Sekarang aku berada di rumah atuk di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. Masih lagi ada internet wireless. So, bolehlah aku menulis untuk kali terakhir dalam minggu ini...hehe. Untuk pengetahuan, bersempena dengan cuti sekolah aku akan pulang ke kampung halaman. Besok kami sekeluarga akan bertolak pula ke Ayer Baloi, Pontian, Johor untuk pulang pula ke rumah atuk sebelah abah. Jadi mulai besok tidak ada lagi internet!!! Perjalanan besok pasti amat-amat memenatkan. Mujur aku hanya jadi co-driver.haha..Kami sekeluarga akan singgah di Sri Medan, Batu Pahat, Johor di rumah adik abah untuk berehat sekejap. Dijangka pulang ke rumah pada hari Isnin minggu hadapan. Result exam??? hmmmmm...tak tahula apa yang akan jadi. Tawakal.
Semoga bertemu lagi di minggu hadapan rakan-rakan seperjuanganku:)
0 ◄ cOmment(s):
Post a Comment