Monday, 15 December 2008

Melepas rindu:)

Assalamualaikum...
Lama sudah aku tak update blog ni. Entah kenapa aku rase teramat malas nak menaip. Mungkin kerana mood rumah ni menghantui aku....

Banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan kat korang semua. tapi semua cerita da lame dah coz aku tak update..haha

SUKSIS DI LANGKAWI

Lebih kurang seminggu aku di sana. bagi aku tak ada ape yang istimewa tentang pulau tu. Bosan dah aku tengok laut, nelayan, feri, bot dsb. Almaklumlah, aku duduk di Manjung, area tepi pantai. Takde beza bagi aku Langkawi dengan lumut malah boleh aku katakan lumut lagi lawa la beb!

Yang bestnya aku melantak coklat-coklat yang murah dan tidak bertag halal.hahaha. Biaselah, kalo benda was-was ni semua sedap. Kerja SYAITAN NIRRAJIM.

Di langkawi kami menetap di MES Pegawai Polis Pasir Hitam. Kemudahan memang tip top. Bayangkanlah student yang jadi sukarelawan polis je ni boleh duduk di MES pegawai. Bilik dia lengkap dengan dapur dan ruang tamu, tv, peti ais dan semestinya air cond. Tapi aku andaikan roomate aku kat sana macam tak pernah jumpe air cond kot.hahaha. Sori kalo kau marah. Ade ke patut dalam hujan die boleh buka air cond temp paling rendah siap bukak kipas lagi. Orang eskimo ke hape?

Aktiviti juga macam biase. LDK, indoor activity. Yang paling malas sekali bila time kene present depan 60 member dan pegawai. Aku ni dala lack of confidence. Memang cuak giler la. Tapi gagahkan juga. Alhamdulillah semua ok. 6.45 pagi da kena kumpul dan kawad. Lepas tu kena senam robik. Aktiviti paling best ialah.....MAKAN! coz makan sedap dan yang paling penting free of charge...aktiviti yang paling meluat ialah karaoke. Selepas membuat kajian yang tidak mendalam, polis tidak boleh dipisahkan dengan dua perkara iaitu rokok dan karaoke. Sealim manapun polis dia mesti kena pandai karaoke dan aku cukup meluat. Dalah lagu old skool pulak tu. Maklumlah semua pegawai orang tua.

Nak minta maaf kat Cik Noor coz tak beli ape pun untuk you. Biaselah orang lelaki ni. Pemalas. Kesimpulannya KURSUS ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI ni adalah kursus yang sekadar memenuhi jadual aje kot(betul ke?)

ANTOO FIGHTER

Minggu lepas aku dan sedare dan adik tengok wayang. Start pukol 9.15. Untuk pengetahuan, 1 sem duduk shah alam aku tidak pergi cinema. Sebab ape? sebab shah alam tak de wayang. hampeh. Kalau kat kedah dulu tiap-tiap minggu dengan geng tengok wayang. Memang best. Lagi satu dekat sini dapat roomate yang soleh-soleh belaka, budak-budak kelantan. So, takkan nak rosakkan diorang pulak...haha. Jangan marah ek Husaini, Faiz, Syafik dan Fariz. Tapi thnx kat Husaini coz supply movie baru kat aku tiap-tiap minggu. Husaini ni rajin downlod movie kt internet.

Lepas tengok wayang Kak Nyah belanja KFC. Kitorang lepak KFC tengah malam sembang-sembang pasal cerita misteri dan mistik yang berlaku dalam sedare kitorang. Maklumlah, orang kampung kan aku ni.

So setakat itu sajelah aku nak mengomel harini. TATA~nyte:)

4 ◄ cOmment(s):

anis shafikah said...

hoho~
cian kt cik noor :p
kezen aku br bgtaw aritu inspektor skang starting da 4 ribu beb,x masuk elaun lg.huu~

Amirul Syafiq Mahadi said...

to anis:
aku dalam dilema...xtaw nak keje ape..
jadi pengemis berjaya pun ok jgak:)

anis shafikah said...

yeah,byk dugaan jadi polis.kuatkan hati! :D jgnla jadi pengemis,x sampai hati aku tgk cik nor nnt.haha~

KA said...

betol3...hahaa

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo