Aku dah banyak sangat panas hati dengan pentadbiran UiTM ni. Banyak sangat benda yang menyakitkan hati. Banyak sangat benda yang mengarut yang dibuat kepada budak pre law ni especially batch aku. Pendek kata, layanan yang kurang memuaskan dari beberapa sudut. Aku tak kata UiTM ni haprak sangat sebab biasalah, tiap-tiap organisasi ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.
Bermula dengan pointer untuk sambung ke ijazah. Pada awalnya pointer minima adalah 2.00. Tetapi tiba-tiba dasar berubah dengan pointer minima menjadi 3.00. Dan kami diberitahu semasa kami berada dalam final semestar!!! Memang tidak patut. Mujur dasar baru ini hanya retorik semata-mata. Kalau tidak ramailah batch aku yang melopong selepas habis program asasi ini. Alhamdulillah. Amat-amat bersyukur.
Kemudian mengenai keputusan peperiksaan. Menurut pengumuman yang dibuat, result kami akan keluar lebih awal daripada budak degree dan diploma. Apa yang menyakitkan hati result kami keluar lewat daripada budak degree dan diploma! Aku pun tidak terbilang beberapa hari kelewatan itu. Semua ini buatkan kami ternanti-nanti.Kita tahukan bahawa penantian itu satu penyeksaan.....hahaha
Kemudian mengenai surat tawaran. Sampai sekarang surat tawaran belum tiba padahal hari pendftaran adalah 3.7 ini!
Kami terpaksa melihat surat tawaran di internet sebagai langkah berjaga-jaga bimbang surat tawaran tidak sampai terus ke rumah. Cuba bayangkan orang kampung yang tidak mempunyai kemudahan internet. Mereka terpaksa pergi ke bandar semata-mata untuk melihat surat tersebut. Dimaklumkan juga ada senior yang menerima surat tawaran selepas mendaftar!! Dahsyat kan...
Kepada rakan-rakan yang repeat, teruskan perjuangan dan jangan putus asa. Masa bukan satu halangan untuk menuntut ilmu. Aku masih ternanti-nanti azab yang akan menanti kami selepas mendaftar ini. Tak sabar rasanya!! Mari sini azab dan penderitaan, kita lawan cara anak jantan, 1 by 1, face to face. IF YOU WANT SOME COME GET SOME!!
Thursday, 26 June 2008
Kami ni anak tiri UiTM ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ◄ cOmment(s):
Post a Comment