Sambut merdeka semua orang nak. Tapi masalahnya orang Malaysia ni dari segi penghayatan apa itu merdeka. Merdeka itu maknanya bebas ke? Ntahla.
Tadi terserempak dengan budak-budak sekolah berkonvoi menggunakan basikal, tanpa memakai baju dan membawa jalur gemilang. Adakah ini yang dinamakan merdeka? Ingatkan budak-budak kampung je yang byat perangai macam tu tapi ini kes budak-budak sekolah Shah Alam! Malang betul malaysia.
Bagi diriku, kurasakan masih lagi terjajah dek banyak perkara sia-sia. Maksiat, dosa, neraka, semuanya antara aku dengan Rabbul Jalil.Kenapa aku tiada kekuatan untuk menghentikan semua ini? Kenapa aku masih diperhambakan oleh syaitan bedebah? Adakah semua ini silapku seorang? Bagaimana cara untuk aku hentikannya? adusssss.....
Tuhan, kumemohon dengan rasa rendah diri agar Kau tunjukkan aku jalan penyelesaiannya.
AMIN.................
Saturday, 30 August 2008
Aku yang belum merdeka:(
Tuesday, 26 August 2008
WACANA ARTIKEL 153: KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
Semalam sempat juga aku menghadiri seminar di atas. Butiran seminar adalah seperti berikut:
Disempurnakan oleh:
DYTM Tunku Syed Faizudin Putra Ibni Tunku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (Raja Muda Perlis)
Ahli Panel:
- YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Portfolio Agama, Jabatan Perdana Menteri)
- Y. Bhg Dato' Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah (Naib Canselor UiTM)
- Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor (Pengasas Parti KeADILan)
Ini pengalaman pertama aku mendengar mereka berforum secara live. Zahid Hamidi bukan personaliti asing bagi aku kerana beliau ex sekolah aku, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Begitu juga VC UiTM Ibrahim Abu Shah. Perkara yang paling menarik perhatian aku ialah kehadiran Ezam yang dahulu merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.
Seperti biasa, Zahid Hamidi bersuara lantang membela nasib orang Melayu secara keseluruhannya begitu juga agama Islam. Terpancar kesungguhannya berbicara dan sering juga dia menegaskan bahawa walaupun dia berbicara soal kaum Melayu tetapi dia bukan seorang yang rasist. Tetapi Tuhan sahaja yang tahu!
Begitu juga Ibrahim Abu Shah yang tegas mempertahankan UiTM adalah khusus untuk kaum Melayu sahaja untuk selama-lamanya. Dia juga mengatakan bahawa isu pembukaan kuota UiTM kepada non-malay telah dipolitikkan oleh sesetengah Melayu yang tidak bertanggungjawab dan katanya lagi orang Melayu ini adalah Melayu yang tak ada otak. Dia juga menegaskan bahawa tuduhan pembangkang yang menuduhnya berpolitik adalah tidak benar sama sekali. Ujarnya, "Im not a politician!". Tetapi Tuhan sahaja yang tahu!
Aku cukup kagum apabila ezam berhujah. Tetapi dia masih lagi tidak boleh mengatasi kehebatan Anwar Ibrahim berhujah. Terdapat beberapa perkataannya yang kurang jelas didengar. Walau bagaimanapun penerangannya tentang prinsip "jizyah" cukup menarik perhatianku.
"Jizyah" katanya bermaksud perlindungan. Katanya asas kepimpinan sebuah negara Islam mestilah diketuai oleh sekumpulan orang Islam dan tidak boleh dicampur langsung dengan non-muslim. Alasannya, semasa kewujudan kerajaan Islam Madinah, majlis yang mentadbir negara tersebut diketuai oleh nabi sendiri dan para sahabat menjadi ahli majlis tersebut. Tidak ada seorang pun non-muslim dalam majlis tersebut walaupun Madinah juga dihuni oleh kaum Yahudi. Tetapi majlis tersebut boleh menjalin hubungan dengan entiti Yahudi yang menghuni Madinah. Pokoknya, dalam negara umat Islam, orang Islam mestilah mempunyai kuasa pemutus dalam urusan-urusan negara dan dari aspek lain wajib melindungi non-muslim. Ujarnya, konsep ini telah digunapakai oleh BN di mana UMNO yang Islam menguasai kerajaan tetapi pada masa yang sama UMNO juga berinteraksi dengan entiti-entiti non-muslim dari parti-parti komponen BN yang lain. Kesimpulannya, kepimpinan muslim dan non-muslim tidak boleh disatukan seperti yang dilakukan dalam BN dan sudah semestinya PKR menyongsang dari prinsip ini dimana barisan kepimpinannya bercampur antara muslim dan non-muslim.
Aku tidak menyebelah kepada mana-mana pihak. Semoga kita dapat melihat jalan yang benar.
Kepada Arif hah dan DSAI, semoga yang ikhlas untuk membantu rakyat menang di Permatang Pauh! --adios~~
Friday, 22 August 2008
PENGUMUMAN!!!
Roomate aku baru buat blog. Nama dia faiz arraudah budak law. Jemput ke blog dia! Klik di sini. Selamat beramal:)
Sunday, 17 August 2008
Selamat bercuti rakan seperjuangan!
Agak lama aku tidak posting sesuatu kat blog aku ni. Jangan salahkan aku pulak, salahkanlah UiTM Shah Alam sebab tak sediakan internet free dekat Kolej Jati ni. Agak kurang bersyukur aku ni kan. Untuk pengetahuan pada minggu lepas secara rasminya aku telah menjadi ahli sukarelawan polis UiTM selepas mengangkat sumpah "keramat"! Seronok sangat tapi ramai member yang kate kenapalah aku ni rajin sangat nak mengabdikan diri dengan aktiviti koko ni selama 3 tahun? Salahkah aku? atau bodohkah aku? Jawablah sendiri!
DEMO Pelajar UiTM Shah Alam
Malaysia dikejutkan dengan demo budak-budak UiTM yang selama ini dikatakan mahasiswanya lesu-lesu belaka. Pelbagai reaksi dari orang awam. Nasionalis melayu menyokong kuat tindakan mereka tetapi lain pula ceritanya di pihak opposition. Tak ape, aku tak kisah. Kebebasan bersuara la katekan! Tapi hatiku agak terkilan dengan komen-komen yang dilemparkan oleh "mereka". Mengutuk, mencaci, menghina pelajar UiTM secara keseluruhannya! Klik di sini, sini dan sini.
Bace komen-komen pembaca yang di bawah tu. Student UiTM bodoh, student UiTM bengap, student UiTM lembu UMNO, student UiTM balaci NC. Pendek kate semua ade. UiTM penuh gejala sosial? Hey bro, semua universiti dekat malaysia ni adelah benda-benda macam tu. Sedangkan budak UIA pun ade yang pakai tudung labuh semata-mata nak cover perut yang membuncit dek anak haram inikan pulak kami yang kenal agama melalui sebjek CTU je. Nanti bile korang berkuasa 16 Sept. ni, korang jadikanlah pendidikan quran sunnah dan syariah islamiah sebagai subjek wajib budak-budak UiTM taw. Buat jangan tak buat! Kami tahulah yang kami ni tak mampu nak register kat kolej swasta sebab itu UiTM pilihan kami.Tak mampu bro! Kami orang kampung je!Jahat sangatkah budak Uitm ni? Diorang ni perosak bangsa ke? Tapi lantak koranglah nak cakap ape pasal UiTM ni. Kebebasasan bersuara kan. Tapi ingat, jangan sesekali anak cucu korang terima tawaran masuk UiTM ni. Kan korang kate UiTM ni low class, budak-budak bodoh yang tak dapat masuk UM atau UKM je yang study kat sini. Piiiiraaaaaah! "UiTM di hatiku"
Ada orang cakap bila aku tulis macam ni aku dikatan balaci AMNO, kaki ampu AMNO, aku rasist. Betol ke? Jawapannya SALAH sama sekali. Aku bersuara kerana aku bukan Melayu BANGSAT! Kita kena ingat sebab melayu bangsatlah Melaka jatuh ke tangan Portugis tahun 1511. Jadi, kepada melayu-melayu bangsat yang banyak di luar sana, AWAS! Kalau kita nak agama rasmi malaysia ni kekal agama Islam seperi termaktub dalam perlembagaan kite kena pertahankan Melayu dulu. Kalau melayu hilang kuasa jangan harap nak daulatkan Islam di bumi Malaysia ni. Itu pendapat aku. Kalau kaum lain boleh tuntut macam-macam, apa salahnya aku pertahankan hak bangsa aku?? Kalau korang tak puas hati itu korang punye pasal. Kebebasan bersuara!
Kepada budak-budak UiTM, syukuri nikmat yang kita ada sekarang. Study, jangan asik nak membuta je. Hargai apa yang kita miliki. Buktikan yang kita ni bukan hanya menumpang tuah dan sememangnya kite layak berada di sini. Aku nasihatkan semua benda ni keatas diriku dulu. Nak ikot boleh, kalo tak nak lantak koranglah. Selamat bercuti rakan-rakan seperjuangan!