Friday, 8 February 2013

Big Firm Small Firm Firm Kampung Firm Bandar

Pejam celik-pejam celik sudah 4 bulan aku melayari kehidupan sebagai seorang budak chambering/runner/kerani/driver. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar walaupun banyak halangan dan dugaan yang melanda diri, konflik dan sebagainya. 

Baru aku tahu erti susah mencari sesuap nasi, menyebabkan aku lebih berkira tentang bab kewangan bukan seperti semasa di universiti dahulu.Baru aku tahu apa itu erti keberkatan rezeki, ini semua kerja Tuhan. Ada yang bergaji ciput tetapi Tuhan cukupkan segalanya dan tiada sekelumit pun resah di hati berkaitan bab duit. Caranya bagaimana? Dengan mengurangkan kos luar jangka seperi kereta/motor rosak, anak sakit, kasut koyak dan lain-lain kos yang tidak terjangkau dek akal. Begitu juga kadang kala kita melihat si kaya dengan dengan gaji memcecah 5 angka tetapi masih lagi merasakannya tidak mencukupi. Nah! Inilah yang dinamakan  nikmat Tuhan, bahawa ketenangan dan keberkatan rezeki itu milik mutlakNya.

Berbalik kepada tajuk, firm jenis apakah yang sesuai untuk chambering? Ini pendapat peribadi aku. Jawapannya terletak kepada apakah prioriti anda. Apa yang anda kejar, wang? pengalaman? reputasi? Kesemua jenis firm tersebut ada kelebihan dan ada kekurangannya. Aku nyatakan di bawah:

Firm Kecil

Kelebihan:
  • Pengalaman luas (Perlu buat semua kerja dari sekecil-kecil benda seperti surat menyurat, drafting, research, kerja-kerja runner sehingga sebesar-besar benda seperti meeting dengan client dan pergi ke mahkamah)-complete set! 
  • Dapat lihat depan mata progress file sebab semua kita yang buat dibantu dan dibetulkan oleh master.
  • Akan directly dapat arahan, tunjuk ajar, panduan dan berinteraksi dengan master hari-hari (hubungan bukan sekadar di pejabat)
  • Firm kecil, hubungan dengan master dan staff akan lebih rapat.
Kekurangan:
  • Tiada nama yang gah, tidak dikenali ramai.
  • Elaun ciput.
  • Tidak dapat merasakan suasana pejabat yang besar dan berstaff ramai.
  • Kekurangan kemudahan/fasiliti.
  • Perlu buat semua kerja dan tiada pengkhususan.
  • Tidak dapat merasai persaingan dalam organisasi
Firm Besar

Kelebihan:
  • Nama gah, 1Malaysia kenal, akan menyumbang kepada reputasi kita selepas tamat chambering.
  • Gaji lumayan.
  • Mungkin dapat master yang hebat dari kelas VIP.
  • Dapat kenalan yang hebat, golongan atasan, memudahkan kerja-kerja networking.
  • Firm di  bandar, reputasi.
  • Persaingan dalam organisasi untuk lebih maju ke hadapan
Kekurangan:
  • Pengkhususan kerja, bermakna mungkin hanya terlibat  dengan research sahaja sepanjang tempoh chambering.
  • Nampak gah bila hadir ke Court, tetapi hanya buat kerja transcribing tanpa ada peluang untuk draf pleading (Firm besar, biasanya kerja LA untuk draf, mungkin aku silap di sini).
  • Biasanya akan terus handle kes-kes di High Court, sebab firm besar tak layan kes-kes kecil, jadi peluang untuk bermula dari bawah iaitu di Majistret dan Sesyen Court  amat tipis.
  • Tak dapat rasai ataupun tak boleh lihat secara jelas bagaimana sebuah firm beroperasi.
  • Mungkin tiada personal contact dengan master, jarang berjumpa master.
  • Elaun lumayan, setimpal dengan workload. 
Ini hanya pendapat peribadi aku dan pasti ada kekurangan kerana kita tidak boleh pukul rata sahaja semua firm kecil dan besar mempunya ciri-ciri sedemikian rupa. Semuanya adalah subjektif dan bergantung kepada keadaan fim itu sendiri. Jadi anda pilih, wang? reputasi? pengalaman? suasana kerja?

7 ◄ cOmment(s):

soleil m said...

saya amat bersetuju dengan pendapat en syafiq kerana saya juge berchambering di firma kecil

i think, the best thing about it ialah kita diexpose secara tak langsung how to manage a firm. ye la, dari benda basic seperti guna xeroc machine, buka aircond pagi2, vacum lantai (aku la tu) etc. nampak macam remeh tapi it's like a starting point kalau nk bukak firm nanti. insyaAllah

all the best weh. kerja rajin2 boleh kawin cepat2 dgn cnoor. kehkehkeh

CastWriter86 said...

Tahniah atas kejayaan anda.

Anonymous said...

Slm.blh x share firma mne di klntan yg blh wat chmbering

Anonymous said...

Klau ade chMbering n xde dijap lyk ke jd lwyer

tiga lalat said...

Salam. Hee wang bukanlah segala2nya, tapi segala2nye nk pakai wang. ;-p

Fatma Çanka said...

sitemiz otel hizmetleri motel ve hotel buklet hizmetleri sunamktadır otel bukelt ihtiyaçlatınızı sitmizden karşılayınız otel buklet - otel buklet malzemeleri - Motel buklet - Hotel buklet - otel bukletçi - istanbul otel buklet - otel buklet bardaklık - otel buklet ayakabı cillası - otel buklet şampuan - otel buklet sabun - organik sabun - ikram ürünleri, buklet malzemeleri, otel buklet malzemeleri - ,
Otelbuklet dünyasında 1 numara olan www.9hc.org türkiye aramaları 9hc.org - antalya otel buklet - ankara otel buklet - izmir otel buklet - istanbul otel buklet - bodrum otel buklet - kuşadası otel buklet - milas otel buklet - çeşme otel buklet - kadıköy otel buklet - taksim otel buklet - kartal otel buklet - otel buklet - beşiktaş otel buklet hepsi 9hc.org da otel buklet dünyası.
web hosting shell akılı web site tasarımları webhosting domain hizmetleri türkiye istanbul kadıköy webhosting - web - shell sitesi tasarımalrıyla wordpress vbulletin kurulumları opencard kurulumları

zulaikhaablah said...

salam, singgah kt sni bc pgalaman org. i'm about to find a place for my chambering. huhu~

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo