Alkisah kini kala wujudlah sebuah negeri yang bernama Republik Rakyat Manjung yang mana didiami oleh ramai pahlawan-pahlawan, alim-alim ulama, golongan profesional, billionaire dan macam-macam rupa ragam manusia kala kini. Tiap-tiap lapisan masyarakat pula dikepalai oleh seorang ketua yang beribawa.Tok Janggut mewakili golongan alim ulama' sementara Ngah Ibrahim mewakili golongan billionaire-billionaire. Tidak dilupakan juga Tok Gajah yang mewakili golongan pahlawan-pahlawan heavyweight (macam wrestling la pulak) sementara Dol Said mewakili golongan profesional lagi intelektual dan mantap pemikirannya. Oh...terlupa pulak untuk memperkenalkan watak utama ceritera ni iaitu Dato' Maharaja Lela, golongan politikus yang bergeliga otaknya dalam meraih simpati dan memikir strategi memenangi hati rakyat jelata. Nak dijadikan satu mitos, alkisah bertemulah mereka di sebuah cafe (kalau dulu warong la) yang terletak dalam jajahan Manjung ini yag mana pada ketika itu penuh rakyat jelata hadir untuk melihat pertemuan bersejarah mereka. Maka berbual panjanglah mereka tentang kehebatan masing-masing sambil meluap luaplah keegoan yang selama ini memang sudah sebati dengan diri mereka. Kata pahlawan ulung Tok Gajah A.M.N, "Golongan pahlawanlah yang paling kuat sebab kekuatan hamba sahaja menyamai 300 ekor gajah putih!". Maka meloponglah mulut hadirin yang lain memikirkan betapa kuatnya Tok gajah... Tapi ada jugak yang tak hairan dengan kenyataan Tok gajah itu. Tak lain dan tak bukan semestinya Tok janggutlah. "Hek eleh...stakat kuat macam gajah pun dah kecoh-kecoh, aku ni bukan sahaja kat dunia orang kenal aku, tapi kat akhirat pun malaikat asyik-asyik sebut name aku je hari-hari", kata Tok janggut dalam dialek Klate tapi telah di translate ke dalam bahasa ibunda kita. Terbeliak mata hadirin mendengar kenyataan berani lagi kontroversi itu. Tapi ada jugak yang geleng kepala tanda tidak setuju. Ngah Ibrahim bangun sambil menepuk meja dan berkata,"Cis, setakat malaikat kenal tapi makan pun tak cukup buat ape...Tak de makneye la janggut. Aku ni harta, aset, hartanah dari timur sampai ke barat, dari utara sampai ke selatan. Kalau aku nak beli alam semesta ni pun boleh la guna harta aku!" 'Wowwwwww!', itulah perkataan yang terpacul dari mulut majoriti hadirin. Ish3....hebatkan diorang semua ni. Tapi dengan selambanya bangun Dol Said yang terkenal dengan keintelektualannya sampai pernah digelar kitab bergerak oleh rakyat jelata dan berkata, " Otak aku ni sama dengan kepandaian semua otak manusia di dunia ini hatta Stephen Hawking dan Albert Einstein pun pernah menjadi anak muridku dan aku tak pernah buat kesilapan dalam membuat kuputusan dalam hidupku!" Meleleh la pulak air liur hadirin mengenangkan betapa bijaknya Dol Said dan masing-masing mengimpikan untuk menjadi sepertinya. "hahahahahahahaha", gelak Dato' Maharaja Lela. Mungkin dia geli hati mendengar pengakuan maut dari rakannya itu sambil berkata, " Kowrang semua tak ade ape yang aku ade iaitu KUASA POLITIK, inilah kuasa yang menggerakkan dunia dewasa ini dan kuasa inilah yang paling kuat diantara semua kuasa! George Bush, Elhud Olmert, Fidel Castro, Suharto, Tengku Razaleigh Hamzah, John F. Kennedy, Barack Obama semua pernah belajar denganku cara-cara untuk bermain politik.....Haahahahahaha". Hatta selepas itu semua mereka bertikam lidah, berhentam badan, bertumbuk terajang mempertahankan kehebatan masing-masing sambil diperhatikan oleh sekalian rakyat jelata,hamba-hamba, marhain-marhain dan macam-macam lagi. Sedang mereka hebat bergasak tiba-tiba masuk seorang pemuda ke dalam cafe tersebut. Berkulit hitam manis, berjanggut sejemput, bertahi lalat di mata kanan itulah deskripsi pemuda terbabit. Sambil melangkah masuk dengan bergaya lalu dia bertempik, "Hei, hentikan semua ini! Tidak ada peri malukah kalian semua berbalah di hadapan rakyat jelata? Kalian memang bangsa Melayu Bangsat! Bangsa yang memalukan bangsa sendiri! Tidak tahukah kalian bahawa perbalahan kalian ini disiarkan secara LIVE oleh CNN ke seluruh pelusuk dunia? Kalian memang bodoh lagi bengap! Sepatutnya kalian menggunakan kelebihan kalian untuk menyebarkan dakwah,memajukan agama, bangsa dan negara, bukannya belagak tak tentu pasal macam orang utan mendapat pasangan!" Masing-masing terdiam termasuklah kepala-kepala besar yang berbalah tadi. Ada diantara mereka terus menundukkan kepala tanda kekesalan atas tingkah laku keanakan yang ditonjolkan mereka. Ada juga yang masih ego dan seakan-akan bangga dengan diri mereka. Lalu bertanya seorang hadirin kepada pemuda itu, "Wahai anak muda, siapakah geranganmu yang berani membuat onar di sini? Jawab pemuda itu dengan penuh selamba dan keyakinan yang tinggi, "Akulah Amirul Syafiq Mahadi, pejuang agama dan bangsa, penegak keadilan pembela orang yang teraniaya, pelidung golongan fakir dan miskin...Hari ini akan ku tamatkan segala sandiwara yang telah kalian lakonkan ini sejak sekalian lama!" Anak muda ini terus mengeluarkan M-16 sambil mengacukannya kearah semua kepala-kepala besar tadi....................(bersambung)
Thursday, 28 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ◄ cOmment(s):
aku x bley imagine kalu republic neh betol2 wujud
da la dikepalai oleh org yg bjanggut
haih!
percayela....janggutman will conquer thiz world...hehe
Post a Comment