Wednesday 2 July 2008

selamat tinggal katil empukku.....

Malam ni akan transit ke rumah atok di Hulu Klang sebelum register di UiTM Shah Alam esok. Macam-macam rase ade sekarang ni. Tapi yang paling kuat ialah MALAS. Tapi apakan daya, perjuangan untuk membela nasib keluarga mesti diteruskan. Besar pahalanya orang yang berjihad menuntut ilmu ni kan? Tambahan lagi pengamal undang-undang masa kini yang kebanyakannya dari kalangan bukan bumiputra.

Karpal Singh, Lim Kit Siang, Ngeh Koo Ham,Gobind Singh Deo, M Kulasegaran. Siapa mereka ni? Semuanya peguam hebat yang juga merupakan pemimpin kanan DAP. Siapa melayu yang terkenal disebabkan menjadi peguam? Kalau kowrang boleh berikan satu nama je kat kau pun sudah dikira mencukupi. Kita bangsa Melayu Islam memerlukan lebin banyak pakar undang-undang untuk memastikan hak kita sebagai penduduk asal Tanah Melayu ni terus terbela selagi ada bulan dan bintang!

Jangan kita biarkan anak cucu kita merempat di bumi sendiri. Jadikan sejarah bangsa-bangsa lalu sebagai iktibar buat kita. Selamat tinggal katil empukku. Jangan kau tangisi pemegianku kerana aku pergi berjihad untuk agamaku....

0 ◄ cOmment(s):

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo