Sunday 27 June 2010

Kuala Lipis


Mengapa aku berada di sini? Di lobi Lipis Valley Inn ni? Esok seorang lagi adikku akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dia ditawarkan untuk jadi ustaz, akan belajar ijazah pendidikan di IPG Tengku Ampaun Afzan, Kuala Lipis ini.Aku di sini menyebok sahaja...haha.

Sebagai abang sulung, sedikit sebanyak aku amat berbangga dengan pencapaian adik-adikku. Angah sekarang buat engineering di Jepun dan sekarang giliran alang, mendapat tawaran menjadi guru lebih tepat ustaz di IPG ini. Tahniah! Guru satu pekerjaan yang amat mulia. Tinggi martabatnya jika mengajar dengan ikhlas dan semestinya ganjaran juga menanti di hari perhitungan.

3 orang telah lepas ke IPTA atau IPG. Tinggal 3 lagi adik perempuan yang tidak tahu lagi nasibnya. harap mereka juga berjayalah juga hendaknya. Matlamat family kami, yang keempat ini akan dihantar untuk buat medik tidak kira walau apa cara sekalipun. Dan diharapkan Hanis boleh memberikan yang terbaik di dalam pelajarannya supaya mudah untuk semuanya diselesaikan. Makna kata ada wakil undang-undang, engineer, guru dan doctor dalam family yang serba kekurangan ini. Harap Tuhan menerima doa kami sekeluarga ini.

Perjuangan aku juga belum selesai. Adakah aku mampu untuk menggenggam 2 gulung ijazah menjelang tahun hadapan? hahaha. Harap Tuhan permudahkan tugasku. Aku yang sulung dan aku perlu mengecapinya buat tauladan kepada mereka :)

2 ◄ cOmment(s):

joha said...

welcome to Kuala Lipis. You need to get use to easy going life in the small time.

We use to know the people living in town by name, it is bigger now,

In 60's only two trips to Kuala Lumpur, one in the morning and one in the afternoon.

You are standing next to Batu 0, not many town has such a milestone, believed to be the center of peninsular Malaysia

http://kuala-lipis-pahang.blogspot.com/

miss kecik said...

weyh, bes ny!
cam lame lak xhapdet cite ni! haha

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo