Apa itu kasih sayang?
Bagaimana caranya kita ingin menunjukkan kasih sayang?
Ibu yang memarahi anak atas sesuatu kesalahan-adakah ini kasih sayang?
ataupun ibu yang sentiasa memenangkan anaknya walaupun anaknya terbukti bersalah-adakah ini kasih sayang?
Anda sayangkan buah hati anda. Adakah hanya dengan keluar bersamanya dan bermanja mesra sahaja baru anda dapat menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya?
Ataupun dengan mengusap dan membelai rambutnya sahaja baru anda boleh menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya?
Jika anda bersetuju dengan 2 pernyataan di atas maka anda sememangnya SILAP! Saya tegaskan, anda SILAP!
Anda hanya bermain dengan nafsu serakah anda sendiri dan anda sebenarnya tidak menyanyangi si dia dengan sepenuh hati.
HORMATI HAK WANITA ISLAM
Si dia masih lagi berada di bawah tanggungjawab bapanya. Tetapi adakah anda keluar dengannya atas pengetahuan bapanya? -TIDAK-
Adakah anda tahu bahawa perlakuan anda keluar berduaan dengannya walaupun di tempat awam adalah mendekati zina? -TIDAK-
Adakah anda tahu bahawa perlakuan anda duduk berduaan bersama dia di atas bangku di tempat awam akan menimbulkan fitnah? -TIDAK-
Adakah anda tahu bahawa sebenarnya maruah si dia sebagai seorang wanita Islam sebenarnya sudah ternoda apabila anda berjalan berduaan dengannya? -TIDAK-
Jika anda seorang abang kepada seorang dara yang sedang meningkat dewasa, adakah anda akan membenarkan adik anda itu keluar dengan jantan lain, duduk di kerusi yang sama, berjalan berduaan, berjoging bersama tanpa kehadiran orang ketiga?
Anda hipokrit jika anda tidak membenarkan adik anda berbuat demikian tetapi pada masa yang sama anda bersedapan dengan perempuan lain. Alangkah teruknya anda!
AKU PERLU BERUBAH KERANA AKU ADA 3 ADIK PEREMPUAN YANG MENINGKAT DEWASA. TAK AKAN AKU BIARKAN MEREKA KELUAR DENGAN JANTAN BERDUAAN SEHINGGALAH MEREKA BEKERJA.
AKU JUGA PERLU BERUBAH KERANA AKU SAYANGKAN KAU! TRUST ME
p/s bila kita nak berubah ke suatu arah, tiba-tiba orang di sekeliling kita berubah pulak ke suatu arah yang bertentangan. DUGAAN:)
Sunday, 14 September 2008
Kasih Sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 ◄ cOmment(s):
'A prayer can go where i can't go..through prayers, i can b wit those i lve w/out being there..i myb far but my prayers are alwez wit ue..may Allah bless ue'..amin..
~i'll trust ue..dun worie..b epie..
thnx 4 everything..:)
THNX.....love u:)
lve ue 2...
waa...switnye..huhu..
moga berkekalan hingga ke akhir hayat hendakNya..
Post a Comment