Thursday 19 February 2009

MUAK sesangat teman kat PERAK


Macam-macam sudah jadi di negeri aku, Perak. Dari A sampai Z semua sudah terkeluar. Rasuah seks, lompat parti, wakil rakyat kena beli, pengkhianatan, ulama' UMNO, MB gila kuasa, Keputusan biased Sultan yang juga ex Lord President, Sivakumar si speaker DUN, by-election di Bukit Gantang, MB baru dan exconya kena gantung keahlian DUN dan macam-macam lagi perkara-perkara ajaib yang bakal berlaku. Trust me!

Muak teman yop oi...Orang-orang politik ni memang nampak sangat gila kuasa, baik pembangkang ataupun kerajaan. Buat government, tahukah anda yang tindakan anda menubuhkan kerajaan baru bersandarkan kepada sokongan penerima rasuah adalah sesuatu yang amat-amat memalukan tatkala anda sendiri beria-ria melaungkan slogan anti-rasuah di sana sini?

Buat pembangkang, kalau sudah tidak dapat majoriti di DUN, apa lagi yang perlu ditunggu. Letak sahaja jawatan. Tak payah nak berebut. Ada banyak lagi PRU di masa akan datang. Jika anda di pihak yang benar, aku jamin yang anda akan perintah Perak next election. Trust me! Ini tak, berebut kuasa macam budak-budak berebut gula-gula. Malu teman yop. Gentlemanlah sikit. Kuasa bukan suatu kemuliaan tetapi tanggungjawab yang amat berat diberi oleh Allah. Jadi bersyukurlah anda dilepaskan dari bebanan ini.

Aku juga bingung dengan tindakan Sultan Azlan Shah. Keputusannya aku hormati tatkala kita tahu bahawa baginda adalah bekas ketua hakim. Maknanya baginda sememangnya arif dalam perkara-perkara berkaitan dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan bahawa baginda telah membuat keputusan yang salah kerana pasti ada kewajaran dalam keputusan baginda. Akan tetapi, mengapa tidak dibubarkan sahaja DUN? Senang cerita dan adil untuk kedua-dua belah pihak.

Bagi aku, situasi yang berlaku menyerlahkan lagi kekotoran politik dan ini membuatkan aku berfikir beribu-ribu kali untuk menyokong mana-mana pihak. Better duduk diam-diam dan menjadi pemerhati bebas.

KESATUAN BURUH MALAYA (KBM) DALAM PEMBINAAN...RAKYAT DIUTAMAKAN...KORUPSI DIGANYANG...MEMIMPIN KE ARAH KEBENARAN!

3 ◄ cOmment(s):

Lem said...

aku pun bkn takat muak...
dh termuntah dah pun...
senang2 ko je la jadi MB baru...
pas 2 lantik aku jadi timbalan ko...
gerenti maju gler perak...

Amirul Syafiq Mahadi said...

haha....bole jugak tpi ko la yg jdi MB

aku melayu..? said...

salam...

haha, sbr jela kte nie sbnarnye lupe, kte nk dh divert attention dgn isu sbnar. pandainye la Najib kan sampaikan rakyat lupe aper yg dier dh wat dgn minah mongol 2. haha bkn 2 jer rakyat pn hampir lupe yg malaysia nie dh hampir muflis. aku xpelik xlme lg anwar n najib pakat nk pinjam imf kalo imf xbg dieorg bleh mtk dgn ehud olmert.. haha

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo