Lagu tribute to gaza...
Sedap...
Korang dengarlah...
Download klik sini
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight
Saturday, 29 August 2009
We Will Not Go Down (Song For Gaza) by Michael Heart
Friday, 28 August 2009
Pulang~
Balik rumah dengan azam untuk study sedikit,
buku juga ada,
tapi setakat ini still tak ada apa-apa,
best rumah,
home sweet home...
Khamis lalu terlepas dari azab john chua,
kerana aku duduk depan sekali,
so, tak kena tanya,
teruk budak-budak ni kena...
Minggu depan memang azab,
selasa kemungkinan presentation criminal,
tapi setakat ini habuk pun tak buat...
Rabu submit eseiment law n economic,
pasal "problem of social cost",
korang tahu tak apa kejadahnya benda ni?
rabu juga ada presentation bel,
slide haram tak ada...
Khamis test admin dan Equity,
gaya macam nak fail je equity ni,
sudah rungsing sangat,
rasa macam jawab math..haha
Selamat hari merdeka kawan-kawan!
Tuesday, 25 August 2009
Ayam Goreng Crispy
a.k.a Ayam goreng al-amin
a.k.a.McDogol
a.k.a. Dintucky Fried Chicken
Aku dan beberapa rakanku bukak biznez juah ayam goreng ala-ala KFC di bazar perindu.
Rasanya memang persis KFC. Justeru, barangsiapa yang mengidam KFC silalah ke bazar perindu.
Harga RM2.00 seketul tidak kira drumstick, kepak atau dada. Semua besar-besar belaka.
Bukan senang hendak melihat budak law berniaga becoz budak law bodoh math!
mari!mari!mari!
Thursday, 20 August 2009
SKIM PERKAHWINAN MAHASISWA
PENDAHULUAN:
Gejala sosial dikalangan mahasiswa menyumbang kepada kejatuhan umat Islam. Perkara ini telah menjadi barah yang sukar dipulihkan dalam masa terdekat. Dalam pada itu, perkahwinan adalah suatu fitrah bagi manusia dan menjadi alat bagi mengawal hawa nafsu. Justeru satu mekanisma pembetulan diperlukan untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada khususnya di UiTM, bumi tercinta. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan SKIM PERKAHWINAN MAHASISWA (SPM). Berikut adalah butiran SPM:
OBJEKTIF:
1. Memudahkan urusan perkahwinan untuk mahasiswa.
2. Menghalalkan yang haram dan mengurangkan fitnah di kalangan mahasiswa.
3. Memberi ruang kepada mahasiswa untuk menunjukkan kasih sayang di jalan yang dibenarkan syarak.
4. Membantu mahasiswa dalam melayari bahtera perkahwinan.
KEMUDAHAN YANG DIPEROLEHI:
1. Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM1000 untuk setiap pasangan kelamin.
2. Kemudahan kolej diberi untuk setiap pasangan.
3. Kursus perkahwinan percuma.
4. Diberi kad khas sebagai bukti sudah berkahwin.
5. Kursus bulanan mengenai alam perkahwinan dari perspektif Islam.
6. Khidmat kaunseling untuk pasangan bermasalah.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Mendapat kebenaran dari ibu bapa kedua-dua belah pihak.
2. TIdak dibenarkan MENGANDUNG dalam tempoh pengajian.
3. Benar-benar ikhlas untuk berumah tangga.
4. Faham akan tanggungjawab selepas berumah tangga.
MANFAAT:
1. Mengurangkan gejala sosial. (buang bayi dsb.)
2. Mengelakkan fitnah.
3. Memberi ketenangan kepada pasangan kelamin. (mudah untuk belajar)
4. Memberi motivasi kepada pasangan dalam pelajaran.
5. Mudah untuk berbincang dalam pelajaran.
6. Mematangkan pemikiran mahasiswa.
PENUTUP:
Pelan ini dijangka mampu mengurangkan gejala sosial di kalangan mahasiswa. Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat. Mudahan niat yang ikhlas dapat mengatasi kejahatan.
(Ini hanyalah satu pelan yang dicadangkan oleh penulis dan mungkin sama dengan apa yang telah dilaksanakan di UiAM)
Monday, 17 August 2009
MENJUSTIFIKASIKAN PENUTUPAN UiTM
(Amaran: Ini adalah pendapat peribadi penulis)
1. Seorang mahasiswa UiTM Segamat maut akibat selsema babi.
2. Pusat kesihatan kampus induk "tepu". Ratusan mahasiswa hadir untuk menerima rawatan setiap hari. Keadaan ini berterusan sehingga artikel ini ditulis.
3. Ramai mahasiswa kampus induk mempunyai simptom-simptom jangkitan selsema babi seperti batuk, selsema dan sakit kepala.
4. 16/8/09, jam 11:20 malam, tiada kakitangan yang "stand by" di PK menyebabkan dua mahasiswa yang mempunyai simptom (rakan penulis) terpaksa dihantar ke Pusat Perubatan Universti Malaya (PPUM). Adakah ini hanya kes terpencil?
5. Walaupun ramai mahasiswa yang mempunyai simptom wabak tetapi pemakaian "mask" masih lagi tidak diwajibkan.
6. Mengapa pihak pentadbiran tidak menyediakan maklumat berkaitan angka sebenar tentang mahasiswa yang positif H1N1? Hebahan mengenai maklumat ini amat penting bagi memastikan kesedaran mahasiswa mengenai wabak ini berada pada tahap tertinggi. Khabar angin juga boleh dielakkan jika terdapat hebahan rasmi mengenai H1N1.
7. Perlukah kes kematian terbaru di kalangan mahasiswa untuk menjustifikasikan penutupan UiTM? Adakah konsep "sudah terbatuk baru terngadah" akan diamalkan oleh pihak pentadbiran?
8. Mana pergi MPP yang telah dipilih oleh mahasiswa? Mana roadshow H1N1 yang sepatutnya mereka buat?
9. Cadangan penulis agar mahasiswa yang bebas daripada simptom-simptom H1N1 dibenarkan bercuti. Dalam pada itu, mahasiswa yang disahkan positif atau mempunyai simptom dikuarantin di kolej.
10. Hal di atas adalah untuk memastikan agar mahasiswa yang bebas H1N1 tidak dijangkiti wabak tersebut dan pada masa yang sama mahasiswa yang telah dijangkiti tidak akan menyebabkan wabak itu tersebar kepada keluarga jika dibenarkan pulang ke rumah.
11. Selain itu, petugas tambahan dalam bidang perubatan diperlukan untuk menangani wabak ini di UiTM. Hal ini kerana rata-rata mahasiswa yang hadir terpaksa menungggu sehingga dua jam hanya untuk mendapatkan rawatan di PK, kampus utama.
12. Kepada pihak pentadbiran, bertindaklah pantas. Jangan biarkan nyawa yang tidak bersalah melayang lagi. Langkah mewajibkan pensyarah memeriksa mahasiswa yang mempunyai simptom H1N1 sebelum menghadiri kelas ada baiknya tetapi masih belum mencukupi untuk mengatasi wabak pandemik ini.
13. Dari sudut lain, adakah pihak pentadbiran boleh disaman oleh ibu bapa jika anak mereka menghidap atau mati akibat selsema babi? Adakah pihak pentadbiran cuai dalam mengatasi masalah ini dan tidak bertindak sewajarnya. Adakah mereka telah memenuhi kriteria "duty of care as a reasonable person"? Anda jawab sendiri.
Saturday, 15 August 2009
3 bulan cuti?
Setelah dinafikan oleh lecture bahawa UiTM akan cuti satu semester, kini timbul pula khabar angin baru.
UiTM akan ditutup selama 3 bulan! Percayakah anda?
Adakah ini satu lagi fantasi yang tidak akan menjadi realiti?
Dan benarkah bahawa terdapat kes kematian H1N1 di UiTM Shah Alam tetapi ianya disembunyikan daripada pengetahuan awam untuk mengelakkan keadaan panik?
Jika benar, apakah nasib pelajar-pelajar lain?
Bersamalah kita berdoa agar Tuhan melindungi kita daripada bala ini...
Dan saya ulang sekali-lagi, apa yang saya bangkitkan di atas hanyalah khabar angin semata-mata.
Terserahlah anda untuk menilai
Saya melaporkan dari UiTM Malaysia, Shah Alam
Friday, 14 August 2009
Tuesday, 11 August 2009
Kartel dadah la familia
Gambar ini telah ditangkap semasa mereka sedang membahagikan kawasan operasi di malaysia.
Mereka terdiri daripada ketua-ketua samseng terganas malaysia.
Dari kiri: Faris @ abang lang, Syafiq @ tuan muda, adam @ adik su, Fendi @ abang ngah, Faiz @ abang long
Keputusan sebulat suara telah dicapai.Pembahagian kawasan seperti berikut.
Wilayah Siam: Faris @ abang lang
Wilayah Kelantan: Faiz @ abang long
Wilayah Borneo: Adam @ adik su
Wilayah Persekutuan dan Kampung Jawa: Fendi @ abang ngah
Wilayah Republik Rakyat Manjung: Syafiq @ tuan muda
Semua pengikut-pengikut dikehendaki patuh dan dilarang bergaduh sesama sendiri. Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan mengenai pembahagian kawasan dikenakan caj RM0.50.
kah..kah...kah
Monday, 10 August 2009
Thursday, 6 August 2009
kah3
John chua tak seagresif kelas first...
aku dok tegelak je tadi..haha
baru nampak apa itu trust kalau ade model kat depan..haha
tapi ayak! kne angkat laptop dia p DS pulak...
Faiz n hawa kena tanya soalan..haha
cuak diorang!
mujur soalan yang tak susah...
tahniah untuk korang...
giliran aku belum lagi..hehe
pagi tadi skip kelas admin...
jangan salahkan aku!
aku mangsa kerenah birokrasi..huhu
kelas arab semalam 7 orang je datang utk kelas B...
aku nak buat announcement kat sini...
wahai wanita2 yang mengambil bahasa arab part 3...
tahukah korang bahawa ustaz kelas b hensem dan muda???
maka rugilah korang tak join kelas b...kah3
esok hari jumaat...kelas tak da...
so kita zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Wednesday, 5 August 2009
Debaran kian terasa
Esok kelas yang dinanti-nanti oleh kelas C.
Cuba teka kelas apa?..haha
Korang taw ape tajuk BEL aku?
Setelah pening (sebenarnya malas) pikir,
aku telah memilih tajuk:
Dato' Maharajalela: hero or traitor? (Betol ke grammar aku ni)...huhu
ntah ape-ape kan...Punyalah banyak tajuk lain lagi.
Tadi belajar eco...
cikgu aku kate rugilah sape2 yang dapat govt. scholarship...
sebab ape?
sebab kena kerja dengan kerajaan dengan gaji yang tak seberapa macam dia,
kawan dia dulu dapat general degree je(bukan 1st clas or 2nd clas) tapi sekarang gaji da RM40,000...
kerja dengan CIMB rasenya...
umor sama dengan cikgu aku tu...
apa pendapat korang???
Juga diucapkan selamat hari lahir kepada
dila mazlan, semoga berjaya dunia akhirat.
Cnoor jangan nak jelez...kaka
hari ini kelas arab sampai pukul 8...
Doakan aku supaya tidak banyak menguap ek...
Tuesday, 4 August 2009
Ada hantu mengintai
Ada hantu tak tahu malu selalu mengintai...
dari kolej delima...kah3
Gelenya orang kate..haha
whose that pokemon???
Monday, 3 August 2009
He and she
Satu lagi sempadan telah aku rempuh...
tanpa mengira akibat yang mendatang...
Mengapalah takdirku begini?
Aku cuba menyembunyikannya...
aku berjaya...
tapi jauh di dalam hati keresahan yang tak terhingga...
sakit...
gusar...
Aku sedar...
dari dua pengalaman...
kesimpulannya aku yang bersalah...
aku!
Hinanya aku...
Hipokritnya aku...
terus terang aku katakan...
i love the sin but not the sinners!
full stop!
Kepada kamu...
yang dahulu dan terkemudian...
dari hujung rambut sampai hujung kaki...
aku mohon kemaafan...
Ya Allah...
mengapa kau campakkan ujian ini?
ketika aku cuba melupakan dosa lampau...
dan aku hampir berjaya...
kau campakkan aku ke lembah hina ini pula...
Aku lemah ya Allah...
aku malu...
tolonglah daku...