Saturday 1 March 2008

Sebak...SAyu...Pilu...

"Hai anak, bwatpe malam minggu ni?", itulah SMS yand dihantar oleh mamaku malam tadi sedang aku bersuka ria bersama rakan-rakan. Aku tersentak! Aku sebak untuk yang kesekian kalinya...

Sudah beberapa kali aku tidak membalas SMSnya kerana malas hendak 'menopap' sedangkan ku tahu bahawa dia insan yang terpenting dalam hidupku. Terasa bagaikan titis-titis panas hendak mengalir keluar ke pipi tapi ku tahankan jua....Bodohnya aku!

Sedang aku mengelamun memikirkan apa yang perlu aku lakukan, tiba-tiba muncul SMS dari 22121 yang berbunyi," 0125944396 telah berkongsi RM 10 kepada akaun anda melalui Share-a-Top Up". Hatiku gundah gulana....

Pertalian antara ibu dan anak menyebabkan mama dapat meneka mengapa aku tidak membalas SMSnya. Diesebabkan pertalian ini jugalah dapat ku rasakan jauh di dalam hati ini bahawa mama amat-amat merinduiku.

Hatiku bertambah sayu.Mengapa selaku seorang anak aku tidak membalas SMSnya sedangkan aku boleh mengambil berat akan SMS dari rakan-rakan? Ya ALLAH, apa yang sudah aku lakukan terhadap mamaku? Sanggup aku tidak memperdulikan insan yang telah mambawa aku ke dunia ini...Ya ALLAH, berdosanya aku! Padanlah selama ini hatiku sentiasa bergelora.....

Tanpa berlengah ku 'dail' nombor mamaku dengan harapan hati ini dapat kembali tenang.
"Assalamualaikum mama", kataku. "Waalaikummussalam, afiq sihat? Kenapa afiq tak balas SMS mama? Mama rindu sangat kat afiq" kata mama dengan penuh kelembutan. Perasaanku mula bercambur baur, SAYU+PILU+SEBAK semua mula bersarang. Mama mula bercerita panjang,"Abah demam, angah result SPM die dah nak keluar dah....". dan kami berbual panjang.

"afiq belajarla rajin-rajin..mama sentiasa doakan yang terbaik untuk afiq, afiq janganlah buat perangai macam dekat matrix dulu", begitulah kata-kata akhir mamaku.

Hatiku bertambah sebak. Titis-titis air mata mengalir laju tidak dapat kutahan-tahan lagi...Ku sedar betapa tinggi harapan mama kapaduku selaku anak sulung dalam keluarga. Berjuta kali agaknya ayat "belajar rajin-rajin" diulang oleh mama tapi apa yang aku buat di sini? Hanya tidur, bersuka ria dan sentuh buku pun dikala ada test saja. Ya ALLAH, derhakakah aku?

"Ya ALLAH, ampunkan dosa hambamu ini...berikanlah kekuatan untukku berubah...berilah kekuatan untukku menjadi anak yang soleh.Kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak aku dari kecil lagi..amin"

p/s Plezz forgive me mama:( miss u so much!

10 ◄ cOmment(s):

RaudahD said...

hurm..
:(

HaWa DArLidA said...

waa soo sad la..
ur post reminds me to my mum too..

Amirul Syafiq Mahadi said...

to qiassy qamarina n hawadarlida:
dont be like me...

soleil m said...

shamefully to admit yg aku pon camtu gak kdg2 =(


p/s:
aku mati2 ingt ko ank bungsu!

Anonymous said...

uwaaaaa......cookie da nanges bce entry ko nih..
ngeh3...
aku pon tumpang sedey..
jom kite study ye..
idop janggut!!!
---yg beramal---hee~

Amirul Syafiq Mahadi said...

to suria n amal:
just amik pengajaran..

soleil m said...

amal, ko pon nk bjanggut gak ke?
1 word, SENGAL!
haha~

Amirul Syafiq Mahadi said...

apape pn thnx coz singgah kt cni:)

Bashir IbnDzul said...

hurm hg takde ke gmbar lain? the latest pic ke..

miss kecik said...

ok.. sedey..
xtipu, nanges punye..
T.T

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo