Monday, 29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

More AIDILFITRI graphics
More AIDILFITRI graphics
More AIDILFITRI graphics
More AIDILFITRI graphics
More AIDILFITRI graphics
More AIDILFITRI graphics
More AIDILFITRI graphics

Thursday, 25 September 2008

PM MALAYSIA Ke-6

Lama sungguh aku tidak menulis mengenai politik kita yang semakin caca-merba dewasa ini. Kalau diimbas sejarah, majoriti posting aku yang terdahulu mengenai politik. Mungkin aku sudah bosan, bosan dengan golongan penipu duit rakyat,peliwat,pengebom C4,babi-babi dan macam-macam lagi.BOSAN!

Kepada SB-SB yang dikasihi, tolong jangan ISAkan aku sebab tulisan aku ini.

Apa ada pada jawatan yang bernama Prime Minister? Hebat sangatkah? Ahli syurgakah? atau yang hanya pandai kelentong rakyat sahaja yang boleh jadi PM?

Apasal semua tehegeh-hegeh nak jadi PM? Keje angkut sampah tak masyuk ke? Gaji kecil tapi kuranglah dosa dari jadi PM yang hari-hari terpaksa kelentong sana-sini. Dekat akhirat besok kurang soalannya. Apabila banyak cakap, banyak salah, bila banyak salah, banyak dosa, bila banyak dosa? masuk NERAKA!

Tapi yang lagi pelik bila ada orang tu gila meroyan sangat nak jadi PM! Dulu tidaklah obvious sangat tapi sekarang bukan main menanduk-nanduk. Semua orang dia nak kencing. 16 Sept apa cerita? U ni berjuang sebab rakyat ataupun u sudah kena penyakit sawan nak jadi PM?Hey U!, u duduk diam-diam jadi ketua pembangkang tu sampai PRU-13 sudahlah. Lepas tu u lawan cara anak jantan.U buat kacau ini Malaysia. Politik dah jadi macam kandang babi sebab u taw. Busuk,bersepah,hancing semua ada!

Ada lagi seorang, duduk gua musang nak jugak jadi PM. adoi....Sedarlah yang anda sudah tua ganyut. Rumah kata pergi kubur kata mari bai! Dapat jadi MP ni pun da kira syukur sangat. Anda pun dicadangkan agar duduk diam-diam dekat gua musang dan bangunkan Kelantan tu. Ada hati nak jadi PM.

Abang C4 kita macam mana pulak? Apasal itu ayah Nurul Izzah asik serang u saja? U dua orang ada dendam peribadi ke? Hutang belum langsai? Seseorang yang hendak jadi PM mestilah bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih. Tapi u sudak terpalit dengan macam-macam taik. Taik c4, taik noritta, taik komisyen. So apa lagi yang hendak dikata? Please stay away from politics, banyak-banyakkan beramal abang ku sayang.

Ni yang last, 22 tahun pegang Malaysia tak puas hati lagi ke? Apa lagi yang u nak wahai datukku sayang? U yang lantik dia tiba-tiba u hentam dia macam dia tu komunis. U nak salahkan siapa sebab u sendiri yang pilih dia. So, shut up! Dalam masa dua tahun ni biarkan dia selesaikan kerja dia wahai datukku sayang. u pulak aku doakan supaya kurang azab siksa kubur dan semoga rest in peace. OK?

Puas hati aku hari ini! teori RAHMAN macam mana? the 6th prime minister of malaysia siapa? Jawapannya, AKUlah! kakakakaka

Wednesday, 24 September 2008

PENGUMUMAN!!

Member aku alongsamad baru buat blog...bercerita pasal hal politik tanah air yang tak sudah-sudah penuh dengan macam-macam kekalutan. Tetapi amat-amat menarik untuk dikaji bersama. Klik di sini untuk ke blog dia:)

Sunday, 21 September 2008

PENEMUAN SAINTIFIK YANG MENGEJUTKAN DALAM BULAN RAMADAN!

Kowrang nak tau ape die?

Kowrang sedia maklum syaitan telah diikat dalam bulan puasa. Bermakna tiadalah godaan syaitan. Tapi golongan lelaki tetap akan tewas dengan satu jenis godaan dalam bulan puasa ini. Memang lelaki tidak akan dapat menolak, mungkin tidak tertahan rasanya:)

Cuba teka?
Jawapannya: GODAAN WANITA

Bukti saintifik:
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dijalankan oleh aku sendiri dalam bulan puasa ini terhadap beberapa couple yang hangat bercintan-cintun...hehehehehehe

Situasi:

Abang, jomlah buka puasa dengan sayang

atau

Abang jomlah teman sayang shopping raya

Tidak dapat tidak, maka terpaksalah ataupun dengan rela hati si lelaki mengikut kehendak penggoda ramadhan ini.

Jangan marah bang,kakak-kakak n adik-adikku sayang...Selamat Beramal:)

Ramadan yang teristimewa

Ape istimewanya bulan ni?

Ini bulan tarbiyyah. Festival amal ibadah tahunan untuk umat Islam. Masa untuk memperbaiki diri.Bulan di mana kita meninggalkan tabiat buruk yang kita selalu lakukan pada bulan lain. Bulan di mana kita memperbanyakkan amalan dan mengurangkan dosa. Antara pakej-pakej festival ini ialah:

1)Puasa
2)Tarawih
3)Buka puasa
4)Sahur
5)Pahala digandakan
6)Dosa pun ganda jugak!
7)Lailatul Qadar

Tetapi, mari kita muhasabah balik apa yang telah kita lakukan dalam bulan yang mulia ini. Cuba lihat diri kita sedalam-dalamnya dan jawab soalan di bawah dengan jujur dan ikhlas.

Adakah dalam bulan ini tiada perubahan langsung pada diri kita dari segi amal ibadah?

Adakah kita masih melakukan dosa yang sama seperti di bulan-bulan lain?

Adakah dalam bulan ini kasih kita terhadap manusia masih lagi melebihi kasih kita terhadap Khalik?

Adakah dalam bulan ini kita semakin galak melakukan dosa berbanding bulan-bulan yang lain?

Mudahan kita dapat menilai diri kita bak kata raihan "kumengharapkan ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna".

Sunday, 14 September 2008

Kasih Sayang

Apa itu kasih sayang?
Bagaimana caranya kita ingin menunjukkan kasih sayang?

Ibu yang memarahi anak atas sesuatu kesalahan-adakah ini kasih sayang?
ataupun ibu yang sentiasa memenangkan anaknya walaupun anaknya terbukti bersalah-adakah ini kasih sayang?

Anda sayangkan buah hati anda. Adakah hanya dengan keluar bersamanya dan bermanja mesra sahaja baru anda dapat menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya?

Ataupun dengan mengusap dan membelai rambutnya sahaja baru anda boleh menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya?

Jika anda bersetuju dengan 2 pernyataan di atas maka anda sememangnya SILAP! Saya tegaskan, anda SILAP!

Anda hanya bermain dengan nafsu serakah anda sendiri dan anda sebenarnya tidak menyanyangi si dia dengan sepenuh hati.

HORMATI HAK WANITA ISLAM
Si dia masih lagi berada di bawah tanggungjawab bapanya. Tetapi adakah anda keluar dengannya atas pengetahuan bapanya? -TIDAK-

Adakah anda tahu bahawa perlakuan anda keluar berduaan dengannya walaupun di tempat awam adalah mendekati zina? -TIDAK-

Adakah anda tahu bahawa perlakuan anda duduk berduaan bersama dia di atas bangku di tempat awam akan menimbulkan fitnah? -TIDAK-

Adakah anda tahu bahawa sebenarnya maruah si dia sebagai seorang wanita Islam sebenarnya sudah ternoda apabila anda berjalan berduaan dengannya? -TIDAK-

Jika anda seorang abang kepada seorang dara yang sedang meningkat dewasa, adakah anda akan membenarkan adik anda itu keluar dengan jantan lain, duduk di kerusi yang sama, berjalan berduaan, berjoging bersama tanpa kehadiran orang ketiga?

Anda hipokrit jika anda tidak membenarkan adik anda berbuat demikian tetapi pada masa yang sama anda bersedapan dengan perempuan lain. Alangkah teruknya anda!

AKU PERLU BERUBAH KERANA AKU ADA 3 ADIK PEREMPUAN YANG MENINGKAT DEWASA. TAK AKAN AKU BIARKAN MEREKA KELUAR DENGAN JANTAN BERDUAAN SEHINGGALAH MEREKA BEKERJA.

AKU JUGA PERLU BERUBAH KERANA AKU SAYANGKAN KAU! TRUST ME

p/s bila kita nak berubah ke suatu arah, tiba-tiba orang di sekeliling kita berubah pulak ke suatu arah yang bertentangan. DUGAAN:)

Friday, 5 September 2008

Sultan Muzaffar Shah I

Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka,
Perpisahan Aku di Selat Melaka.

Baginda melafazkan kata-kata tersebut ketika kapal yang dinaiki baginda tersangkut di "beting beras basah". Laut tiba-tiba bergelora.

Selesai sahaja kata-kata itu dilafaz, tiba-tiba muncul "JIN" yang sangat besar sehingga mencecah awan yang tinggi.

Jin tersebut telah berkata kepada baginda:

Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......

Setelah mahkota itu dibuang, tiba-tiba laut terus menjadi tenang dan beting yang timbul tadi hilang dari pandangan!

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo