Tuesday 26 August 2008

WACANA ARTIKEL 153: KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

Semalam sempat juga aku menghadiri seminar di atas. Butiran seminar adalah seperti berikut:

Disempurnakan oleh:
DYTM Tunku Syed Faizudin Putra Ibni Tunku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (Raja Muda Perlis)

Ahli Panel:
- YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Portfolio Agama, Jabatan Perdana Menteri)
- Y. Bhg Dato' Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah (Naib Canselor UiTM)
- Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor (Pengasas Parti KeADILan)

Ini pengalaman pertama aku mendengar mereka berforum secara live. Zahid Hamidi bukan personaliti asing bagi aku kerana beliau ex sekolah aku, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Begitu juga VC UiTM Ibrahim Abu Shah. Perkara yang paling menarik perhatian aku ialah kehadiran Ezam yang dahulu merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.

Seperti biasa, Zahid Hamidi bersuara lantang membela nasib orang Melayu secara keseluruhannya begitu juga agama Islam. Terpancar kesungguhannya berbicara dan sering juga dia menegaskan bahawa walaupun dia berbicara soal kaum Melayu tetapi dia bukan seorang yang rasist. Tetapi Tuhan sahaja yang tahu!

Begitu juga Ibrahim Abu Shah yang tegas mempertahankan UiTM adalah khusus untuk kaum Melayu sahaja untuk selama-lamanya. Dia juga mengatakan bahawa isu pembukaan kuota UiTM kepada non-malay telah dipolitikkan oleh sesetengah Melayu yang tidak bertanggungjawab dan katanya lagi orang Melayu ini adalah Melayu yang tak ada otak. Dia juga menegaskan bahawa tuduhan pembangkang yang menuduhnya berpolitik adalah tidak benar sama sekali. Ujarnya, "Im not a politician!". Tetapi Tuhan sahaja yang tahu!

Aku cukup kagum apabila ezam berhujah. Tetapi dia masih lagi tidak boleh mengatasi kehebatan Anwar Ibrahim berhujah. Terdapat beberapa perkataannya yang kurang jelas didengar. Walau bagaimanapun penerangannya tentang prinsip "jizyah" cukup menarik perhatianku.

"Jizyah" katanya bermaksud perlindungan. Katanya asas kepimpinan sebuah negara Islam mestilah diketuai oleh sekumpulan orang Islam dan tidak boleh dicampur langsung dengan non-muslim. Alasannya, semasa kewujudan kerajaan Islam Madinah, majlis yang mentadbir negara tersebut diketuai oleh nabi sendiri dan para sahabat menjadi ahli majlis tersebut. Tidak ada seorang pun non-muslim dalam majlis tersebut walaupun Madinah juga dihuni oleh kaum Yahudi. Tetapi majlis tersebut boleh menjalin hubungan dengan entiti Yahudi yang menghuni Madinah. Pokoknya, dalam negara umat Islam, orang Islam mestilah mempunyai kuasa pemutus dalam urusan-urusan negara dan dari aspek lain wajib melindungi non-muslim. Ujarnya, konsep ini telah digunapakai oleh BN di mana UMNO yang Islam menguasai kerajaan tetapi pada masa yang sama UMNO juga berinteraksi dengan entiti-entiti non-muslim dari parti-parti komponen BN yang lain. Kesimpulannya, kepimpinan muslim dan non-muslim tidak boleh disatukan seperti yang dilakukan dalam BN dan sudah semestinya PKR menyongsang dari prinsip ini dimana barisan kepimpinannya bercampur antara muslim dan non-muslim.

Aku tidak menyebelah kepada mana-mana pihak. Semoga kita dapat melihat jalan yang benar.

Kepada Arif hah dan DSAI, semoga yang ikhlas untuk membantu rakyat menang di Permatang Pauh! --adios~~

2 ◄ cOmment(s):

aku melayu..? said...

salam..
bill, aku ad gak g prog 2..
mmg la seem bias cz aku rase bnda 2 bkn la utk academic tp lbh kpd politik view..
its not fair la kan cz student xbleh nk berpolitik tp VC(a.k.a elvis) bleh plak..
mane g nye auku n akta 174..
lesap dek yg buat 2 adalah org kerajaan..
aku pn xlah sebelah maner2 pihak tp mmg unjust to do that..
bill, aku suggest pasni ko wat la lg byk blog sal politik k..
salam perpaduan..
COPYRIGHT: AKUMELAYU..?
http://alongsamad.blogspot.com/

Amirul Syafiq Mahadi said...

mana keadilan?
mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik!
kita tubuhkan parti mahasiswa!

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo