Friday, 29 May 2009

Perjanjian Sang Si Perba (Sang Sapurba) Dengan Demang Lebar Daun


Dipetik dari: http://suarasaktii.wordpress.com/2008/07/28/perjanjian-sang-si-perba-dengan-demang-lebar-daun/

Menurut Sejarah Melayu, ia berlaku apabila Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka dikatakan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Setelah mereka muncul di Bukit Siguntang, Palembang, tiga beradik ini bertemu dua orang wanita, Wan Empok dan Wan Walini yang sedang berladang di sana. Dipendekkan cerita, Wan Empok berkahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini dengan Kerishna Pendita. Nila Utama pula mendapat gelaran baru sebagai Sang Si Perba.

Menurut Sejarah Melayu, pada masa itu Palembang sedang diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.

Berita ini tersebar jauh ke merata tempat sehingga raja-raja lain pun turut sama bertumpu ke situ. Sesetengah raja datang membawa kaum keluarga mereka. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja yang elok untuk dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda (Tak pasti ‘kedal’ penyakit apa. Mengikut ceritanya, ini berlaku disebabkan ketinggian daulat baginda).

Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

Aku sengaja memaparkan kisah sejarah ini terlebih dahulu sebagai pembuka wacana dalam blog aku ini.Ini kerana kisah sejarah purba ini jelas membawa makna yang tersirat yang wajar diteliti oleh generasi hari ini.Ringkasnya jika pemimpin menyiksa rakyat pada hari ini rakyat sememangnya ada hak untuk menentang.

Wednesday, 27 May 2009

Rase nak nangez

Aku petik cerita ni dari blog kawan aku....
Khas buat cik noor yang ku sayang...

Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”
“Not a single phrase, nor a word.”
“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
“It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq, Jordan

Tuesday, 26 May 2009

KENALI : MAT INDERA, komunis tapi....



Dipetik dari:http://muor76.blogspot.com/2008/04/mat-indera.html

Nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

antara cerita lain tentang mat indera:

menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis
chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong
cerita orang
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene ngan buah kecubung

Dikatakan di hari dia hendak digantung orang kampung keluar beramai-ramai. Mereka berhimpun. Cop komunis yang ada padanya tidak diendahkan lagi kerana semua orang pada ketika itu tahu siapa mat indera yang sebenarnya, seorang yang lemah lembut, baik orangnya dan sentiasa melindungi. Di mata masyarakat pada masa itu, dia seorang pahlawan.

Sunday, 24 May 2009

CEPLOS


Cerita hantu lawak di TV9. Kalau tensen-tensen bolelah tengok. Moga-moga boleh enjoykan diri.Aku sebenarnya tak tahu pun pasal cite ni. Tapi menjadi abang kepada adik-adik perempuan yang masih bersekolah rendah dan berotak ribena lagi menyebabkan aku pun terjoin sekali diorang tengok cite ni.Apa nak dikata....

Mengisahkan seekor jin baik bersama tuannya menolong orang yang dalam kesusahan. Muka jin dia lawak betul...haha. Tambah pula Kaza degawan yang berlakon. Bertambah funny la cite tu. Salute kat degawan tu. Dia bole pegang watak jahat, baik, tegas dan funny. Dia jadi sarjan dalam cite polis, jadi dukun dan macam-macam lagi. Pendek kata dia pelakon serba boleh tapi sayangnya tak pernah menang award.

Hope korang layanlah cite ni. Best bangat!

Saturday, 23 May 2009

Khutbah jumaat


Biaselah hari jumaat, pe lagi nak buat bagi kaum lelaki. P semayang jumaat r... Selalu tajuk khutbah macam sial. Makan buah-buahan tempatanlah, cintai sungai kitalah, semua bosan. Tambah lagi kalau imam yang bagi khutbah pakcik tua yang rabun ataupun tak da gigi dah...Lagi bertambah tensen r dengar khutbah. Pendek kata penyampaian khutbah di sesetengah masjid tak menarik minat golongan muda untuk mendengar.

Tapi lain pula hari ni. Tajuk pun riak dalam ibadah. Amat menarik minat aku. Riak ni dikatakan sebagai syirik kecil taw... Ramai orang buat ibadah sebab riak, bukan ikhlas kerana Allah. Antara ciri-ciri ibadah yang tak ikhlas ialah ketika berseorangan dia tak buat ibadah tu tapi ketika ramai orang dia buat. Lagi satu kalau orang puji ibadah dia baru dia tambah ibadah dia tu. Tapi kalau orang keji ibadah dia terus dia tinggalkan. Itulah antara ciri-ciri ibadah yang tak ikhlas.

Rugi je orang yang tak ikhlas dalm beribadah. Bila aku lihat diri aku, rasa malu sangat kat tuhan. Munafik, riak, #%$@ semua ada. Apa yang tinggal kat diri aku? Apa lagi yang aku boleh pertaruhkan kat Tuhan? Kosong. Kalau buatnya mati sekarang memang sah ke sana la perginya.

Kesedaran ada, tapi nak lakukan tu amat susah sekali. Nikmat Tuhan beri tak terkiralah banyaknya. Selalunya nikmat tu ke jalan salah jugak yang digunakan. Ada duit habis ke wayang, dating. Memang sial. Merayap sana sini. Buat benda lagho.Alangkah best kalau boleh kembali ke zaman sekolah menengah dulu. Tak da wanita. Semua lelaki. Kawan pun semua bagus-bagus belaka. Syoknya. Dari sehari ke sehari nak bertaubat tapi aku lemah. Tak mampu. Tak kan dah tua baru nak mintak ampun banyak-banyak. Macamlah dah gerenti hidup sampai 70 tahun.....

Aku menunggu saat itu......saat aku bebas dari belenggu ini

Thursday, 21 May 2009

Nizar v Zambry

2 insan yang telah mengheret seluruh rakyat negeri Perak ke dalam kancah kecelaruan, kebuntuan dan ketidaktentuan. Mudah-mudahan yang gila kuasa tewas akhirnya...


Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Bin Jamaluddin

Umur : 52 Tahun
Tarikh Lahir : 17 Mac 1957
Tempat Lahir : Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak

Keluarga
Isteri : Fatimah Binti Taat
Anak : 8 Orang – Anaknya yang pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Taraf Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Kampar.
Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.
Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Pengalaman Kerja

Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari.
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA – Daya Urus).
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Perunding (M/E) Mecs Engineer.

Jawatan Dalam Parti

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Yang Di Pertua (YDP) PAS Kampar.

Keistimewaan

Selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.
Walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. Malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.


Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)

KELULUSAN AKADEMIK:
# PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
# MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
# MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
# B Econs (Kepujian) UIAM (1987)

PENCAPAIAN:
# Anugerah Kepujian (PhD) 1995
# Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
# Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)

JAWATAN:
# Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
# Ketua Umno Bahagian Lumut
# Adun Pangkor (sejak 2004)
# Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)

Wednesday, 20 May 2009

KEM NERAKA

Setakat umur aku sekarang, inilah kem yang paling teruk dari segi fizikal dan mental yang pernah aku lalui. Kem ini diadaptasi daripada latihan sebenar Pasukan Gerakan Am (PGA) atau dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan. Tetapi tidak sampai 30% daripada latihan sebenar. 6 hari bagaikan waktu yang cukup memeritkan dalam hidup aku. Tanyelah Cik Noor macam mana keadaan kaki aku yang melecet. 1 kuku rasanya sudah mati.

HARI 1
Bertempat di Markas PGA Briged Tengah, Cheras. Bermula dengan upacara perasmian. Melihat aksi skuad elit Tiger, Briged Tengah beraksi. Rasa teruja sangat tanpa sedar yang selepas itu bala akan datang. Kemudian terus masuk ke kelas yang mana kelas dibuat dalam khemah besar ala-ala khemah orang kahwin di tengah padang dalam keadaan panas terik! Cukup panas kerana terpaksa memakai but dan pakaian tebal( pakaian polis untuk masuk hutan). Petang harinya peserta tanpa sebarang amaran disuruh untuk berlari 2.4 kilometer dalam masa 15 minit! Aduh...Sudahlah pakai but keras. Habis hancur kakiku.

HARI 2
Ingatkan azab sudah berakhir tetapi rupa-rupanya celik sahaja mata terus dipaksa berlari menaiki bukit dan mengelilingi kem PGA tersebut. Cukup malang rasanya waktu itu. Melecet tambah parah tatkala but yang dipakai terasa semakin ketat. Tidak tahu kenapa. Semua peserta rasa ingin pulang sahaja ke kampung. Kemudian terus masuk ke kelas di tengah panas. Untuk pengetahuan, jarak antara kelas, dewan makan dan tempat penginapan cukup jauh dan kami terpaksa pergi ke tempat tersebut dalam keadaan berkawad. Seksanya tuhan sahaja yang tahu!

HARI 3
Seperti biasa masuk ke kelas untuk belajar membaca peta dan pandu arah. Turut diselitkan ialah cara ikhtiar hidup. Disebabkan semua sudah tidak bermaya, deraan dikurangkan oleh jurulatih...huhu. Akan tetapi pada malah hari selepas isya' kami telah dibawa menaiki trak polis. Mengapa? Untuk berlari 8 kilometer! Dengan kaki yang melecet teruk kami kuatkan semangat. Naik turun bukit tetapi destinasi yang dituju tidak sampai-sampai. Baju basah macam baru lepas terjun sungai. Penat bukan kepalang. Mujur di malam hari. Kami diiringi Skuad Elit Tiger. Dikatakan skuad elit ini boleh berlari sejauh 7 kilometer tanpa henti dengan membawa beg seberat 20 kilogram dan senapang M16.

HARI 4
Tibalah masa praktikal selepas semua teori dipelajari. Kami dibawa menaiki trak ke Hutan Simpan Sungai Sendat, Ulu Yam. Khemah didirikan. Hari pertama di hutan sudah merasa tidur dalam hujan. Cukup malang rasanya kerana badan yang penat terpaksa tidur dalam kebasahan. Menggigil kami kesejukan menjelang waktu Subuh.

HARI 5
Praktikal membaca peta dan pandu arah. Terpaksa berlari keluar masuk hutan untuk mencari arah yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Kaki yang melecet telah hilang rasa pedihnya disebabkan terlalu lama sakit. Ada peserta wanita yang tercabut kuku. Sakit beb!

HARI 6
Paling mencabar. Hari praktikal ikhtiar hidup. Semua barang dan khemah dikemaskan. Kami dibawa oleh jurulatih sehelai sepinggang masuk ke hutan. Hanya water bottle dibenarkan dan sedikit makanan. Kami dibawa ke kawasan puncak bukit. Perjalanan ke sana tidaklah terlalu lama. Kaki yang sakit sudah tidak merasa apa-apa. Kami sampai di waktu petang. Tempat tidur dibuat menggunakan daun bertam. Malam itu kami akan bermalam di sini manakala jurulatih akan pulang ke kem. Terasa amat sejuk. Mujur hujan tidak jadi turun. Kami bergilir-gilir mengawal khemah bimbang diserang binatang buas ataupun Skuad Elit Tiger. Disebabkan tempat tidur sudah penuh aku tidur di bawah pokok sahaja, beralaskan tanah dan berbumbungkan langit luas. Selepas Subuh terdengar bunyi bom dan tembakan. Kami diserang Skuad Elit Tiger! Bom dan peluru olok-olok digunakan tapi bunyinya bagaikan berada dalam zon perang sebenar.

Pukul 10 majlis penutup diadakan. Semua peserta tidak sabar untuk menaiki bas dan pulang ke UiTM. Tetapi ada pula segelintir peserta yang tergedik-gedik hendak mandi sungai dikala majoriti peserta hendak terus pulang ke UiTM. Aku menjerit, "Sapa nak mandi aku terajang!". Pengakhirannya majoriti hendak pulang awal. Tidak tahan rasanya lagi.

Sejenak difikirkan kembali 6 hari tersebut terasa puas di hati kerana walaupun perit tetapi semua halangan berjaya diatasi. Mental mesti kuat! Dan apa yang penting?? "kerjasama!"

Sunday, 10 May 2009

KEM SUKSIS

Aku pulang semula ke UiTM semalam....
Ade kem SUKSIS selama seminggu...
Masuk hutan...
Aku malas sebenarnya tapi apakan daya...
Aku telah memilih jalan ini...
Buat masa ini, there's no turning back...
Pasrah jela walaupun aku rasa aku sudah cukup tua untuk bercamping:)

Friday, 8 May 2009

GILA KUASA dan PENGAKHIRAN SEBUAH TAMADUN




Sempat aku baca blog anis. Tak sangka dia boleh tulis pasal politik! Tajuknya pasal undang-undang rimba...haha. Tahniah anis:) Hampa dan sebak gaya bahasanya. Semua ini menandakan kegusaran hati rakyat marhaen tentang perkembangan politik di negeri yang kami cintai ini.

Aku sudah dengar cerita dua-dua pihak baik BN dan PR pasal krisis DUN di Perak. Kalau korang tengok internet, semua akan condong ke PR. Lain pula kalau korang tengok akhbar atau TV yang mana akan condong ke BN.

Wartawan sudah hilang kredibiliti. Tak nampak langsung laporan yang neutral. Semua laporan bias baik di internet mahupun di TV. Inilah akibat apabila kuasa merajai dan merasuk diri.

Semua kekusutan ini boleh selesai kalau ada kompromi dan tolak ansur antara kedua pihak. Cuba lupakan ego masing-masing dan fokus untuk membantu rakyat bukan untuk mengejar pangkat, kuasa dan kemegahan semata-mata. Demi kepentingan rakyat, cuba bina sebuah kerajaan perpaduan dan berusaha bersama-sama untuk membantu rakyat menghadapi kemelesetan ekonomi.

Tapi disebabkan syaitan telah menguasai diri, kuasa jadi keutamaan. Prinsipnya mudah, apa nak jadi, jadilah, janji aku berkuasa! Satu pihak sanggup menghalau speaker dengan cara yang amat hina(lihat gambar). Hatta masyarakat zaman batupun tidak berbuat begitu rasanya. Satu pihak yang lain sanggup berdiri di atas meja semata-mata untuk mengherdik dan menghina pihak yang satu lagi(maaf, aku tidak dapat sertakan videonya). Tidakkah ini semua kerja-kerja orang gila kuasa yang hilang kewarasan dan tidak bertamadun?

Badan perundangan kita sudah sama gayanya dengan negara-negara tertentu yang mana tumbuk menumbuk dan maki hamun merupakan satu kebiasaan dalam sidang. Tak ada apa yang hendak dibanggakan lagi dengan sistem kita mahupun pemimpin-pemimpin kita yang katanya berjuang menegakkan keadilan demi rakyat. Hakikatnya mata mereka telah kabur dek kuasa dan wang sehingga sanggup bertopengkan keadilan untuk memenuhkan poket sendiri.

Satu pihak lagi kerana terlampau lama bergelumang dengan kontrak dan wang tidak sanggup untuk melepaskan kuasa. Sanggup bermati-matian untuk mempertahankannya. Alangkah baiknya jika kita dilahirkan di zaman yang mana Muhammad sebagai pemimpinnya.

Bayangkan jika keadaan kucar-kacir ini berterusan. Maka tidak mustahil untuk berakhirnya sebuah lagi tamadun. Yang mana kehebatannya terletak pada kegilaan pemimpinnya kerhadap kuasa! Cukup manis...dalam kepahitan.

p/s: Polis, mintak ampun. Jangan tangkap gua...hehe

Tuesday, 5 May 2009

Kawan-kawan lama...


Aku kiri sekali, barisan tengah...sekolah menengah.

Malam ni malam memperingati kawan-kawan lama...

Start dengan sekolah rendah...Sekolah Kebangsaan Bukit Damar, Lanchang, Pahang. Merasalah aku menetap di FELDA memandangkan emak ayah aku cikgu. Ramai kawan dekat sekolah ni tetapi yang aku contact sampai sekarang hanya seorang je. Itu pun jarang sangat. Lama tak jumpa dia. Sekali jumpa, alamak dah besar panjang...hehe. Teringat zaman budak-budak main sorok-sorok dalam hutan belakang sekolah agama dulu...huhu

Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman, Manjung, Perak. Masuk sekolah ni time darjah 5. Kawan-kawan ramai jugak. Banyak kenangan manis. Tapi ade yang sudah meninggal. Terjun lombong masa tengah khayal. Kawan yang paling berjaya pun sekarang buat medik di Indonesia. Kawan-kawan lain kebanyakan kerja kampung. Kutip buah kelapa dan ada juga yang kerja kilang.

Alam menengah aku di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh. 5 tahun belajar di Ipoh. Terlampau banyak kenanagan manis di alam sekolah menengah. 5 tahun wajib sembahyang jamaah tiap-tiap waktu di musolla. Tiap-tiap hari dengar tazkirah, kuliah, baca yasin dan sebagainya. Alangkah manisnya hidup. Tapi waktu itu rasa terbeban dek semua benda itu. Sekarang baru rase menyesal. Memandangkan sekolah agama, jadi adalah asas-asasnya dalam diri ini walaupun sekarang perangai sudah tak keruan.haha

Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. Tak lama aku di sini. Cuma satu sem sahaja. Lepas itu terpaksa angkat kaki. Bagi aku hidup yang paling menyesakkan adalah di matrikulasi. Hari-hari wajib study. Kalau tidak akan ketinggalan dan tak boleh study last minute sebab tak sempat nak khatam semua. Tapi aku still buat bodoh. Hari-hari tidur. Macamlah pandai. Tutor pun semestinya copy kawan. Dekat sini juga mula kenal wanita. Kenal si dia. Ramah orangya. Manis semestinya. Tapi gedik sangat! Nak buat macam mana kalau hati sudah suka. Mula-mula benci, lama-lama lain jadinya. Tapi itu hanya sementara.

Aku lari ke UiTM Merbok. Ambil asasi undang-undang. Aku selalu kawan dengan budak-budak baik, budak-budak skema tapi di sini aku dapat 5 orangt roomate yang gila-gila sifatnya. Tidaklah jahat tetapi cukup berbeza dengan kawan-kawan lamaku. 1 daripada roomateku part 1 sudah kena dismiss. Kenapa? Kerana hidup dia terbalik. Siang tidur, malam berjaga. Seronok kawan dengan mereka. Mengingatkan aku yang dunia ini bukan sahaja dipunyai oleh golongan baik-baik. Walaupun mereka gila-gila tapi ada satu sifat yang aku sangat kagumi, mereka tidak loket, tidak berkira. Terutamanya wang dan makanan. Kata mereka wang boleh dicari tapi kawan payah ditukar ganti. Aku kenal wayang di sini. Sampai sekarang aku ketagih nak tengok wayang. Buat masa ini, rasanya kenangan di sinilah yang paling enak. Aku kenal erti sebenar persahabatan di sini. Diberi oleh kawan-kawan yang gila-gila tapi aku cukup terharu. Terima kasih kawan-kawan lama!

Monday, 4 May 2009

Selamat tinggal Cnoor!

sebab aku dah balik rumah...
tak dapatlah teman kamu makan g..haha
tata

lepak umah...
hari first..
sekor kucing sesat n tidur dalam rumah
habis die muntah atas karpet
bengang aku sebab akulah yang kene basuh
haish!!!
kucing oh kucing...

takziah kat kucing suria yang kene lenyek kete...

Sunday, 3 May 2009

MLS

ni laporan terakhir untuk exam sem ni....
ntah kenape aku trase lame sangat dalam dewan tadi...
selalu kalo exam aku mesti tekejar-kejar nak siapkan tapi tadi....
cukup relax...pandang kiri pandang kanan...
setelah aku buat analisis rupa-rupanya tadi sikit sangat benda yang aku nak tulis...
padanla aku relax je...hahaha

banyak jugak merepek tadi...macam buat karangan bel..hehe
mujurlah cikgu aku banyak kasi soalan tutor yang sebijik macam soalan exam tadi...haha
malam tadi aku buat tutor je balik...
tak larat den nak khatam semua MLS tu....
banyak siot!!!

tahniah untuk amirul syafiq mahadi kerana berjaya mengharungi exam sem 2....
mudahan kita semua tak akan sekelas dengan junior part 2 sem depan...kah3

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo