Monday 17 August 2009

MENJUSTIFIKASIKAN PENUTUPAN UiTM

(Amaran: Ini adalah pendapat peribadi penulis)

1. Seorang mahasiswa UiTM Segamat maut akibat selsema babi.

2. Pusat kesihatan kampus induk "tepu". Ratusan mahasiswa hadir untuk menerima rawatan setiap hari. Keadaan ini berterusan sehingga artikel ini ditulis.

3. Ramai mahasiswa kampus induk mempunyai simptom-simptom jangkitan selsema babi seperti batuk, selsema dan sakit kepala.

4. 16/8/09, jam 11:20 malam, tiada kakitangan yang "stand by" di PK menyebabkan dua mahasiswa yang mempunyai simptom (rakan penulis) terpaksa dihantar ke Pusat Perubatan Universti Malaya (PPUM). Adakah ini hanya kes terpencil?

5. Walaupun ramai mahasiswa yang mempunyai simptom wabak tetapi pemakaian "mask" masih lagi tidak diwajibkan.

6. Mengapa pihak pentadbiran tidak menyediakan maklumat berkaitan angka sebenar tentang mahasiswa yang positif H1N1? Hebahan mengenai maklumat ini amat penting bagi memastikan kesedaran mahasiswa mengenai wabak ini berada pada tahap tertinggi. Khabar angin juga boleh dielakkan jika terdapat hebahan rasmi mengenai H1N1.

7. Perlukah kes kematian terbaru di kalangan mahasiswa untuk menjustifikasikan penutupan UiTM? Adakah konsep "sudah terbatuk baru terngadah" akan diamalkan oleh pihak pentadbiran?

8. Mana pergi MPP yang telah dipilih oleh mahasiswa? Mana roadshow H1N1 yang sepatutnya mereka buat?

9. Cadangan penulis agar mahasiswa yang bebas daripada simptom-simptom H1N1 dibenarkan bercuti. Dalam pada itu, mahasiswa yang disahkan positif atau mempunyai simptom dikuarantin di kolej.

10. Hal di atas adalah untuk memastikan agar mahasiswa yang bebas H1N1 tidak dijangkiti wabak tersebut dan pada masa yang sama mahasiswa yang telah dijangkiti tidak akan menyebabkan wabak itu tersebar kepada keluarga jika dibenarkan pulang ke rumah.

11. Selain itu, petugas tambahan dalam bidang perubatan diperlukan untuk menangani wabak ini di UiTM. Hal ini kerana rata-rata mahasiswa yang hadir terpaksa menungggu sehingga dua jam hanya untuk mendapatkan rawatan di PK, kampus utama.

12. Kepada pihak pentadbiran, bertindaklah pantas. Jangan biarkan nyawa yang tidak bersalah melayang lagi. Langkah mewajibkan pensyarah memeriksa mahasiswa yang mempunyai simptom H1N1 sebelum menghadiri kelas ada baiknya tetapi masih belum mencukupi untuk mengatasi wabak pandemik ini.

13. Dari sudut lain, adakah pihak pentadbiran boleh disaman oleh ibu bapa jika anak mereka menghidap atau mati akibat selsema babi? Adakah pihak pentadbiran cuai dalam mengatasi masalah ini dan tidak bertindak sewajarnya. Adakah mereka telah memenuhi kriteria "duty of care as a reasonable person"? Anda jawab sendiri.

6 ◄ cOmment(s):

Amirul Syafiq Mahadi said...
This comment has been removed by the author.
anis shafikah said...

pedas yet ada bernasnya.
setuju bab MPP tu.

Kecikjer said...

haaa... upm pun nak cuti jgk >_<

soleil m said...

pergh!
sejibik mcm reporter (aku lupa nama reporter keling tu)

but true, rilex je semua aku tgk..

KA said...

suria, u mean karam singh walia?

ko ni syafiq mmg btul2 nk cuti la ni..

abeskan je sem ni
nti grad lmbt...
aku tanak...

HaWa DArLidA said...

redha je lah..
huhu

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo