Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka,
Perpisahan Aku di Selat Melaka.
Baginda melafazkan kata-kata tersebut ketika kapal yang dinaiki baginda tersangkut di "beting beras basah". Laut tiba-tiba bergelora.
Selesai sahaja kata-kata itu dilafaz, tiba-tiba muncul "JIN" yang sangat besar sehingga mencecah awan yang tinggi.
Jin tersebut telah berkata kepada baginda:
Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......
Setelah mahkota itu dibuang, tiba-tiba laut terus menjadi tenang dan beting yang timbul tadi hilang dari pandangan!
Friday, 5 September 2008
Sultan Muzaffar Shah I
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ◄ cOmment(s):
Post a Comment