Sunday, 17 August 2008

Selamat bercuti rakan seperjuangan!

Agak lama aku tidak posting sesuatu kat blog aku ni. Jangan salahkan aku pulak, salahkanlah UiTM Shah Alam sebab tak sediakan internet free dekat Kolej Jati ni. Agak kurang bersyukur aku ni kan. Untuk pengetahuan pada minggu lepas secara rasminya aku telah menjadi ahli sukarelawan polis UiTM selepas mengangkat sumpah "keramat"! Seronok sangat tapi ramai member yang kate kenapalah aku ni rajin sangat nak mengabdikan diri dengan aktiviti koko ni selama 3 tahun? Salahkah aku? atau bodohkah aku? Jawablah sendiri!

DEMO Pelajar UiTM Shah Alam

Malaysia dikejutkan dengan demo budak-budak UiTM yang selama ini dikatakan mahasiswanya lesu-lesu belaka. Pelbagai reaksi dari orang awam. Nasionalis melayu menyokong kuat tindakan mereka tetapi lain pula ceritanya di pihak opposition. Tak ape, aku tak kisah. Kebebasan bersuara la katekan! Tapi hatiku agak terkilan dengan komen-komen yang dilemparkan oleh "mereka". Mengutuk, mencaci, menghina pelajar UiTM secara keseluruhannya! Klik di sini, sini dan sini.
Bace komen-komen pembaca yang di bawah tu. Student UiTM bodoh, student UiTM bengap, student UiTM lembu UMNO, student UiTM balaci NC. Pendek kate semua ade. UiTM penuh gejala sosial? Hey bro, semua universiti dekat malaysia ni adelah benda-benda macam tu. Sedangkan budak UIA pun ade yang pakai tudung labuh semata-mata nak cover perut yang membuncit dek anak haram inikan pulak kami yang kenal agama melalui sebjek CTU je. Nanti bile korang berkuasa 16 Sept. ni, korang jadikanlah pendidikan quran sunnah dan syariah islamiah sebagai subjek wajib budak-budak UiTM taw. Buat jangan tak buat! Kami tahulah yang kami ni tak mampu nak register kat kolej swasta sebab itu UiTM pilihan kami.Tak mampu bro! Kami orang kampung je!Jahat sangatkah budak Uitm ni? Diorang ni perosak bangsa ke? Tapi lantak koranglah nak cakap ape pasal UiTM ni. Kebebasasan bersuara kan. Tapi ingat, jangan sesekali anak cucu korang terima tawaran masuk UiTM ni. Kan korang kate UiTM ni low class, budak-budak bodoh yang tak dapat masuk UM atau UKM je yang study kat sini. Piiiiraaaaaah! "UiTM di hatiku"

Ada orang cakap bila aku tulis macam ni aku dikatan balaci AMNO, kaki ampu AMNO, aku rasist. Betol ke? Jawapannya SALAH sama sekali. Aku bersuara kerana aku bukan Melayu BANGSAT! Kita kena ingat sebab melayu bangsatlah Melaka jatuh ke tangan Portugis tahun 1511. Jadi, kepada melayu-melayu bangsat yang banyak di luar sana, AWAS! Kalau kita nak agama rasmi malaysia ni kekal agama Islam seperi termaktub dalam perlembagaan kite kena pertahankan Melayu dulu. Kalau melayu hilang kuasa jangan harap nak daulatkan Islam di bumi Malaysia ni. Itu pendapat aku. Kalau kaum lain boleh tuntut macam-macam, apa salahnya aku pertahankan hak bangsa aku?? Kalau korang tak puas hati itu korang punye pasal. Kebebasan bersuara!

Kepada budak-budak UiTM, syukuri nikmat yang kita ada sekarang. Study, jangan asik nak membuta je. Hargai apa yang kita miliki. Buktikan yang kita ni bukan hanya menumpang tuah dan sememangnya kite layak berada di sini. Aku nasihatkan semua benda ni keatas diriku dulu. Nak ikot boleh, kalo tak nak lantak koranglah. Selamat bercuti rakan-rakan seperjuangan!

0 ◄ cOmment(s):

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo