Saturday, 12 December 2009

Tuhan Maha Adil

Terima kesih kerana Engkau berikan aku semua ini,
Aku mengerti,
Semuanya salah diriku sendiri...

Bagaimana Engkau hendak menyayangi jiwa ini,
Tatkala aku sering menyakiti Hatimu,
Janji manis kutabur padaMu,
Tapi semuanya bohong belaka...

Aku akui,
Justifikasi penolakan rintihanku,
Terbentang luas di depan mata,
Dosa di bulan puasa,
Dosa tak kira masa!
Itu yang tepatnya...

Siapalah aku disisiMU,
Tiada ruangkah untukku lagi?
Aku muskyil,
Adakah tempatku memang di sana?

Terima kasih kerana memanjangkan hayatku Tuhan,
Mudah-mudahan nur hidayah akan menyapa diriku,
Mudah-mudahan ada sinar di hujung sana...

2 ◄ cOmment(s):

nik faris said...

insya ALLAH pik...kita cuba ag setakt yg boleh..

Amirul Syafiq Mahadi said...

insyallah

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo