Saturday, 27 February 2010

Hey beb


Hey Beb ku ingat nama indahmu...
Ku tinggalkan sedozen ros atas pusaramu tadi...
Ku melutut di rumput, membuang daun gugur ketepi...
Ku datang untuk berbicara seketika...
Ada perkara yang perlu kulafazkan...

Segalanya sudah berakhir...
Aku hanya ingin bersamamu...
Aku perlu hidup dengan pilihan yang telah ku buat...
Dan aku amat membencinya...

Semoga kita berjumpa lagi di kehidupan yang lain...
Yang mana tiada lagi ucapan selamat tinggal...
Dan di sini kita...
Untuk satu permulaan yang baru...
Hey Beb Ku ingat nama indahmu...

p/s: cik nor da mati...hahaha...kesian

Friday, 26 February 2010

NAK


Hari tu dengar cerita pakej cuti di Pulau Tioman RM300 je...Betul ke? Aku teringin sangat pergi ke pulau yang agak sunyi untuk relax-relaxkan diri.

Duduk sorang-sorang di tepi pantai tanpa ada sebarang masalah yang menggangu kan best! Lepas tu makan seafood dan mandi laut!

Berseorangan bagai seorang pengembara jalanan di sebuah pulau asing mesti adventure! Mesti dapat banyak pengalaman dan kenalan kan. Boleh jugak explore benda baru. Kesimpulanya just relax dan tak payah serabutkan otak!

Sebenarnya otak aku tak lah serabut sangat tapi saja mengada-ngada nak relax lagi walaupun masa da semakin suntuk ni...haha

Mudahan lebih banyak khabar gembira untuk diriku daripada khabar duka :)

Sunday, 21 February 2010

awek baru 21.02.2010


perkenalkan awek baru aku...
yang lama 2 aku da buang jauh-jauh..haha
baru je aku kenal dia sehari..huhu
smoga berkekalan selamanya...haha

Saturday, 20 February 2010

Buat sang puteri

Buang tangisanmu jauh ke sana...
Semuanya tidak ada makna...
Oh puteriku...haha

Esok pagimu...
Bangun dengan penuh ceria...
Mulakan hidup dengan lebih bermakna...
Oh puteriku...haha

Ceriakan dirimu...
Semuanya serba baru...
Hari-hari mendatang tempuhi dengan senyuman...
Oh puteriku...haha

Aku gembira kala ini...
Kerana semua maksudku sudah kamu hadamkan...
Itulah matlamatku...
Oh puteriku...haha

Kini terserah padamu...
Kerna aku masih disini...
Setia menunggumu...
Oh puteriku....haha

jiwang ahakszzz...buat cnoor tohuk klaut...haha

Menanti tanpa kepastian


Putaran kehidupan...
Ada masanya kita merasakan kitalah yang terbaik di sisi tuhan...
Tapi ada masanya kita merasakan bahawa hanya neraka yang layak untuk kita...

Banyak kali sumpah dilaung...
Banyak kali janji diikrar...
Banyak kali taubat dilafaz...
Tapi semuanya tidak pernah mengubah keadaan...
Makin lama makin teruk, makin hina...

Salah siapa?
Salah diri sendirilah...haha
Kadang-kala rasa hendak gelak sepuas-puasnya mengenang diri...
Kerana hidup ini amat indah, cukup indah!
Tapi kadang-kala rasa ingin terus menangis tanpa henti...
Kerana keindahan itu bukan keindahan sejati, semuanya kotor belaka...

Dilema oh dilema...
Adakah berbaloi meninggalkan keindahan ini?
Atau teruskan dengan rasa gundah-gulana?
Aku sayangkan semuanya...

Masih lagi mencari kekuatan...
Adakah kekuatan Hang Tuah terletak di kerisnya?
Atau di kakinya?
Atau di tangannya?
Hahahaha...

Aku rase aku kena jumpa kaunselor!

Thursday, 18 February 2010

Berani

Kufikir tindakanmu cukup berani...
Inilah tindakan paling mulia pernah kau lakukan terhadapku...
Aku terkesan...
Kau tahu semua sisi gelapku...

Selepas ini aku berasa malu untuk memandangmu lagi...
Terima kasih kawan...
Terima kasih untuk hari ini...
Aku berbangga denganmu...

Wednesday, 17 February 2010

Hadi Awang hero beb!

Friday, 12 February 2010

Persahabatan


Ada kalanya persahabatan berada pada tahap tertinggi. Ada kalanya persahabatan hampir musnah. Hari ini kita boleh bergurau senda, bertepuk tampar akan tetapi hari esok mungkin kita akan jadi musuh paling tegar.

Ada kawan hanya ketika senang, kawan "gelak".Ada pula kawan yang hanya muncul ketika kita susah dan terus membantu. Setelah melihat kita senang kembali, dia pun terus mengundurkan diri. Dia bagaikan "hero". Ada pula kawan yang ada bersama kita di kala senang mahupun susah. Kawan begini sukar untuk dicari. Mungkin satu dalam sejuta.

Ada persahabatan atas dasar cinta. Sejelik manapun anda, dia tetap terima dengan hati terbuka. Jika anda resah, dia akan gelisah. Kalau boleh, dia hendak menjadi yang terbaik untuk anda. Hargailah dia sepenuhnya.

Banyak manusia menganggap persahabatan seperti ekonomi dan perniagaan. Kita bersahabat hanya untuk memenuhi kepentingan diri sendiri sahaja. Maknanya jika tiada kepentingan maka tiadalah persahabatan. Kita bersahabat hanya untuk meniru tutorial dia.Kita bersahabat hanya untuk mendapatkan nota-nota pembelajaran dari dia. Kita bersahabat hanya untuk menumpang motosikal atau kereta dia ke kelas. Kita bersahabat supaya kita mempunyai teman ketika makan. Kita bersahabat supaya kita ada rakan di kelas. Kita bersahabat supaya kita boleh meminta pertolongan dari dia ketika kita susah. Kita bersahabat kerana dia kacak. Kita bersahabat kerana dia kaya-raya.

Nah. Semuanya tentang kepentingan diri. Tiada langsung tentang persahabatan sejati. Maka benarlah bahawa persahabatan seperti satu perniagaan. Ada timbal-balas. Tidak hairanlah jika nanti semuanya akan menjadi kenangan yang pahit untuk diingati, teman.

Monday, 8 February 2010

Terpaksa

Hari ini aku bercadang untuk ponteng kelas criminal dan hanya pergi ke kelas pada sebelah petang. Aku memerlukan masa untuk diriku sendiri. Kestabilan emosi tiada padaku pagi ini.

Banyak "hutang" yang aku perlu langsaikan dan aku harap semuanya dapat diselesaikan pada pagi ini juga.

Terasa tragedi lalu akan berulang lagi pada semester ini. Mungkin akan menjadi lebih teruk. Bencana.

Malangnya aku tiada penawar dan tiada siapa yang sudi membantu. Kesimpulannya, memang salahku sendiri.

Thursday, 4 February 2010

Buat dirimu


Kau lihatku penuh kesayuan...
Mataku yang menyorok pelbagai pembohongan...
Indahnya langit, indahnya bintang...
Semuanya akan jadi milik kita bersama...
Di luar kawalan, di luar fikiran...
Berjuta kali kita hadapi dugaan ini...
Dan pabila kau berpaling, kau buatku jadi gila!

Aku harap kau maksudkan sesuatu...
Dan aku harap kau maksudkannya bukan kepada diriku...

Dan sekarang kau meraung kepiluan...
Bolehkah kau maafkan diriku?
Kutahu aku layan buruk dirimu...
Tapi aku masih di sini...

Kadang-kala aku terfikir...
Mengapa aku masih menanti?
Kadang-kala aku menggeletar...
Kau telah membuatku jadi begini...
Kadang-kala timbul persoalan...
Mengapa aku masih disini?
Kadang-kala aku rasa aku akan menjadi gila!

Bolehkah kau bantuku untuk memahami?

Aku harap kau maksudkan sesuatu...
Dan aku harap kau maksudkannya bukan kepada diriku...

Tuesday, 2 February 2010

solo solo

Hanya aku dan kesepian...
Bagai berjalan di padang pasir tandus...
Disapa angin bayu kesedihan...

Berjalan tanpa arah...
Panas pijar mentari ranjau...
Redah dengan redo...

Pendosa yang keseorangan...
di atas langit, di bawah bumi...
Itu sahaja sahabat setia...

Senyuman diukir...
Solo menapak ke kelas...
Solo menghirup tomyam di DC...
Solo meronggeng di PAS dan PKNS...

Apa lagi yang akan solo nanti?
Solo solo dan solo...
Mungkin tiada lagi senyuman.



CATATAN:
Tahniah mohd Hassan asyari (sori tak reti eja nama) rakan sekolahku yang baru melangsungkan perkahwinannya sabtu lepas. Maaf kupohon sepuluh jari kerana tidak dapat hadir tatkala diri sibuk dengan modul part 2.Anda pembuka bicara batch 43 sekolah izzuddin shah. Kita lihat siapa pula yang menyusul.

Hassan dan aku merupakan ahli kepada jemaah nuqaba' di SIS...Banyak kenangan kami bersama...

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo