Friday 18 June 2010

bla bla bla


Lately ni dengar kawan-kawan sekeliling banyak sangat masalah. Semua macam sedih. Semua macam emo. Nak sembang pun jadi tak best.

Dia dengan masalah hantunya. Tak boleh tidur. Asik terbangun je. Kadang-kadang meluat juga. Tapi bila fikir dalam-dalam rasa kasihan sangat. Dia bukannya orang lain. Sapa lagi kalau bukan aku tempat dia nak mengadu. Aku tak boleh nak buat apa pun. Just boleh luahkan rasa simpati dan mendengar dari jauh. Doa jela yang mampu diutus. Semoga semuanya tak mengganggu exam dia.

Yang ni pulak emo sebab repeat. Katanya dia kena extend 1 sem lagi. Dia kata dia usaha giler-giler tapi semuanya tak ok juga. Dia sudah give up. Aku kata kat dia yang dia memang ada bakat. Bab-bab membelit spontan ni dia memang hebat. So rugilah kalau dia tak sambung. Cuma kena kuatkan semangat dan teruskan sampai tamat.

Lagi sorang ni pulak putus cinta. Tak tahu pasal apa. Siapa yang ego. Dia kata nak habiskan attachment cepat dan duduk diam-diam dalam bilik. Kadang-kadang aku nak tergelak pun ada. Umur muda lagi. Jauh lagi perjalanan. Bukan tak boleh nak sedih tapi pastikan sekejap. Janganlah lama-lama. Banyak lagi pilihan yang menunggu di kemudian hari. Jadi fokuslah pada pelajaran.

Ada juga yang baru kena dump. Alasan berpisah kerana result teruk. Rupa-rupanya bf sudah ada pengganti. Terus declare dengan orang baru. Boleh bayangkan perasaan dia bila tahu macam tu? Semoga berbahagialah korang. Hidup ni macam roda. So beringatlah kawan.

Ramai juga yang tengah perang besar sekarang. tak tahu pasal apa dan mengapa. Aku pun tak tahu nasib aku macam mana. Harap semuanya baik-baik belaka.

Sebenarnya aku pun tidak terlepas dari rasa "gundah gulana" ini. Tiba-tiba perasaan lalu menghantui diri. Aku sudah berjanji dengan diri sendiri untuk melupakan semua ini. Tapi apakan daya. Aku kena sedar diri. Aku ni budak kampung. Memang tak layak berkawan. Sudahlah, langit dengan bumi memang takkan bertemu.

Walau bagaimanapun banyak juga khabar gembira buat aku dan keluarga. Pertamanya, mestilah kerana pointer aku semester ni naik sedikit. Alhamdulillah, walaupun cgpa aku turun sedikit tetapi at least aku tidaklah menghampakan mama. Ditambah pula dengan seorang rakanku budak engineering yang kena dismiss sem ni, aku patut rasa bersyukur.

Kedua, adik aku yang no.3 dapat maktab, jadi ustaz. Kira tercapailah hajat dia hendak jadi guru. 28 hb ni mendaftar di IPG Kuala Lipis, Pahang, pulang ke negeri tumpah darah..haha. Kira OK lah family aku. Aku stdy undang-undang. No.2 study engineering di Jepun. No.3 jadi cikgu. Alhamdulillah.

Aku harap perasaan ini akan hilang menjelang sem hadapan.Sekian.

4 ◄ cOmment(s):

mieyra said...

dh jd lumrah..mcm2 ragam ader.
tp ok per..isi keboringan ko..
hahha=))

::> congrat utk ko n ur family..

Amirul Syafiq Mahadi said...

thnx mira :)

Atiqah.Shahruddin said...

hahaha..
thanx :)

Amirul Syafiq Mahadi said...

haha nyetttt

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo