,day of fire,dead poetic,digital summer,disciple,disturbed,earshot, edguy,endo, evanescence,faktion,falling up,fuel, muse, lostprophets,neverset,nonpoint, POD,pillar, project 86, puddle of mudd, red, saliva, seven wiser, seventh day slumber,skillet,smile empty soul, submersed, the ataris, the used, thousand foot krutch,three days grace, the red jumpsuit apparatus, trapt, trivium, unwritten law, within temptation.
P/s: kalo nak band2 ni pnye top songs, dipersilakan mintak dari hamba ini...hehe

3) Aku suke jalan sorang2, pergi kelaz sorang2 and aku xske brada di tempat yang crowded mcm shopping complex and food court!

P/s: aku xsuke shopping dgan mama aku..huhu. lambat sangat! die pn paham (kalo p pasar pagi tolong mama angkat barang bolehla...hehe)
4) Aku xsuke MATEMATIK!!!! Math sux! Since tadika sampaila bila2 matematik akan jadi duri dalam daging untuk aku. Aku ade cite2 nak tubuhkan group yang bernama 'MATEMATIK FOBIA'....sape yang seangkatan dengan aku bolehla join group ini..'

5) Aku orang kampung tapi xsuke menelan petai, jering n rakan2 yang sewaktu dengannya...

6) Aku suke buli adik2 aku yang 5 orang 2...haha(inilah nikmatnye jadi abang long)...bukan zalim tapi nak kasi diorang kenangan manis zaman kanak2.Biar diorang ingat aku sampaila diorang tua..

P/s: sorie ye adik adikku sayang:)

7) Aku suke tengok wayang....xkisah ape2 cite.So, kalo pase yang sudi blanje tgok wayang ak sebat je:)

P/s: kalo duduk klate, xmrase la nak tgok wayang.hehe. Jgan marah mek2 klate..

8) Cita2 : Nak jadi anak soleh je... n berjaya dunia akhirat.

9) Angan2 : Nak pergi ke palestin and berjuang dengan muslim dekat sana mewujudkan negara islam palestin yang merdeka. Hope dapat mati syahid macam syed qutub.(jangan cakap aku poyo dala).

10) Aku punyai keyakinan diri yang amat rendah...hampir kritikal.So, siape ade ubat boleh kasila kat aku untuk operasi penyembuhan sebelum aku pergi temuduga utk mencari kerja!!!

sekian~TAMAT~

Thursday 6 March 2008

TWO DAYS (dua hari)



Tinggal 2 hari...
2 hari untuk menentukan survival sebuah kerajaan Islam di KELANTAN...
Menentukan samada mereka pejuang Islam tulen...
Mengharapkan keajaiban Ilahi...
Menadah tangan memohon kepimpinan Ulama' dikekalkan oleh MAHA ESA...
Ataupun segalanya berkubur menjelang tanggal 8 Mac....

Tinggal 2 hari...
2 hari untuk dacing berkempen memastikan kemandirian parti mereka di pelusuk negara....
Menerobos setiap hati dan jiwa...
Mencanangkan kemajuan dan kegemilangan yang bakal tercipta...
Jika mereka terus berkuasa...
Ataupun terpaksa akur dengan pilihan rakyat...
Menjelang 8 Mac...

Tinggal 2 hari...
2 hari menentukan jatuh bangunnya Keadilan...
Samada masih relevankan perjuangan mereka...
Ataupun hanya berpaksikan kepada kepentingan individu semata mata...
Terpulang kepada rakyat jelata...
Menilai ketulusan hati mereka...
8 Mac penentu segalanya...

Tinggal 2 hari...
2 hari untuk roket bersiap siaga...
Untuk terbang tinggi di angkasa...
Ataupun tersungkur di bumi nyata...
Cina jadi penentu, Melayu India jadi 'penunggu'...
Berjayakah misi merodok dacing pulau mutiara?
8 Mac debaran ditunggu...

Tinggal 2 hari...
Kekeliruan makin menjadi jadi...
Merasuk diri mengacau sanubari...
Yang mana harus kuberi sokongan abadi?

Islam yang dikatakan mundur?
Sekular yang maju lagi dikatakan berwawasan?
Nasionalis yang bergerak atas dasar keadilan?
Roket yang dimonopoli oleh golongan 'sepet'?

Ataupun berdiam diri sambil tersenyum bila ditanya di pihak mana?
Aku keliru...
2 hari menghimpit kalbu...
8 Mac jadi penentu...


Saturday 1 March 2008

Sebak...SAyu...Pilu...

"Hai anak, bwatpe malam minggu ni?", itulah SMS yand dihantar oleh mamaku malam tadi sedang aku bersuka ria bersama rakan-rakan. Aku tersentak! Aku sebak untuk yang kesekian kalinya...

Sudah beberapa kali aku tidak membalas SMSnya kerana malas hendak 'menopap' sedangkan ku tahu bahawa dia insan yang terpenting dalam hidupku. Terasa bagaikan titis-titis panas hendak mengalir keluar ke pipi tapi ku tahankan jua....Bodohnya aku!

Sedang aku mengelamun memikirkan apa yang perlu aku lakukan, tiba-tiba muncul SMS dari 22121 yang berbunyi," 0125944396 telah berkongsi RM 10 kepada akaun anda melalui Share-a-Top Up". Hatiku gundah gulana....

Pertalian antara ibu dan anak menyebabkan mama dapat meneka mengapa aku tidak membalas SMSnya. Diesebabkan pertalian ini jugalah dapat ku rasakan jauh di dalam hati ini bahawa mama amat-amat merinduiku.

Hatiku bertambah sayu.Mengapa selaku seorang anak aku tidak membalas SMSnya sedangkan aku boleh mengambil berat akan SMS dari rakan-rakan? Ya ALLAH, apa yang sudah aku lakukan terhadap mamaku? Sanggup aku tidak memperdulikan insan yang telah mambawa aku ke dunia ini...Ya ALLAH, berdosanya aku! Padanlah selama ini hatiku sentiasa bergelora.....

Tanpa berlengah ku 'dail' nombor mamaku dengan harapan hati ini dapat kembali tenang.
"Assalamualaikum mama", kataku. "Waalaikummussalam, afiq sihat? Kenapa afiq tak balas SMS mama? Mama rindu sangat kat afiq" kata mama dengan penuh kelembutan. Perasaanku mula bercambur baur, SAYU+PILU+SEBAK semua mula bersarang. Mama mula bercerita panjang,"Abah demam, angah result SPM die dah nak keluar dah....". dan kami berbual panjang.

"afiq belajarla rajin-rajin..mama sentiasa doakan yang terbaik untuk afiq, afiq janganlah buat perangai macam dekat matrix dulu", begitulah kata-kata akhir mamaku.

Hatiku bertambah sebak. Titis-titis air mata mengalir laju tidak dapat kutahan-tahan lagi...Ku sedar betapa tinggi harapan mama kapaduku selaku anak sulung dalam keluarga. Berjuta kali agaknya ayat "belajar rajin-rajin" diulang oleh mama tapi apa yang aku buat di sini? Hanya tidur, bersuka ria dan sentuh buku pun dikala ada test saja. Ya ALLAH, derhakakah aku?

"Ya ALLAH, ampunkan dosa hambamu ini...berikanlah kekuatan untukku berubah...berilah kekuatan untukku menjadi anak yang soleh.Kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak aku dari kecil lagi..amin"

p/s Plezz forgive me mama:( miss u so much!

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo