Friday, 8 May 2009

GILA KUASA dan PENGAKHIRAN SEBUAH TAMADUN




Sempat aku baca blog anis. Tak sangka dia boleh tulis pasal politik! Tajuknya pasal undang-undang rimba...haha. Tahniah anis:) Hampa dan sebak gaya bahasanya. Semua ini menandakan kegusaran hati rakyat marhaen tentang perkembangan politik di negeri yang kami cintai ini.

Aku sudah dengar cerita dua-dua pihak baik BN dan PR pasal krisis DUN di Perak. Kalau korang tengok internet, semua akan condong ke PR. Lain pula kalau korang tengok akhbar atau TV yang mana akan condong ke BN.

Wartawan sudah hilang kredibiliti. Tak nampak langsung laporan yang neutral. Semua laporan bias baik di internet mahupun di TV. Inilah akibat apabila kuasa merajai dan merasuk diri.

Semua kekusutan ini boleh selesai kalau ada kompromi dan tolak ansur antara kedua pihak. Cuba lupakan ego masing-masing dan fokus untuk membantu rakyat bukan untuk mengejar pangkat, kuasa dan kemegahan semata-mata. Demi kepentingan rakyat, cuba bina sebuah kerajaan perpaduan dan berusaha bersama-sama untuk membantu rakyat menghadapi kemelesetan ekonomi.

Tapi disebabkan syaitan telah menguasai diri, kuasa jadi keutamaan. Prinsipnya mudah, apa nak jadi, jadilah, janji aku berkuasa! Satu pihak sanggup menghalau speaker dengan cara yang amat hina(lihat gambar). Hatta masyarakat zaman batupun tidak berbuat begitu rasanya. Satu pihak yang lain sanggup berdiri di atas meja semata-mata untuk mengherdik dan menghina pihak yang satu lagi(maaf, aku tidak dapat sertakan videonya). Tidakkah ini semua kerja-kerja orang gila kuasa yang hilang kewarasan dan tidak bertamadun?

Badan perundangan kita sudah sama gayanya dengan negara-negara tertentu yang mana tumbuk menumbuk dan maki hamun merupakan satu kebiasaan dalam sidang. Tak ada apa yang hendak dibanggakan lagi dengan sistem kita mahupun pemimpin-pemimpin kita yang katanya berjuang menegakkan keadilan demi rakyat. Hakikatnya mata mereka telah kabur dek kuasa dan wang sehingga sanggup bertopengkan keadilan untuk memenuhkan poket sendiri.

Satu pihak lagi kerana terlampau lama bergelumang dengan kontrak dan wang tidak sanggup untuk melepaskan kuasa. Sanggup bermati-matian untuk mempertahankannya. Alangkah baiknya jika kita dilahirkan di zaman yang mana Muhammad sebagai pemimpinnya.

Bayangkan jika keadaan kucar-kacir ini berterusan. Maka tidak mustahil untuk berakhirnya sebuah lagi tamadun. Yang mana kehebatannya terletak pada kegilaan pemimpinnya kerhadap kuasa! Cukup manis...dalam kepahitan.

p/s: Polis, mintak ampun. Jangan tangkap gua...hehe

4 ◄ cOmment(s):

anis shafikah said...

hua3..tibe2 aku rasa malu plak.aku pun x sangka seyh aku emo.haha~
beb,aku pinjam gamba Speaker dr blog ko eh.maleh sungguh mahu m'google gamba-gamba mereka yang berpendidikan ini.

p/s:cuba ko usha luar umah,kot2 ada polis ngintai :p

safiyyah said...

nice post!!tabik spring!

kita sudah ketandusan pemimpin acuan Rasulullah...tak mustahil semua ini berlaku apabila quran sunnah diketepikan...even politik juga perlu berlandaskan syariah Islam...becoz Islam is the best way of life..isn't it?

alangkah baiknya kalau kuasa itu dipegang oleh insan yang benar-benar tahu menggunakannya...

Amirul Syafiq Mahadi said...

to anis:
ambikla pic 2...xkesah:)

to hana:
thnx singgah di sini:)

HUSNA said...

Media memang nyatanya sudah tak neutral.Kalau media mampu memaparkan berita yang bersifat atas pagar,saya yakin rakyat celik akan kezaliman yang melanda negara ini.Jadi jangan salahkan educated person yang boleh berfikir dan menilai tapi kasihankan penduduk pedalaman yang tandus teknologi dan internet yang terus2an mempercayai khabar angin yg dibawa sang surat khabar itu.. :(

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo