"Takkan Melayu hilang di dunia", satu ungkapan yang sinonim dengan dunia bangsa Melayu. Ayat keramat yang diungkapkan oleh seorang pahlawan ulung untuk menggambarkan nasib Melayu pada masa akan datang. Namun ramalannya meleset sama sekali. Ayat keramatnya itu menjadi kurang relevan semenjak tanah ini dijajah oleh pelbagai kuasa rakus dari pelbagai pelusuk benua. Melayu pernah dipijak oleh Portugis, pernah "mencium punggung" British, pernah disula oleh Jepun dan macam-macam lagi peristiwa yang menjahanamkan maruah bangsa Melayu. Begitu juga dengan pemilihan nama Malaysia. Apa signifikannya nama tersebut? Apa maksudnya? Apa tujuannnya? Kenapa tidak ditetapkan sahaja nama negara ini sebagai TANAH MELAYU? Bukankan ini memang tanah melayu? Tidak berhakkah kita atas tanah ini? Kita sendiri kurang pasti kenapa nama ini dipilih. Mungkin pemimpin terdahulu sudah dapat mengagak bahawa bangsa ini akan tewas dalam survival globalisasi dalam negara mereka sendiri, justeru mereka tidak mengguna pakai nama TANAH MELAYU. Bimbang nanti nama ini akan diperlekeh, dihina dan dicerca oleh bangsa-bangsa yang lebih advanced. Tetapi untuk mengelakkan amukan dari kaum ini mereka menempelkan perkataan "Malay" pada nama negara. Baru sejuk hati bangsa Melayu sambil kembang hidung mereka kemegahan. Namun begitu realiti tidak memihak kepada bangsa ini. Mereka lembap dan jahil dalam ekonomi sehinggakan "orang lain" yang menguasai ekonomi di tanah air mereka. Begitu juga dengan kuasa politik mereka yang semakin hari semakin pudar ditelan bangsa lain. Mereka tidak matang dalam berpolitik dan sanggup putus saudara demi ideologi masing-masing walaupun mereka tahu bahawa persaudaraan Islam melebihi ideologi-ideologi haprak mereka. Apa hasilnya atau kesimpulannya dari semua kes ini? Kata Amirul Syafiq Mahadi, "Takkan Melayu hilang di dunia, tetapi Melayu akan hidup dengan penuh kehinaan sebagai bangsa yang menjadi kuli di tanah tumpah darah mereka sendiri". Kembalilah kepada agama Allah wahai bangsaku. Jangan jadikan diri anda bangsa yang busuk dan bangsat! Melayu semakin melayu.....
MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI- PRU 12
0 ◄ cOmment(s):
Post a Comment