Hari selasa tengah malam tiba-tiba handphone berdering. Rupanya mama. Aku mula cuak. Pehal malam-malam call. Tanggapanku menjadi kenyataan. Mama mula bercerita.
Katanya pada waktu itu rumahku dinaiki air sedikit demi sedikit. Mereka (mama, abah , alia dan ciam) sedang meninggikan barang-barang. Abah pula sibuk mengalihkan kereta ke tempat tinggi. Aku bertambah gelisah. Larat ke diorang empat beranak nak alihkan barang-barang rumah yang banyak tu? Mama dan abah sudah tua. Alia baru masuk darjah 5 dan ciam baru darjah 1! Korang taw kan aku ada 6 ada beradik. Sorang adik aku kat UTM dan 2 orang lagi di asrama. Malam tu katanya mama dan abah akan tidur di rumah jiran di kawasan yang lebih tinggi. Tanpa berlengah tengah-tengah malam tu jugak aku siapkan assingment MLS yang kena submit khamis ni. Aku nak balik!
Sebenarnya aku masih lagi ada 2 kelas contract, 1 MLS dan 1 tort. Tapi kerana kasihan kat mama, aku terpaksa berbohong dengan mengatakan aku pulang kerana kelas sudah habis. Im sorry mama! Antara mama dengan lecturer aku, aku pilih mama dan family. Diorang nyawa aku!
Aku buat semua ni sebab korang. Aku hidup ni pun atas doa korang je. Nak harap doa aku, memang tak merasalah nak masuk UiTM ni. Tak maqbul! Nak harap usaha aku yang seciput dan kuat tidor ni, tak merasalah nk ambil BLS. Mudahan Tuhan tolong aku final exam ni.
Pagi rabu aku terus ke bilik Adam nyah, nak mintak tolong dia submitkan assignment. Then, aku terus ke Klang untuk naik bus ekspress di sana. Dalam bus ketika menghampiri sempadan Selangor-Perak, kulihat rumah kat tepi-tepi jalan banyak yang tenggelam. Cuak sungguh waktu itu. Apa nasib familyku? Bas berhenti di tepi jalan. Ramai sukarelawan berkampung di pintu masuk kampungku. Yang kuperasan ialah Unit Amal, PAS. Untuk sampai kerumah aku terpaksa meredah banjir setinggi lututku. Perjalanan begitu jauh kurasa. Sayu....
Sampai sahaja di rumah, gate berkunci. Rumah tenggelam paras lututku. Tiba-tiba kulihat seorang tua meredah banjir menuju kearahku. Oh, abah rupanya. Selepas bersalaman kami berdua meredah banjir menuju ke rumah jiranku. Lega hatiku melihat abah,mama dan adik-adik OK. Malam itu aku tidur di rumah jiranku.
Khamis(23.10.2008)
Banjir semakin surut. Kami pulang kerumah. Bermulalah proses mengemas. Teruk rumahku, penuh lumpur,bangkai lipas,lipan dan macam-macam serangga lagi. Di sinilah kudratku diperlukan. Alhamdulillah tidak banyak kerosakan yang kami alami kerana banyak barang sudah ditinggikan. Aku tidak menyesal pulang ke rumah malah aku lega kerana selaku anak sulung aku sudah melaksanakan tanggungjawabku untuk berbakti kepada ibu bapa.
Jumaat petang aku akan pulang ke UiTM...Final sudah dekat. Mama suruh study.
YA ALLAH, KAU KASIHANILAH KEDUA ORANG TUAKU SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHANIKU SEJAK DARI KECIL
DAN KAU IZIKANKAH AKU UNTUK BERJAYA DALAM FINAL EXAMKU
AMIN............
p/s Ir Nizar, ko tolong upgrade kan sistem perparitan kat kawasan kitorang. Sekarang ko sudah jadi MB n ko pulak ADUN kawasan kitorang, so apa salahnya ko tolong kan? Jangan tolong tengok je sudahlah...hehe
Keadaan selepas banjir surut
Longkang depan rumahku....hilang dek banjir
Ciam tengah berkemas
Keadaan dalam rumah selepas air surut
Lorong keranji...kawasan rumahku
Keadaan jalan di hadapan rumahku ketika banjir
Rumahku.....Kunci
Tak nampak jalan dah
ciam main air...
Friday, 24 October 2008
BANJIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 ◄ cOmment(s):
sejuk hati parents anda encik syafiq :)
haha...
yela tu
dulu kecik2 slalu sakitkan ati diorang
aah btol tu..
bruntung mk n ayh kamu..
sesungguhnya keluarga itu lebih pnting dari segala-galanya..huhu
teringat kat mak n ayh aku kat umah...huk3
to umie:
mudahan aku tak hampakan diorang exam ni...huhu. tapi nampak gayanya macam melingkup
jgn ckp mcm tu.. u can do it.. chaiyok2!! actually aku agak trharu coz ko brkorban 4 ur parent.. smoge sukses exam =)
ape kes banjir gak nih..
lain kali bt umah atas pokok..konpem xbanjir haha
to hawa d:
haha...name pn anak sulog hawa...
to yik aka faris:
ko belikanla aku umah atas pokok..hehe
Tahniah untuk usaha muliamu.
selamat untuk diri dan keluargamu.
red? haris ambar?
wut a nice son =)
salam singgah...
zaza:
bru sekarang nak baik...haha
teruk jugak banjir ni yer... ish3...
Post a Comment