Friday, 22 January 2010

Makan sorang

Agak lama jugak la aku tak makan malam sorang2. Malam tadi aku ulanginya lagi. Tapi sekejap je sebab member aku si azaim kacau line. Aku ingat dia nak makan megi.

Pabila duduk di meja karaz berseorangan, dikelilingi orang yang tidak dikenali, rasa best pulak. Aku tak kenal ko, ko pun tak kenal aku. So kite buat hal kite la....lalala

Tambah pulak dikelilingi kapel2 yang sedang hanyut dalam badai asmara, bermanja mesra.haha. aku gelak dalam hati jela.

extra lagi...almaklumlah dc, ramai awekz2 pun makan jugak. indahlah sikit pemandangan...haha. tambah lagi yang macam tomboi, kasar je. jalan macam lelaki tapi adus, muka comel plak. tak bole blah! ( aku memang suka yang jenis kasar)

Makan sorang buat kita rasa kesunyian tapi kesunyian itulah yang mengajar kita bersyukur dengan nikmat kawan-kawan. tapi sekali sekala cubalah makan sorang di kedai sambil memikirkan masa depan. best!

Friday, 8 January 2010

wow KRISTIAN dan ALLAH

DARIPADA BLOG ZULKIFLI NORDIN:





Thursday, 7 January 2010

Cepat sembuh...

Kan aku dah cakap dari awal cuti lagi...pergilah klinik...nanti dah parah susah...susahkan diri sendiri...susahkan kawan-kawan.

Tapi ko macam biasa degil yang amat...cakap aku 1 sen pun tak laku...

Hope ko cepat sembuh...

Saturday, 2 January 2010

Kekusutan-Kegilaan-Jalan haqiqi

Dipetik dari blog rakan:

Di kala maal hijrah menjelma, tiba-tiba rasa bersalah mencengkam jiwa. Bersalah pada Tuhan, pada ibu bapa dan juga pada diri sendiri. Hatiku tidak setenang dahulu, ketika mula-mula memasuki alam remaja.

Malam itu aku duduk bersendirian di kamar. Hatiku resah gelisah memikirkan dosa-dosa silam. Tiba-tiba peluh jernih membasahi dahi dan seluruh badan menggeletar ketakutan. Aku penuh dengan kekesalan. Kenapa aku melakukan semua ini sedangkan aku tahu baik buruknya!

Aku terpaku seketika. Serentak dengan itu dosa-dosa silam bermain di minda satu demi satu. Selama ini aku tidak endahkan semua ini tetapi malam itu merubah segalanya. Aku mengangis teresak-esak. Apa yang telah aku lakukan ini pasti meruntun hati ibu, mengguris hati bapa.

Dua tiga kali aku berpacaran. Kala umurku baru mencecah 21, tangan boyfriend kupegang bagai ia tangan husbandku. Ini semua dosa, apatah lagi benda-benda lain yang menjadi dosa besar di sisi agama. Hanya wajah hampa ibu dan bapa yang terpacul di ruang mata.

Terus aku ke bilik air mengambil wudhu', membentang sejadah yang berhabuk, mamakai telekung yang telah lama kutinggalkan. Kuhadapkan diri kepada ilahi, solat taubat kulakukan memohon keampunan. Setiap dosa kutangisi, setiap noda kuratapi. Aku menyesal ya Allah.

Taubat nasuha dariku untuk tidak melakukan benda-benda itu lagi, tidak meninggalkan solat. Kudelete nombor handpone rakan-rakan yang tidak boleh pakai. Selama ini merekalah perosakku. Aku juga berazam untuk bertudung sedikit demi sedikit. Sehinggalah aku bertudung litup. Ini azamku!

Kutinggalkan si dia. Kini aku berasa tenang. Tiada beban, kurang dosa. Betul kata orang-orang lama, bercinta sebelum kahwin banyak membawa bencana dari kebaikan. Soal jodoh kuserahkan kepada orang tuaku. Aku terima seadanya siapa si dia kerana kuyakin pilihan mereka pasti penuh keberkatan.

Kini hidupku lebih fokus kepada keluarga, ibu dan bapa. Tiada lagi lelaki penyebuk gatal yang tidak tahu batas agama. Mereka ini hanya tahu mengambil kesempatan, penuh rayu tipu daya,tidak langsung menghormati hak-hak wanita. Adakah mereka ini yang kuharapkan untuk membimbing aku yang sudah sedia cetek pengetahuan agama ini? Jangan harap!

Terima kasih Tuhan kerapa pada umur ini Kau menunjukkan jalan yang lurus kepadaku. Pandulah aku Tuhan.

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo