Saturday 10 May 2008

Rakyat Mahu Nikmati Janji Bukan Alasan

Oleh Adnil Mohd

Sepang -- Tindakan seorang pengundi negeri ini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu dengan kegagalan campuran Pakatan Rakyat di negeri itu melaksanakan janji hanyalah sebahagian manifestasi kemarahan penduduk di negeri berkenaan.

Malah menurut Ketua Pemuda Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali, ramai lagi rakyat negeri itu yang mempunyai perasaan sama namun mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap segala janjinya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Hal Ehwal Pengguna Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seterusnya berkata penduduk di negeri ini sebenarnya sudah mula ragu-ragu akan kemampuan kerajaan negeri menunaikan janji mereka.

"Rakyat di negeri ini masih boleh bersabar untuk memberi peluang dan ruang tetapi perasaan was-was sudah mula terbit di hati mereka. Sebenarnya banyak janji-janji yang mesti kerajaan negeri tunaikan.

"Kalau satu janji ambil masa berbulan, kita tidak tahu bila semua janji dapat direalisasikan. Apa yang rakyat nampak ialah kerajaan negeri banyak berdalih dan membuat pelbagai alasan", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan bekas bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Shaid Rosli, 25, yang membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu dengan kegagalan campuran Pakatan Rakyat di negeri itu melaksanakan janji seperti yang terkandung di dalam menafesto pilihanraya mereka.

Tegas beliau lagi, apa yang berlaku di Selangor hari ini merupakan satu harga yang perlu dibayar oleh rakyat negeri itu setelah memberikan kepercayaan kepada parti pembangkang untuk menerajui negeri terbabit.

"Kita tidak sama sekali salahkan rakyat tetapi itulah realitinya. Kita percaya selepas ini akan ada lagi alasan untuk menutup ketidakmampuan mereka melaksanakan janji seperti yang terkandung di dalam menifesto tersebut", ujarnya.


0 ◄ cOmment(s):

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo