Semalam aku merayap dengan kawan-kawan sekolah. Destinasi sudah semestinya Lumut, kawasan laut yang cukup indah dengan landskap-landskap yang unik. Macam-macam yang kami bualkan dari kenangan lama di sekolah, kehidupan sekarang sehinggalah ke situasi politik negeri "yeop" ni.
Bila berbual dengan mereka kadang kala rasa terkilan menyapa hati. Al-maklumlah, diorang semua belajar dalam bidang yang berasaskan sains. Cuma aku aje yang "terpesong" ke pengajian undang-undang ni. Padahal dulu kami semua dalam kelas sains stream.....
Mengapa aku ditakdirkan untuk masuk kelas sains stream di sekolah sedangkan akhirnya aku "terjebak" dengan undang-undang ni? Hanya masa yang menentukan segalanya dan aku tidak sabar rasanya untuk menunggu saat di mana segala persoalan aku ni terjawab secara total...hehe
Sempat jugak kami singgah makan nasi beriani di Lumut tu (aku memang mengidam pun). Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun makan dengan penuh kenikmatan:) Kemudian kami singgah di Taman Monyet tapi malangnya 2 ekor je yang kami nampak. Mungkin monyet lain sedang sembahyang zohor kot sebab waktu tu waktu zohor baru sahaja masuk. Haha...Destinasi berikutnya adalah Telok Batik. Kami hanya memerhati gelagat orang-orang yang tengah seronok mandi laut. Niat di hati memang nak terjun sekali tapi baju tak bawak pulak! Takkan nak bulat-bulat je turun laut tu...haha
Berbalik kepada perkembangan diriku, sedang aku hendak mengisi borang online PTPTN, abahku mengatakan tidak perlu rasanya untuk aku memohon PTPTN. Katanya dia masih lagi mampu untuk menanggung perbelanjaan aku di UiTM. Dari satu sudut memang betul kerana tidak perlulah aku untuk membayar hutang nanti. Tapi dari sudut yang lain......................
"miskinlah aku semester ni!!" (NO JOLI NO FUN NO LIFE)
wassalam
Wednesday, 25 June 2008
"miskinlah aku semester ni!!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ◄ cOmment(s):
aku pon, kdg2 ingt cm malas nk apply ptptn tu sbb in return, byr blik lg mahal dr pnjm. dgn caj pkhidmatan la itu la ini la
da la nk isi borang tu da satu hal! remeh sungguh!
btw, nice photo kt atas tu. junior aku kah itu? ngeh3
to suria:
pandai teka:)
Post a Comment