Wednesday, 18 June 2008

EDUCATION LOAN..Help me please



Sekarang masa untuk memikirkan pinjaman terbaik yag boleh diperolehi untuk membiayai pengajian undang-undang aku. Terdapat beberapa pilihan untuk aku pertimbangkan:

1.PTPTN- Pinjaman yang biasa dibuat oleh student. Tapi caj yang dikenakan agak mahal. Khabar baik ialah kerajaan sedang mengkaji cajnya untuk meringankan beban rakyat memandangkan harga minyak yang melambung naik baru-baru ini. Mungkin ada sinar harapan di sini.

2.Pinjaman Yayasan Perak- Khabar buruk ialah tarikh pijaman sudah pun ditutup. Tidak tahulah jika aku silap dengar dari
kawan-kawan.

3. CIMB Education Loan- Aku sudah check di internet yang CIMB Bank ada menawarkan pinjaman pendidikan. Tapi segala maklumat yang tertulis di web site tersebut masih samar. Berapa caj? Berapa limit pinjaman? Berapa tahun pembayaran semula?

4.Personal Loan- Ini mama aku yang cadangkan jika aku tak nak ambil pinjaman PTPTN. Semua bank ada menawarkan perkhidmatan personal loan ini. Tapi adakah ia lebih menguntungkan aku daripada PTPTN?

Ada kawan-kawan yang berhasrat untuk meminjam dari MARA. Tapi mengikut pengetahuan yang aku ada, pinjaman MARA hanya diberikan untuk pelajar IPTS sahaja. Hanya di peringkat masters sahaja MARA menawarkan pinjaman untuk pelajar IPTA. Betulkan jika aku silap.

Jadi yang mana berkenan di hati? Senang cerita pinjam PTPTN bukan? Aku dalam dilemma. Anyone can helpme?

0 ◄ cOmment(s):

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo