Friday 9 May 2008

PERASMIAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD MUHAMMADI KOTA BHARU, KELANTAN


Pada hari ini 9.5.1964, Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Muhammadi telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.

Sekolah Maahad Al-Muhammadi telah ditubuhkan sebagai sebuah sekolah aliran Arab iaitu Madrasah Al-Muhammadi pada 1 April 1937. Pada mulanya hanya seramai 75 orang sahaja pelajar yang memasuki sekolah itu. Walau bagaimanapun jumlah itu bertambah menjadi 120 orang pada akhir tahun 1940.

Sekolah ini pada mulanya ditadbirkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan, kemudian pada bulan Julai 1974 ditadbirkan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA). Pada tahun 1979 pula, Maahad Al-Muhammadi itu, telah ditadbirkan oleh Yayasan Pelajar Islam Kelantan.

Sejak penubuhannya, sehinggalah ke tahun 1970, Maahad Al-Muhammadi telah mengikuti sistem pelajaran non- akademik yang lebih menitik beratkan mata pelajaran agama dan bahasa Arab. Pada tahun 1971, satu sistem pelajaran baru mula diperkenalkan. Sistem ini dibentuk khusus bagi menyediakan pelajar-pelajarnya mengikuti pelajaran dalam dua aliran iaitu aliran agama dan Arab serta pelajaran akademik. Di bawah sistem itu para peklajar akan mengikuti kelas-kelas yang sekaligus membolehkan mereka mengambil periksaan-peperiksaan Sijil Agama, Sijil Menengah Agama dan Sijil Tinggi Agama juga pepriksaan-peperiksaan akademik,; Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran. Dengan itu ia akan melayakkan pelajar-pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negeri seperti di Mesir, Arab Saudi, Iraq dan Kuwait di samping dapat juga meneruskan pelajaran di universiti-universiti tempatan.

Sesungguhnya perasmian Maahad Al-Muhammadi pada hari ini dalam tahun 1964, telah berjaya berkembang sebagai sebuah sekolah agama pusat bagi negeri Kelantan.

0 ◄ cOmment(s):

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo