Cuti semester lepas aku sempat mengikuti rombongan Cik Kiah (rombongan cik kiah ni rombongan beramai-ramai naik bas le dik oi..) ke negeri Kelantan dan Terengganu. Banyak tempat yang dilawati dan ini bukan kali pertama aku ke negeri tersebut. Sebelum ini kami sekeluarga telahpun ke sana.
Masjd Kristal di Terengganu antara destinasi baru yang menarik perhatianku. Cukup cantik walaupun dikatakan membazir...haha.
Tetapi pengalaman yang paling mengujakan apabila kami serombongan telah dijembut oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk minum petang di kediaman rasmi MB ataupun lebih dikenali sebagai JKR 10. Terasa diri begitu berharga...haha. Kami dijamu mee goreng dan akok. Kata wakil MB, Tok Guru telah berpesan agar mereka cuba dengan sedaya-upaya mereka untuk meraikan setiap pelawat yang hadir ke negeri Kelantan.
Selepas itu, kami telah dijemput untuk bersolat asar di Masjid Pulau Melaka bersama NIk Aziz. Perasaan cukup teruja kerana ini pertama kali dapat bertemu MB Kelantan secara live! dan tanpa sebarang protokol dan bodyguard yang mengiringi MB. Beliau kelihatan tua dan uzur dan itu membuatkan aku sedikit tersentuh.
Kami bergambar bersama beliau. Semua adik beradikku sempat bersalaman dengan beliau. Malangnya aku tidak sempat berbuat begitu kerana menjaga adik bongsuku yang sibuk mengejar kucing. Terok betol. Adakah ini petanda bahawa PAS bukan takdirku?hahaha. Adakah nanti aku akan melaungkan "Hidup Barisan!" ?? Hanya masa yang akan menentukannya.
Thursday, 8 January 2009
Solat berimamkan NIK AZIZ
Subscribe to:
Posts (Atom)