Friday 2 November 2012

Baru sepurnama

Lama tak update blog. Menjalani kehidupan yang berbeza sekarang. Amat berbeza! Penuh adventure! Takut menyelubungi. Tapi sampai bila nak takut kan.Banyak benda nak share. Sebab bosan plak asik karang pliding je. Nak jugak aku karang benda lain.

Aku start chambering dengan satu firm ca ya nun alif kat Sitiawan. Aku boleh bertahan 2 hari je! Sebab sistem dia yang tak berapa sesuai dengan aku sebagai seorang muslim. Aku pikir, aku ni dosa yang dah ada-ada ni pun berlambak, takkan nak tambah dosa lagi. Terus aku decide untuk blah pada hari ketiga dengan alasan aku dapat kerja govt.haha. Penipu terhormat. Syukur sebab ingatkan aku sorang je bernasib begini tapi rupa-rupanya ramai jugak kawan-kawan aku yang lebih malang. Sampai ada yang dah buat chambering sebulan baru tukar firm pun ada!

Aku lari membawa diri ke shah alam. membawa hati yang lara, dengan niat tak nak susahkan mama n abah dah, menyewa rumah buat pertama kali. Wow! Rasa bebas tiada batasan. 4 tahun duduk kolej membuatkan minda aku terhimpit, terkepung. Syukur, betul kata si orang tua Rajes, lecturer aku. Tempat untuk chambering pasti ada, jangan nak gediklah pergi interview time masih belajar. Yang bezanya samada dapat firm besar or firm kecik, firm femes or firm kampung..haha.

Walaupun aku ni kira ketinggalan berbanding geng-geng lain yang dah bebulan chambering tapi banyak jugak firm kat shah alam ni nak pakai budak chambering. Cheap labourlah katekan. Dengan bantuan orang rumah aku apply kat banyak jugak firm. Aku nekad. Firm pertama yang panggil interview n kasi tempat, firm tulah takdir aku. Aku jangka elaun dalam RM500-700 sebab dengar cerita itulah rate di shah alam (bapak murah, perah habis-habisan).

Zainul Rijal Talha Amir branch shah alam call untuk interview. Aku pergi, aku tak peduli dah, janji ada tempat. Aku ada baca pasal zainul rijal (sekarang dah dapat datuk), dengar cita budak izzudin. Tapi yang interview aku En. Amir, salah seorang partner. Cuak jugak. Dia besyarah dulu dekat aku, ada karisma orangnya. Apa yang aku ingat dia cakap kalau nak jadi loyer 90% adalah common sense, 10% je law, tapi 10% tu mestilah tepat baru menjadi! so kata kunci dia COMMON SENSE.

Elaun? Nilah part yang aku nantikan. Sebab kalau rendah memang kena jugak aku susahkan orang tua kat rumah tu. haha. Dia tanya apa yang awak expect dapat? Aku jawab janji saya tak susahkan orang tua saya kat kampung cukupla. Dia cakap RM1200 cukup? Aku pun Wow! Lepas sangat aku nak duduk shah alam. Aku cakap balik RM1000 dala...hahaha. Ade plak mcm ni kan. Orang kasi tak nak. En. Amir cakap RM200 duit minyak motor pegi court. Aku set je! Ya Allah, besyukur sangat sebab jumlah tu kalau kat shah alam kire besarlah. Budak-budak ni buat kat kampung dapat RM300 je. Ape lagi aku nak. Janganlah pulak nak banding dengan budak-budak yang buat kat KL n dapat RM3000 sebab diorang tu hebat-hebat blaka! Aku ni budak hingusan je...haha. Syukur, untuk tempoh 9 bulan ni tak payah susahkan mama n abah dah!

Sekarang aku di sini. Firm ni branch je. Kecik. Bos En. Amir dengan isteri dia. Bos buat litigation, isteri buat convey. Kerani 2 orang, despatch sorang. Tapi aku syukur, dapat bos yang ada hati perut. Aku ingat dapat meja n kerusi sebuah je macam firm lama aku. Ni dapat bilik berekon,pc, printer (rosak pulak), ada 1 sofa empuk (buruk je), ada telefon (sambungan bilik 603..haha). Nak solat dalam bilik sendiri je sebab bekarpet. Ya Allah, apa lagi aku nak? 

-sambung-

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo