Thursday 20 August 2009

SKIM PERKAHWINAN MAHASISWA

PENDAHULUAN:
Gejala sosial dikalangan mahasiswa menyumbang kepada kejatuhan umat Islam. Perkara ini telah menjadi barah yang sukar dipulihkan dalam masa terdekat. Dalam pada itu, perkahwinan adalah suatu fitrah bagi manusia dan menjadi alat bagi mengawal hawa nafsu. Justeru satu mekanisma pembetulan diperlukan untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada khususnya di UiTM, bumi tercinta. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan SKIM PERKAHWINAN MAHASISWA (SPM). Berikut adalah butiran SPM:

OBJEKTIF:
1. Memudahkan urusan perkahwinan untuk mahasiswa.
2. Menghalalkan yang haram dan mengurangkan fitnah di kalangan mahasiswa.
3. Memberi ruang kepada mahasiswa untuk menunjukkan kasih sayang di jalan yang dibenarkan syarak.
4. Membantu mahasiswa dalam melayari bahtera perkahwinan.

KEMUDAHAN YANG DIPEROLEHI:
1. Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM1000 untuk setiap pasangan kelamin.
2. Kemudahan kolej diberi untuk setiap pasangan.
3. Kursus perkahwinan percuma.
4. Diberi kad khas sebagai bukti sudah berkahwin.
5. Kursus bulanan mengenai alam perkahwinan dari perspektif Islam.
6. Khidmat kaunseling untuk pasangan bermasalah.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Mendapat kebenaran dari ibu bapa kedua-dua belah pihak.
2. TIdak dibenarkan MENGANDUNG dalam tempoh pengajian.
3. Benar-benar ikhlas untuk berumah tangga.
4. Faham akan tanggungjawab selepas berumah tangga.

MANFAAT:
1. Mengurangkan gejala sosial. (buang bayi dsb.)
2. Mengelakkan fitnah.
3. Memberi ketenangan kepada pasangan kelamin. (mudah untuk belajar)
4. Memberi motivasi kepada pasangan dalam pelajaran.
5. Mudah untuk berbincang dalam pelajaran.
6. Mematangkan pemikiran mahasiswa.

PENUTUP:
Pelan ini dijangka mampu mengurangkan gejala sosial di kalangan mahasiswa. Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat. Mudahan niat yang ikhlas dapat mengatasi kejahatan.

(Ini hanyalah satu pelan yang dicadangkan oleh penulis dan mungkin sama dengan apa yang telah dilaksanakan di UiAM)

3 ◄ cOmment(s):

HaWa DArLidA said...

TIdak dibenarkan MENGANDUNG dalam tempoh pengajian. yg ni susah nk kawal. hahaha

anis shafikah said...

mesti ko calon pertama mendaftar.

Anonymous said...

Usul diterima...sebarang bantahan????hahaha

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo