Belajar da start dah tapi aku still bosan. I miss merbok. Walaupun duduk dalam bilik kecik tapi happening gler!!!
Hmmmmm...Besok kenelah lagi berebot naik bas. Berasak sana berasak sini. kalaulah aku ade motor kan best. Bolelah merayau...hahhaha
Hari sabtu lepas aku ikut fendi, once dan dayat p tengok akademi nasyid kat alam sentral. Pak cik yang cacat tu memang gempak giler la die nyanyi. Tersentuh hati aku yang keras macam batu ni...hehe
selamat belajar semua...tata:)
Sunday, 13 July 2008
AKU YG BOSAN
Wednesday, 9 July 2008
DOAKAN YE...
Ahad ini aku akan menyertai temuduga SUKSIS. Niat hanya satu iaitu aku tak nak menyusahkan mak bapak lagi. Kalo tak dapat alamatnya kenelah aku membayar sewa rumah yang mahal semestar depan ++ tak dapat duit makan RM4 sehari. Tambahan lagi aku memang tak ambil PTPTN. So semuanya bergantung kepada mak bapak lagi.
HOPE KOWRANG BOLE DOAKAN AKU DAN FAIZ AGAR BERJAYA DI TEMUDUGA TERSEBUT!!!!
Saturday, 5 July 2008
1st entry di UiTM
Sialan kamu!
Rupanya Uitm Shah Alam tak ada internet wireless!
Kira hebatlah Uitm kedah...
Aku sekarang dalam proses menyesuaikan diri, naik bas pagi-pagi, duduk dengan roomate yang baru, pelajaran yang lebih advanced dan macam-macam lagi.
Agak bosan pada mulanya tapi lama-kelamaan keadaan makin menyeronokkkan.
Selamat berjuang untuk batch aku. Semoga anda semua berjaya dalam law ni:)
tata
Syafiq Mahadi
Wednesday, 2 July 2008
selamat tinggal katil empukku.....
Malam ni akan transit ke rumah atok di Hulu Klang sebelum register di UiTM Shah Alam esok. Macam-macam rase ade sekarang ni. Tapi yang paling kuat ialah MALAS. Tapi apakan daya, perjuangan untuk membela nasib keluarga mesti diteruskan. Besar pahalanya orang yang berjihad menuntut ilmu ni kan? Tambahan lagi pengamal undang-undang masa kini yang kebanyakannya dari kalangan bukan bumiputra.
Karpal Singh, Lim Kit Siang, Ngeh Koo Ham,Gobind Singh Deo, M Kulasegaran. Siapa mereka ni? Semuanya peguam hebat yang juga merupakan pemimpin kanan DAP. Siapa melayu yang terkenal disebabkan menjadi peguam? Kalau kowrang boleh berikan satu nama je kat kau pun sudah dikira mencukupi. Kita bangsa Melayu Islam memerlukan lebin banyak pakar undang-undang untuk memastikan hak kita sebagai penduduk asal Tanah Melayu ni terus terbela selagi ada bulan dan bintang!
Jangan kita biarkan anak cucu kita merempat di bumi sendiri. Jadikan sejarah bangsa-bangsa lalu sebagai iktibar buat kita. Selamat tinggal katil empukku. Jangan kau tangisi pemegianku kerana aku pergi berjihad untuk agamaku....