Malam ni malam yang amat-amat penat. Baru je aku lepas beratur panjang untuk isi minyak kereta! Penat sebab bukan 1 kereta tapi 2 kereta yang aku kene isi! Terpaksalah berulang alik dari rumah ke petrol stesyen.Semestinya kereta mama n abah....Terpaksa beratur kereta panjang di malam hari di kala orang lain tengok TV di rumah amat-amat memeritkan. Tapi bersyukur jugak aku bile tengok ada di kalangan orang yang nak isi minyak terpaksa menolak kereta mereka kerana kehabisan petrol. Lagila kesian tapi apakan daya. Terpikir jugak kalau Tanah Melayu ni dilanda perang saudara ke, situasi yang sama pasti berlaku macam malam ni. 3 petrol stesen yang berdekatan dengan rumah aku sudah kehabisan bekalan petrol diasak dek orang ramai yang mengambil kesempatan sebelom harga petrol naik besok. Terfikir sejenak jugak aku semasa mengisi minyak tadi. Kelihatan majoriti yang menaiki kenderaan mewah(pelbagai jenis mercedes,BMW), SUV(harrier,rexton,CRV, sorento), MPV(estima,serena,innova) dari kalangan bukan bumiputra ( ca ya nun alif) sementara yang melayu ni semua kereta buatan tempatan sahaja. Hinanya melayu di bumi sendiri. Ada 2 kemungkinan je samada melayu amat-amat patriotik ataupun tidak mampu untuk memiliki kereta-kereta bertaraf "mewah". Kasihan bangsaku...........
Wednesday, 4 June 2008
ISI MINYAK CEPAT!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ◄ cOmment(s):
huhu nasib baik aku ade enset TV.. sambil tggu leh tgk brita pastu citer.. hehe
KO kaye tak pela
Aku ni orang kampung je..
haha
Post a Comment