Semalam lebih kurang jam 10.00 malam, maka berangkatlah adikku melanjutkan pelajarannnya di Jepun. Pemergiannya ditangisi ahli keluarga terutama abah. Ciam pun sama. Begitu juga dengan ibu saudaraku, Chu. Aku tidak berkesempatan untuk ke KLIA kerana banyak yang aku perlu lakukan disini. Cuma SMS mama menghubungkan kami malam tadi.
Mama tidak menitiskan air mata. Katanya dia perlu belajar untuk berpisah dari anak-anaknya. Dia juga SMS padaku, walaupun dia tidak menitiskan air mata tetapi dia membalas "cut deep inside".
Setiap ibu bapa akan mengalami semua ini. Perlu belajar untuk berpisah dengan anak-anak yang selama ini mereka tatang bagai minyak yang penuh. Kadang-kala emosi merajai diri dan akan berlaku salah faham.
Aku juga teringat bahawa abah juga pernah menitiskan air mata keranaku, di kala aku mendapat result PMR. Aku juga sebak ketika itu, bagaimana seorang bapa yang selama ini kelihatan kuat dan gagah di mata kita boleh menitiskan air mata kerana kita.
Adikku telah jauh merantau...ke negara matahari terbit. Sedangkan aku di mana? Aku masih di sini. Di takuk lama. Tiada apa-apa untuk dibanggakan. Aku di mana? Dalam tutorial masih lagi gagal menjawab soalan. Aku di mana? Penuh gagap semasa presentation. Aku di mana? Pointer hidup segan mati tak mahu. Aku di mana? Hari ini rasa emo...