Thursday, 19 July 2012

LLB tamat

1 tahun...tamat sudah LLB. Ramai kawan baru. Pengalaman baru. Tak ternilai. Akan diceritakan kepada anak cucu. Kelas B ada 24 orang termasuk aku. Aku nak kisahkan pengalaman aku dengan mereka seorang demi seorang. Aku berani. Sebab aku tahu diorang takkan baca. Sape yang tahu aku ada blog kan :)

Nani
Firmate aku ni punyai bakat terpendam yang cukup besar. Tapi dia cool je. Cuma malas nak kedepan sebab tak suka konfrontasi macam aku. Tapi sekali dia ambik alih memang akan nampak kaliber dan karisma. Semua jalan smooth je. Dia seorang yang sederhana walaupun semua orang tahu background family dia. Aku cukup respek! Dia banyak kali selamatkan aku. Sentiasa ada ketika aku dalam kesusahan. Sentiasa patuh arahan, tak pernah berkira dengan aku. Aku pernah buat dia menangis, menggeletar tangan dia! haha. Aku takkan lupakan pengalaman stay dekat office dengan dia dan chicken untuk siapkan CTA sampai pukul 3. Cukup sayu tapi amat menarik!

Fia
Hardworking, semua kerja dia siap on time. Dia tak pernah merungut walaupun workload dia kadang-kadang lebih dari orang lain. 2 sem aku gurau kasar-kasar dengan dia. Dia tak ambik hati pun. Dengan dia je aku boleh buat macam ni. Trademark gelak dia yang aku takkan lupa, dari jauh boleh dengar. Dia garang, panas baran, tapi aku respek sebab banyak kali dia cuba control, dan dia berjaya! Terutamanya time nego dengan firm lain. Dengan sikap ni dia akan jadi pemimpin wanita yang kuat, mungkin ketua wanita UMNO suatu hari nanti...haha. 

Chiken
Lembut orangnya, mesra dan mudah bekerja. Tapi aku takut dengan dia sebenarnya terutama bila dia bad mood dan sedang marah. Dia pernah mengamuk dengan aku! Banyak kali aku lepas tangan kerja kat dia, relax je die walaupun aku tahu hati dia membara. Sentiasa ada ketika aku memerlukan pertolongan. Kami banyak tukar luahan perasaan, sebab nasib kami agak sama, sentiasa mendorong antara satu sama lain. TQ banyak-banyak sis! Aku tak bole blah bile die kate die suke lagu whistle tu..hahaha.

Alifah
"Here"...suara dia menyahut panggilan attendance lecturer. Lawak! Tapi aku akui dia cukup bijak. Otak tajam. Banyak selamatkan firm kami. Dia pejuang hak, agak kejam kadang-kadang dalam mempertahan hak, berbeza dengan aku. Tapi sikap dia inilah yang banyak sumbangkan markah kepada firm kami. Winning mentaliti. Jadi tak de ape yang aku nak komplen. Markah aku jugakkan. Jauh dari sudut hati aku tahu dia akan jadi seorang loyer berjaya suatu hari nanti.

Hafiz
Takde mamat ni memang aku mati. Rakan lepak aku untuk satu tahun, berkepit je. Selalu buat aku gelak. Kami berbeza fahaman politik tapi kami boleh menerima perbezaan itu dengan hati terbuka. Dia ada gaya jadi big boss, sama macam ayah dia. Tak pernah berkira dengan aku. Dia seorang pemikir, kami selalu bertukar pandangan, dan aku boleh terima rasional dia, hujah dia. Lepak kat pak mat tanpa kira masa, cari kes-kes di library. Seronok. Mustahil jasa dia kepada aku boleh dibalas. Teringat kenangan naik motor dengan dia di pagi hari cari kedai photostat utk siapkan convey.haha. Youre the best bro!

Balqis
Selalu sebut nama aku kuat-kuat. Aku tak kesah. Kadang-kadang rasa bahagia.haha. Bijak orangnya, 1 semestar duduk sebelah dia dalam kelas civil, 2 kali seminggu. Pemimpin wanita yang cukup kuat dan tegas. Dia pernah marah aku, time aku nak mintak maaf dia dah tersedu-sedu da. So nak elakkan dia nangis aku terus lari. haha. Bakal megistret jika ada rezeki. Mintak maaf untuk mulut laser aku yang menyakitkan hati.

Natasha
Terus terang, aku tak rapat sangat dengan tasha. Nak menyakat pun nanti takut dia marah aku.haha. Dia punya english...fuyoo hebat. Aku nak menyembang dengan dia tapi xda point. Yang penting aku tahu dia seorang yang bertimbang rasa dan baik. Selalu gelak tengok dia dengan along, paling tak boleh blah masa diorang kahwin dalam kelas family. Sempat jugak aku main bowling dengan dia kat alamanda walaupun dia tak dapat join aktiviti malam hari selepas tu.

Along
Along konfiden tinggi. Selalu share semua info dengan kelas, tak kedekut ilmu. Telatah dia menceriakan kelas. Walaupun kuat tidur tapi memang seorang yang bijak. Banyak benda yang aku selalu bersok sek dengan along, biarlah kami je yang tahu. haha. Jarang sembang dengan along dalam kelas sebab dia nampak bizi tapi selalu terserempak di surau fakulti. Tanpa along agak payah untuk kita mencari kes-kes sivil. haha. TQ.

Syira
Dia cikgu aku. Aku tanya dia banyak soalan dan dia boleh jawab semua! Budak firm 1 mestilah bijak kan. Amat terhutang budi dengan dia. Dulu-dulu selalu nampak dia date dengan hidir kat seksyen 2 je tapi sekarang dah jadi kawan. Dia selalu datang kelas sorang-sorang, tak takut hantu betul. Nak belanja dia makan sebab dia banyak ajar aku tapi tak pernah kesampaian sampailah kat putrajaya baru hajat tercapai. Jadilah kan. Doakan dia jadi orang besar suatu hari nanti.
 
Azril
Aku dah lama kenal azril. Dialah antara kawan yang aku dah kenal masa mula-mula masuk kelas B. LLB ni. Petah berbicara. Kalau diberi peluang bercakap pasti susah nak berhenti. Membayangkan bahawa dia akan menjadi loyer suatu hari nanti, jika dia memilih jalan ini. Tapi dia kata dia nak buka restoran. So, terpulanglah kat dia.  Dia pun banyak kali ajar aku. Terima kasih tak terhingga. Dia selalu ajak aku makan kat restoran favourite dia, tapi aku banyak kali tolak. Sori.

Jannah
Jannah aku tak puas hati pasal tinggi dia. Kadang-kadang bila berdiri sebelah dia sama tinggi dengan aku. Kadang-kadang dia lagi tinggi.haha. Jan selalu dengan payung dan tisu die. Jan low profile je. Tak pernah bising pasal result dia. Tup-tup firm 1 kelas B. Dengar cerita dia nak sambung master. Entahla. Banyak sembang dengan jan pasal result civil. haha.

Aina
Dia ni kalau jadi ahli politik, memang boleh jadi Anwar Ibrahim versi wanita. Petah berbicara. Laju mana dia cakap pun kita boleh dapat apa point yang dia hendak sampaikan. Selalu takde kat kelas sebab aktiviti luar tapi result sentiasa gempak. Memang bijaklah kan.  Cerita rambut kerinting Tuan Lee dengan dia pasti takkan lupa. 

Athari
Sebelum kenal tengok atoy macam sombong je. Tapi lepas kenal baru tahu dia seorang yang sangat baik, lemah lembut. Agak pendiam dan tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Selalu tengok dia gaduh-gaduh manja dengan dayah. Kerja kreatif dia memang superb. Kalau dia ambik art design memang boleh buat duit juta-juta. Tak lekang dengan fon dia. Selalu jumpa kat surau fakulti.
Mubin
Orang aloq staq. Mula kenal dalam kelas Arab dulu. Lepas tu masing-masing buat bodoh je. Time LLB jumpa balik. Dalam kelas kalau dengar dia menyanyi rasa macam duduk kat hotel. Sedap. Aku pernah sembang dengan dia pasal result LLB kami. Memang ada gaya loyer tambah lagi dalam kelas CTA. Nampak belangnya. Selamber je dia ponteng kelas civil banyak kali tapi tak pernah kena apa pun. hahaha. Memang loyer betul.

Hidayah
Aku banyak habis duit beli cookies kat dia sem ni. Dayah pandai, tengoklah result criminal dia. Sentiasa maintain, Tuan Lee pun sayang. Kemungkinan besar dia akan jadi PP suatu hari nanti. Dia pun banyak ajar aku, tak kira subjek. Dayah rajin, selalu tengok dia setelkan kerja firm dia sorang-sorang. Tak pernah berkira pasal kerja. Memang sangat respek.

Hawa
Yang ni pendiam. Tak banyak sembang dengan dia. Tapi lama-lama kenal aku tahu dia gila-gila. haha. Selalu chat dengan dia. Dia pandai, pemalu sikit. Aku selalu baca blog dia, tu pun sebelum LLB. Tak tahu active lagi or tak. Tak sampai hajat nak tengok movie dengan dia. haha. Sayang awe tak ikut jalan-jalan putrajaya dengan budak-budak kelas.
Rayhan
Ni ratu cantik Sabah. Firm dia selalu sakat dia, "Ba..ba..Ali...ba...ba.." menggantikan "ayub...tak tahu...". haha. Aku pernah buat viva convey dengan dia, sekali masuk 2 orang jumpa Puan Azni. Kelas civil aku duduk depan dia. Selalu nampak dia bawak saga putih dia. Dah macam artis. Jarang sembang dengan dia. Seganlah.

Hafifah
Fifah selalu senasib dengan aku.  banyak sangat cabaran dan halangan. Banyak jugak share cerita dengan dia. Dia pun SP, jawatan yang kami memang tak nak. haha. Tapi nak buat macam mane kan. Dah habis dah pun azabnya. Jenis kelam-kabut sikit tapi baik hati. Pernah sekali dia jatuh dari kerusi office. Gedebuk! haha. Harap aku dan dia berjaya.
Hadi
Ni bos besar. banyak berkorban untuk kelas. Selalu kecil hati dengan kami. Sorilah bos. Biasalah budak-budak baru nak naik.haha. Dia bawak jalan-jalan kat kampung dia, Putrajaya. Best. Selalu kena tolak jadi imam kat surau. Awek dia nama 'Amy'.haha. Aku pernah pinjam speaker dia, pergh sedap. Penat dia jadi OM. Photostat sana sini tanpa apa-apa bayaran. Jasa kau memang akan kami kenang hadi sampai bila-bila.

Qatrin
"Seumpama...kura-kura.." haha. Mesti qat bengang. Sorila. Saje bergurau. Dulu-dulu dengar nama je, sekarang dah jadi kawan. Mr. Rajes sebut nama dia betul time kelas civil. Betul pronounciation arab dia. haha. Terkilan sebab dia tak dapat ikut kelas lepak-lepak kat putrajaya.

Anis
Kak anis solehah sikit. Nak sembang dengan dia pun aku macam malu-malu sikit. Dengar cerita selalu buat usrah. Teringat dulu aku jadi naqib dekat sekolah, sekarang...haha. Segan dengan dia sebab dia tahu aku budak izzuddin. Tapi perangai ntah ape-ape. Takpelah, nanti aku pulang ke pangkal jalan ek. haha.

Jacklyn
Jack orang sarawak. Puan Faridah cukup suka. Ada gaya nak jadi loyer. Apis memang pantang jumpa dia ni. Menggedik terus apis.haha. Dia pandai cakap cina. Hebat!  Dengar cerita dia kuat memberontak dalam firm dia.haha. Takpelah, yang penting aku tahu dia baik hati.

Yati
Dia ni kasar dalam kelembutan. Bayangkahlah dia balik teluk intan dari shah alam naik motor sorang-sorang. Aku bila dengar rasa nak kasi pelempang je. Bahaya. Aku yang jantan pun tak berani. haha. Tapi memang respek la perempuan macam ni. 1 dalam 1000 kot. Dia downloadkan cerita siri "young and dangerous" 8 Gig untuk aku. Memang baik hati. TQ sis. Selalu sangat sakat dia. Lepas tu kompem kena jerit. Tapi mesti dia mintak maaf. haha. Aku takde terasa ape pun sebenarnya.

Inilah kisah kawan-kawan aku. Diorang tak tahu aku ada blog. So, kebarangkalian untuk diorang baca adalah rendah. Aku coretkan ini sebagai kenangan aku sahaja sepanjang 1 sem. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan pengalaman yang tidak ternilai ini. Semoga aku dan kwan-kawanku berjaya dunia akhirat

2 ◄ cOmment(s):

Anonymous said...

capik, thank you..
everything yg ko tulis sume kene ngn org2nye..
good observer lahh..haha..
btw,sweet la ko tulis ni..like sejuta kali! :D

Anonymous said...

eh lupe..komen kt atas ni dr syira yer..hehe..

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo