Friday, 12 February 2010

Persahabatan


Ada kalanya persahabatan berada pada tahap tertinggi. Ada kalanya persahabatan hampir musnah. Hari ini kita boleh bergurau senda, bertepuk tampar akan tetapi hari esok mungkin kita akan jadi musuh paling tegar.

Ada kawan hanya ketika senang, kawan "gelak".Ada pula kawan yang hanya muncul ketika kita susah dan terus membantu. Setelah melihat kita senang kembali, dia pun terus mengundurkan diri. Dia bagaikan "hero". Ada pula kawan yang ada bersama kita di kala senang mahupun susah. Kawan begini sukar untuk dicari. Mungkin satu dalam sejuta.

Ada persahabatan atas dasar cinta. Sejelik manapun anda, dia tetap terima dengan hati terbuka. Jika anda resah, dia akan gelisah. Kalau boleh, dia hendak menjadi yang terbaik untuk anda. Hargailah dia sepenuhnya.

Banyak manusia menganggap persahabatan seperti ekonomi dan perniagaan. Kita bersahabat hanya untuk memenuhi kepentingan diri sendiri sahaja. Maknanya jika tiada kepentingan maka tiadalah persahabatan. Kita bersahabat hanya untuk meniru tutorial dia.Kita bersahabat hanya untuk mendapatkan nota-nota pembelajaran dari dia. Kita bersahabat hanya untuk menumpang motosikal atau kereta dia ke kelas. Kita bersahabat supaya kita mempunyai teman ketika makan. Kita bersahabat supaya kita ada rakan di kelas. Kita bersahabat supaya kita boleh meminta pertolongan dari dia ketika kita susah. Kita bersahabat kerana dia kacak. Kita bersahabat kerana dia kaya-raya.

Nah. Semuanya tentang kepentingan diri. Tiada langsung tentang persahabatan sejati. Maka benarlah bahawa persahabatan seperti satu perniagaan. Ada timbal-balas. Tidak hairanlah jika nanti semuanya akan menjadi kenangan yang pahit untuk diingati, teman.

5 ◄ cOmment(s):

wat derr said...

kna tmbh lg r..
ada sahabat pengikis..
ada sahabat suke jodohkn kwn dia dgn pak angkat.

Amirul Syafiq Mahadi said...

wat derrr a.k.a dila:
da pak angkat ko bekenan dgam ko...
so terima lah dia seadanya...
da jodoh kan.
lagipun die ok ape...
haha

wat derr said...

aku bukan dila la..salah orang.

wat derr said...

aku bukan dila la..salah orang.

wat derr said...

aku bukan dila la..salah orang.

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo