Monday, 14 June 2010

Nga Hock Cheh

Nga Hock Cheh (kanan, yang diaju mikrofon)

Hari ini kami berempat, aku, atikah, ika dan ranjini, students yang ber'attachment' di Mahkamah Magistret Manjung telah disapa oleh seorang cina tua. Dia menjadi peguam pemerhati kepada satu kes inkues, mangsa mati dalam tahan polis di Pantai Remis. Dengan selamba dia menyapa kami dan kami semua terpinga-pinga. Siapakah dia?

Melalui bisnes kad yang diberi, namanya Nga Hock Cheh, semi-retired lawyer yang mempunyai firm di Sitiawan dan di beberapa tempat lain. Tambahnya lagi, Datuk Ngeh Koo Ham (Ahli parlimen Bruas) dan Nga kor Ming ( Parlimen Taiping) merupakan parter di firma guamannya. Aku mula kagum apabila dia berkata yang dia merupakan salah seorang peguam yang mewakili Datuk Seri Nizar dalam krisis perlembagaan di Perak.

Katanya bahawa dia juga orang kampung seperti kami pada mulanya dan sekarang telah menjadi seorang senior lawyer. Dia juga berbangga kerana ada orang tempatan (Sitiawan) yang study law. "Welcome to legal freternity", katanya. Dia juga menasihati kami agar menjadi peguam yang baik, bukan yang menyalah gunakan kuasa (macamlah aku nak jadi lawyer...haha). Dia juga berkata bahawa seorang lawyer yang baik mestilah master dalam prosedur undang-undang. Biar kalah kes kerana kekaburan fakta tapi bukan kerana kedaifan ilmu tentang prosedur. Itu lawyer bodoh namanya!

Semasa sesi perbicaraan, karismanya terserlah. Dengan berbahasa Inggeris dia pertelagah dengan magistrate (yang baik-baik garang tu..haha). Aku terkagum bukan apa, mungkin kerana kebanyakan lawyer yang aku saksikan di court tu semua macam hampeh. Cakap pun tak jelas! Kalau macam tu aku pun senang-senang boleh jadi lawyer.

Dia pulang menaiki merc mata belalang hijau metallic. Sebelum beransur dia kata kalau hendak practise datang firm dia...haha. Mungkin bergurau. Siapalah kami ini.

Pulang ke rumah dengan rasa sedikit sangsi aku meng'google' siapakah dia? Fuh, rupanya orang tua ini orang kuat DAP Perak. Pernah bertanding untuk parlimen Bruas menentang otai GERAKAN, Datuk Seri Lim Keng Yaik. Padanlah gaya percakapan amat meyakinkan dan menarik hati. Ilmu politik penuh di dada barangkali. Memang benar dia mewakili DS Nizar. Semasa perbicaraan DS Nizar, dia ada membaca serangkap pantun:

Harapkan pagar, pagar makan padi,
harapkan Adun, ada Adun lompat parti,
memang tidak berprinsip dan berintegriti,
cara BN rampas kuasa cabul demokrasi.

Boleh tahan rupanya orang tua ini. Selaku pemerhati politik, aku agak teruja, mengkaji realiti DAP di Perak. Adakah mereka benar-benar rasis ataupun semua ini retorik melayu semata-mata. 17 haribulan dia akan datang kembali untuk sambung kes. Kita lihat apa hasil pemerhatianku.

2 ◄ cOmment(s):

bitch said...

wah,,agak tak bole blah jgk majistret manjung..huhu..kagum2..

Amirul Syafiq Mahadi said...

bitch2

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo