Friday, 10 October 2008

::JILAT::

Apa itu jilat? Banyak definisinya. Aku tidak pasti samada membodek dan mengipas juga boleh dikategorikan sebagai jilat.

CONTOH ayat:
1.Penyokong fanatik Anwar sedang menjilat Anwar.
2.Orang-orang Najib sedang lahap menjilat Najib.
3.Budak-budak Pak Lah berhenti dari menjilat Pak Lah semenjak beliau mengumumkan pengundurannya daripada jawatan Perdana Menteri.

Budaya jilat-menjilat akan menjurus kepada kepalsuan dan kemunafikan. Lihat sahajalah Pak Lah. Akhirnya dia tersungkur kerana sering dijilat dan menyebabkan beliau tidak berpijak di bumi nyata serta mendapat maklumat yang tidak tepat tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Ada student kata tidak mengapa menjilat lecturer. Bukan apa, hanya untuk kesenangan diri juga. Senanglah sedikit untuk mendapat markah free. Nasiblah kepada orang yang tidak pandai menjilat lecturer kerana kuranglah sedikit markah free. Aku labelkan golongan ini bijak dalam bodoh, bangang, tolol dsb. Sampai bila hangpa nak menjilat? Sampai kuboq ka? Hangpa tak kesian ka kat membe-membe hangpa yang lain? Apala....penting diri sendiri hangpa ni.

Kau suka menjilat? Siapa yang kau jilat? Lebih baik kau berhenti menjilat. Kalau tidak aku pukul kau!

6 ◄ cOmment(s):

muhammad said...

ayat jilat yg pling best....
"capek sedang menjilat...."
opppsss,jgn pk yg bkn2...

Amirul Syafiq Mahadi said...

lembu ko patrik@muhammah!

Lem said...

ko kn suke jilat..

Amirul Syafiq Mahadi said...

aku plak yg kene...ish3

Anonymous said...

Jilat aiskrim pun x leh ke?

Amirul Syafiq Mahadi said...

to red:
kah3

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo