Tuesday 30 June 2009

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini


Kawan aku,Izuddin Hilmi Mohamad Zaini yang belajar di UM telah di tahan polis rabu lepas untuk membantu siasatan polis tentang contengan perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan UM.

Yang paling mengejutkan penahanan dia lewat dimaklumkan kepada warisnya. Bapanya hanya mengetahui penahanan dia melalui rakan-rakannya.

Padanlah dia tak online. Rupa-rupanya dah kena cekup.

Ya Allah...
Kau selamatkanlah rakanku ini...
Janganlah biarkan kes Kugan berulang kembali...

Berita penangkapan klik di sini, sini

Blog izzuddin klik di sini.

cermin


Tengoklah cermin...
Mesti nampak diri kita...
"Wow! Boleh tahan juga aku ni, taklah seburuk shrek", kata si obama.
Kata abu shah pula, "Tapi ramai orang meluat dengan kau!".

Dalam kehidupan, kita seringkali merasa bahawa kitalah yang sempurna...
Apa yang kita lakukan semuanya tepat dan benar belaka...
Pada masa yang sama kita lupa tentang tanggapan orang yang berada di sekeliling kita...
Ramai yang merasa dirinya sempurna...
Tanpa dia menyedari rakannya amat membencinya...

Suatu hari baru dia tersedar dari lena...
Kerana mendengar rakannya mengutuk dari belakang akan tingkah dirinya...
"Oh, rupanya perangaiku tidak disenangi mereka", kata osama.
Ingatkan dia sempurna, tetapi rupa-rupanya penuh cacat-cela...

Orang kata persetankan pandangan orang lain...
Janji kita hidup bahagia...
Mereka hanya dengki dengan kita...
Bagiku caraku, bagimu caramu...
So what?

Tapi ada juga yang selalu mengalah...
Bukan lemah tapi demi seorang sahabat...
Dia sanggup menyakitkan dirinya...
"Tidak mengapalah, semoga jasaku ini dibalasi Tuhan di sana nanti", kata najib.

Aku bagaimana?
Ada sesiapa yang tidak suka akan caraku?
Ada sesiapa yang sakit hati denganku?
Aku tida tahu semua ini...
Kamulah cerminku...
Maka tegurlah aku dengan penuh hikmah...
Moga-moga tuhan merahmati kau dan aku

Monday 29 June 2009

Realiti atau ilusi?

Thursday 25 June 2009

Revenge of the fallen



aku g tengok transformers tadi....
2 jam setengah lebih kurang...bapak lame cerita tu....
menarik tetapi biase je plus ade watak-watak baru...
paling aku tertarik jetfire...watak robot tua tapi bersemangat waja...
jetfire adalah pesawat sr-71 blackbird.

tengok wayang dengan kawan lama ma3x...
2 taun tak jumpe dia...
kenangan kat ma3x aku dengan dia banyak...
terutamanya aku selalu tiru kerja tutor dia...
bukan sebab aku malaz ek, tapi sebab tak tercapai akalku untuk buat soalan tu....
sudah rancang cuti sem depan untuk camping di pulau pangkor...
harap-harap menjadi:)



SR-71 blackbird

Tuesday 23 June 2009

NAZAR


Kalau korang rasa lemah sangat,
rasa down sangat untuk dapatkan sesuatu,
misalnya nak dapat result exam yang diidamkan hati,
Islam ada bagi satu cara...

iaitu NAZAR.

Bernazarlah dengan benda yang mampu kita buat,
jika Tuhan izinkan kita untuk memperoleh perkara yang kita idamkan itu,
maka kita buatlah apa yang telah kita janjikan itu.

misalnya...
Ya Allah, aku bernazar atas namaMu yang aku akan sedekah RM10 untuk setiap A yang aku perolehi dalam exam nanti ke jalanMU.

Insyallah, sejahat mana pun kita atau sehina mana pun kita di mata Tuhan, atleast ada lah jugak benda yang Dia boleh tengok untuk buat pertimbangan samada nak makbulkan permintaan kita atau tak.

Selepas usaha, maka kita bertawakallah dan juga ulangilah nazar kita itu setiap kali doa. Semoda kita perolehi kejayaan.

Friday 19 June 2009

Penularan virus GILA BABI


Sekarang ini musim penularan virus GILA BABI.

Apa? Betul?

Betul kawan-kawan....

Gila babi hendak marah-marah. Melenting sana, melenting sini. Suruh orang itu berhenti, suruh orang ini duduk diam. Tidak boleh langsung hendak berbeza pendapat. Biarlah dia hendak bercakap pasal kerajaan perpaduan. Freedom of speech.

Gila babi hendak menjerit dalam dewan rakyat. Jeritlah puas-puas. Biar satu dunia tahu. Kami boleh tersengih atau ketawa guling-guling sahaja. Bukankah kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan?

Gila babi hendak buat jambatan ketiga. Tak payah! Runtuhkan tambak johor senang cerita. Sultan Johor pun tak berkenan. Hentikanlah. Runtuhkan tambak johor itu dan gantikan dengan jambatan. Jambatan apa? Jambatan 10 tingkat. Baru "grand"!

Gila babi hendak wajibkan lulus untuk subjek Bahasa Inggeris dalam SPM. Tidak payah. Subjek sejarah yang sepatutnya wajib lulus. Sebab apa? Sebab ramai yang sudah buta sejarah. Satu pihak kata hanya UMNO yang terlibat dalam proses memerdekakan Malaya. Habis, mana pergi Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmah Boestamam, Ishak Hj. Muhammad dan banyak lagi tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan? Satu pihak lagi tidak hormat langsung kontrak sosial nenek-moyang kita. Kami sudah bagi kerakyatan, jadi janganlah ungkit hak istimewa kami. Lagi perit apabila ada Melayu bangsat yang sokong. Bodoh!

Penularan wabak ini dijangka akan berterusan sehingga hari kiamat...

Friday 12 June 2009

Selamat Hari Bapa

Kepada bapaku...
semoga panjang umor
dan dirahmati tuhan

Aiya! Result turun banyak oo...

Nak tayang result tapi bile paste slip tu dia jadi berterabur. 3.16 sem ni. turun gler dari sem lpaz. cgpa 3.27.bel n contract b-, consti,tort,mls b, arab n ctu a, suksis a-

xda c.....rasa mcm xda perasaan sekarang ni...

tima kasih cikgu bel kasi b-"terharu"

tapi syukur Tuhan

Tahniah kawan2..sem dpan kite pulon abis..xda dating2

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo