Dilema cuti sem, mesti rasa sangsi kat diri, rasa rendah diri. Dalam umor yang menjangkau 24 tahun ni, aku masih lagi seorang penuntut universiti. Sedangkan rakan-rakan seangkatan majoritinya sudah megah bekerjaya.
Kawan sekolah rendah, awek sorang, sama-sama 5A dengan aku. Apa jadi kat dia sekarang dalam umor 24 tahun ni? Lecturer UniKL! Siap da ada master, dalam proses nak buat PhD! Wow! Aku di mana? Masih lagi begini, harap duit mak ayah.
Kawan matrik Perak, awek jugak, umor 23. Apa da jadi? Executif kat United Plantation! Hebat! Sepadan r dgan degree oleochemistry dia. Mungkin lepas ni dia boleh pergi sime darby, guthrie kan. Aku kat mana? Duduk rumah basuh kain. hahaha
Ya betol, tahun ni aku akan setel study, so kejelah puas-puas kan lepas itu. Nak sangat keje kan. Xbsyukur dengan nikmat ada title 'student' ni lagi. Sudah keje besok rase penat, nk berenti, nk balik zaman student. kan kan kan.
Masalahnya aku sudah masuk fasa seterusnya dalam hidup. Fikir pasal KERJA. Apa nasib aku lepas ni? Keja apakah selayaknya untuk aku? Ke manakah hala tuju aku? Semua berlegar di fikiran. Maklumlah anak sulung. Ada kawan siap dah cari tempat chambering lagi. Aku macam mana? Nak tuju ke mana? Entahlah.
Serah sajalah pada tuhan. Mudahan aku yang hina ini mati dalam iman. Tu yang penting.
Tuesday, 7 February 2012
Di mana aku?
Subscribe to:
Posts (Atom)